celik mata, terpinga-pinga..
Terpinga-pinga Aisyah tatkala dia tersedar dari tidur, mencari kelibat si ayah yang sudah pun keluar mencari rezeki. Matanya memerhati setiap inci bilik, kemudian merenung ibu mencari kepastian.
"Ayah dah pergi kerja sayang.. Aisyah bangun lambat hari ni.."
*ini kisah semalam (17.10.12)
Hari ini, (18.10.12), seakan memamhami, Aisyah sudah bangun seiring bunyi kokokan ayam dari telefon bimbit ayah. Jam 6 pagi!
Sungguh kasihan anak ibu, menagih secebis kasih sayang dari ibu dan ayah di awal pagi tetapi ibu dan ayah bergegas-gegas bersiap untuk ke tempat kerja.
Seawal 7.45 pagi, ibu akan menghantar Aisyah ke rumah pengasuh di Kg. Sungai Rinting yang hanya 5 minit dari rumah kita.
Seperti biasa, Aisyah amat-amat seronok apabila ibu menanggalkan pakainnya. Itulah yang ibu lakukan setiap pagi sebelum menghantar Aisyah ke rumah 'mak'. Menukar lampin pakai buang dan mengantikan baju bersih.
Gembira sungguh Aisyah pabila ibu mendukungmu. Tangan terkapai-kapai seakan mahu berenang kuak rama-rama. Kaki terlonjak-lonjak kesukaan apabila dapat keluar dari rumah kotak itu. Udara segar di pagi hari dan cahaya mentari yang memancar di awal pagi membuatkan Aisyah seronok.
Saat kerete undur, Aisyah merenung ibu.
"Kenapa sayang?"
Aisyah hanya merenung dengan pandangan redup. Sayu hati ibu melihatmu begitu.
Aisyah seakan memahami yang aku akan meninggalkan dia lagi. Tinggal di bawah jagaan pengasuh.
Saat kereta bergerak ke hadapan, Aisyah memandang hadapan, entah apa yang di pandangnya.
Membuatkan hati ibu sayu.
Saat ibu meninggalkan Aisyah di dalam dukungan 'mak', Aisyah membalas senyuman ibu.
Ibu melambaikan tangan di sebalik tingkap cermin kereta, tetapi Aisyah tidak pandai lagi hendak membalas lambaian ibu.
Aisyah hanya merenung kereta ibu yang bergerak pergi.
Petang nanti, ibu datang menjemput Aisyah pulang sayang..
Nota kaki : Setiap yang bergelar IBU pasti akan merasai apa yang aku rasakan..
2 Ulasan
mmg sayu nk tinggalkan ank dlm jagaan pengasuh. tetapi apa bole buat nk mencari rezeki utk bekalan dunia dan membesarkan ank mmg itulah dugaannye...
BalasPadamlagi2 bila anak dah pandai dibuat kawan..x sabar je nak balik umah..hehehe
PadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.