Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cik Aisyah Humaira Bersama Si Kuning


Ibu masih ingat, si Kuning ibu beli ketika Aisyah baru berusia 3 bulan. Tika itu, Aisyah tidak mengerti apa-apa lagi. Malahan, ibu pula yang teruja untuk membeli pelbagai permainan untuk Aisyah.

Esok, Aisyah genap 5 bulan. Sudah pandai menggenggam mainan. Lebih-lebih lagi menggenggam & mencium si Kuning. Lebih parah, si Kuning menjadi mangsa gigitan Aisyah.

Si Kuning adalah seekor zirafah yang Ibu sangka seekor kuda..kih..kih..

Si Kuning yang menjadi mangsa keganasan Aisyah


Tiba-tiba Aisyah pandang kamera...merenung lama lensa kamera setelah perasan dirinya dia snap.


Aisyah demam. Hari khamis, 27.09.2012, pengasuh (Bahasakan diri Emak dengan Aisyah) menelefon ibu. Hari itu ibu memang benar-benar sibuk. Ibu risau sangat pabila mendapat panggilan dari Emak Aisyah. Risau yang teramat!

Ibu dapat mendengar tangisan Aisyah tatkala berbicara dengan Emak Aisyah. Bos ibu membenarkan ibu keluar. Ibu bergegas keluar dari kilang tempat ibu bekerja. Dalam fikiran ibu, hanya Aisyah.

Tiba di rumah Emak Aisyah, ibu lihat Aisyah dikendong dengan Emak Aisyah. Kejap-kejap Aisyah menangis. Hari itu Aisyah lebih banyak minum air masak dari susu.

Aisyah hilang selera dan muntah setiap kali minum susu. Susu di dalam botol susu juga tidak luak. Ibu sedikit buntu bila Ayah tiada. Ibu perlukan Ayah.

Ayah menghantar pesanan ringkas agar memandikan Aisyah. Emak Aisyah segera menjerang air.

Usai mandi, ibu segera memakaikan Aisyah baju lengan panjang. Aisyah menangis kelaparan. Ibu suakan botol susu dan Aisyah minum sedikit. Tidak lama kemudian, Aisyah tidur. Tidur hanya 30 minit tetapi Ibu dapat melihat perubahan Aisyah. Aisyah mahu susu lagi. Susu dinyonyot hingga ke titisan akhir. Alhamdulillah..

Suara comel Aisyah mula kedengaran. Ibu sudah boleh menarik nafas lega.

Mmuahhh..sayang si Kuning..

Aisyah seorang anak yang kuat. Meskipun badannya panas, dia hanya diam. Tidak menangis. Hanya sesekali dia merengek tanda dia mengadu dan mahu dimanjai. Aisyah tahan panas demamnya sehingga meleleh air mata. Aisyah tetap diam sambil merenung sayu wajah Ibu. Ibu nampak semua itu sayang..

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code