Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Demi dia ~ Cik Aisyah

Sejak Aisyah lahir dan Aisyah pula memerlukan susu formula yang bukan sedikit kuantitinya. Mengikut saranan cik-cik dan puan-puan misi di hospital memberikan Aisyah susu ibu selang 2 jam. Setelah keluar dari hospital, terus pulang ke rumah. Siapa sangka Aisyah menangis kerana kelaparan. Terburu-buru ayah ke Tesco mencari susu formula.

Selepas urutan, susu mulai menitik. Aisyah tetap diselang seli dengan susu formula. Siapa sangka susu ibu mula kering selepas 5 bulan kelahiran Aisyah. Mungkin cara penyusuan salah. Mungkin...

Aisyah tetap menyonyot puting ibu, orang jawa kata 'mengempeng'. Masa tu ibu sendiri tidak tahu samada susu ibu banyak atau sikit sebab tiada rasa bengkak yang amat. Rasa bengkak sikit-sikit. Tetap memberi Aisyah susu ibu dan Aisyah meraung, mengamuk kerana air susu ibu tidak mencukupi. Bukan tidak pam. Eh..ibu beli tau set pam tetapi yang manual sahaja.

Pam-pam..keluar setitik dua. Aik??

Agaknya pam murah kot..itu ayah yang kata.

Ibu tidak berputus asa. Pam lagi..

Dah la tu..esok pulak..Esok-esok banyak la tu..kata ayah lagi.

Emak ibu begitu gigih membantu sepanjang waktu berpantang. Lauk ketika berpantang, emak yang masak. Nasi emak yang cedukkan. Air mandian, emak yang sediakan.

Bila kuantiti susu ibu tidak meriah seperti yang disangkakan, emak belikan lobak putih untuk membantu mrerangsang penghasilan susu. Tidak cukup dengan itu, air susu Anmum Materna juga ibu minum saban hari 2 kali sehari. Bermacam-macam petua lagi ibu ikut untuk menghasilkan susu ibu. Amat sayang tidak dapat menyusukan Aisyah sepenuhnya.

Bila ibu bekerja semula, Aisyah diletak di bawah jagaan pengasuh. Ibu tidak dapat membekalkan susu ibu, terpaksa menyediakan susu formula untuk Aisyah. Setiap hari membawa pergi dan pulang bakul susu Aisyah. Ibu buat begitu sebab tidak mahu rugi apabila susu formula tidak serasi. Terdapat banyak kisah tentang susu formula yang tidak serasi dengan bayi. Kadang kala hanya serasi untuk sebulan dua.

Sejak usia Aisyah sudah melangkau setahun, Aisyah sudah mahu makan macam-macam. Sudah pandai meminta apa yang ibu dan ayah makan. Malah menolak makanannya sendiri. Sudah pandai memalingkan muka tanda protes. Juga pandai meninggikan suara bila ibu dan ayah hanya berbual berdua (menyampuk). Aisyah agak sensitif jika makanan yang dimakan tidak dapat dihadam dengan baik. Aisyah akan menangis kerana kembung perut dan muntah. Kemudian, Aisyah akan senyap. Lega dan terus tidur.

Hari tu gatal-gatal tangan terus register Sustagen Club. Saja suka-suka dan ibu mintak sample susu sekali. Tak sangka penghantarannya memang cepat. Tahu-tahu sahaja sudah smapi ke rumah.




Sustagen adalah keluaran MeadJohnson juga. Cuma dari segi harga lebih jimat. Gara-gara terpengaruh dengan iklan di televisyen, susu yang dapat membangkitkan selera makan si kecil, ibu mahu juga tukar susu formula Aisyah. Siap beli 1 kotak 650gm tetapi Aisyah sembelit pula setelah hampir 2 minggu minum. Pengasuh sudah bising, sebab kasihan Aisyah menangis ketika membuang air besar. Sepert biasa, susu formula asal ditukarkan, Dumex Mamex Explore. Pembatalan dari segi penjimatan, yang konon-konon kalau Aisyah serasi dengan Sustagen, sudah jimat separuh harga susu Dumex Mamex tu. Tak de makna...

Ibu gata-gatal tangan pula register untuk jadi ahli Dumex Mama Club. Punyalah lama Aisyah minum susu dumex, baru ni nak register jadi ahli. Yapeda....

Tapi kali ni, minta sample susu Dumex Dugro, yang agak ekonomi. Pelik juga kan kenapa harga susu berbeza-beza? Padahal doktor kata semua susu formula sama sahaja. Yeke?? Tapi Puan Doktor yang selalu kami kunjungi ni kata, Dumex Mamex adalah susu yang paling sesuai untuk bayi yang bermasalah sembelit.

Gatal-gatal tangan mencari maklumat mengenai jus untuk bayi. Maka, ibu tertarik pula dengan Jus Kismis As-Syifaa. Penghantara juga cepat. Semalam membuat pembayaran, hari ini sudah sampai. Aisyah juga suka minum jus kismis ni. Alhamdulillah...






Nota Kaki : Hanya memikirkan Bidadara dan Bidadari kecil hingga untuk diri sendiri tiada masa untuk difikirkan..


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Anak sulung saya pun minum sustagen jugak. dan mmg pengaruh iklan pun! :p

    btw, salam kenal ya, i follow :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code