Hari isnin, ambil cuti separuh hari. Monday blues katakan. Alang-alang monday blues, terus bawa kereta untuk diservis. Nak servis kereta, perlu tunggu gaji, kalau tidak, duit minyak pergi balik kerja pun tak lepas. Hoho..realiti hidup. Lagipun ahad ni dah raya haji kan. Lambat-lambat nanti takut tak sempat pula.
Pergi bersama Cik Aisyah
Sampai-sampai, lega pelanggan tidak ramai. Senang hati, tidak perlu mengejar masa untuk masuk kerja nanti. Pusat servis pilihan hati adalah Pusat Servis Perodua di Johor Jaya. Ini bukan cawangan Pusat Servis Perodua, ini dealer. Tetapi, lebih selesa ke sini dari ke Plentong.
Mula-mula je diam
Servis di Pusat servis lebih mahal dari servis di kedai biasa. Punyalah banyak kedai servis kereta di Taman Rinting, ke sini juga ibu tuju. Kira pelanggan tetap la ni. Kenapa ke situ? Entah, dah biasa kot.
Sebelum servis kereta, perlu tahu serba sedikit tentang kereta, tidaklah kita di'kencing' oleh mereka yang lebih 'bijak pandai'. Sekurang-kurangnya kita tahu setiap kali servis, apa yang perlu diservis, tahu mileage kereta.
Walaupun ibu tidak tahu sangat mengenai kereta, tetapi sekurang-kurangnya ibu tahu membidas mengenai apa yang mereka sarankan. Ibu tengok, mereka juga masih meneliti manual dan jadual servis setiap kali memberi penerangan dan cadangan.
Melihat pada mileage kereta ibu sekarang, ibu perlu menukar timing belt yang kosnya mencecah RM330. Selepas diskaun, RM300. Oleh kerana, bajet kewangan kurang dan kereta perlu diservis sebelum raya, tangguh dulu penukaran timing belt, dahulukan servis biasa.
Untuk kereta viva 850cc, disarankan menggantikan timing belt apabila mileage mencecah 80K, jangan sampai 100K, dikhuatiri ia putus. Apabila sudah merancang untuk menukar timing belt, harus diingat air-cond belt dan alternator belt ditukar sekali kerana enjin perlu diturunkan, sebab tu kosnya RM300++ dan servis ini memerlukan setengah hari untuk siap.
Kereta myvi dan alza tidak menggunakan timing belt, ia menggunakan timing chain, tak payah korang dok ralit tengok mileage kereta korang pula.
Saja nak bagi alamat
Nota Kaki : Teringin nak dapat alza seketol..
22 Ulasan
Dari apa yg Mar jelaskan nyata Mar banyak tahu berbanding kakak yg cuma tahu isi petrol aje...
BalasPadamVery good info. Byk yg mar tahu. Su tahu isi minyak je ;)
BalasPadambagus kan
BalasPadamKita pun teringin nak ada alza sis hheee
BalasPadamteringin exora he3
BalasPadamBetul tu Mar, kita kena tahu jugak sikit2 pasal kereta... xdelah kena tipu bulat2... :)
BalasPadamBila pkai kereta ni.. mmg la smpai masa kna bawak spa.. belai2.. servis..
BalasPadamTp lya mmg xreti smua ni.. smua suami y handle. Tp kan. Org pompuan mmg kna ambk tau jgk kan..
Mmg waktu sesuai utk srvis kereta kan.. :)
BalasPadamtak tahu hal kete pon reti jugak bawak gi servis..
BalasPadamzee ni langsung tak pernah..nak isi angin sendiri pon tak berani..
sy pasal kete mmng tak tau apa2 yg tau klu minyak dh dekat E gi isi minyak tu je la ;p
BalasPadamsaya bab kereta ni
BalasPadampandai bawa je, apa-apa tak tahu =)
acik lansung tak faham apa2 mar..hi hi..kereta pun tak pernah bawak..tapi sma macam mar..teringin alza
BalasPadaminfo yang bagus
BalasPadamfuhyoooo tabik arrrr ngan mar tau serba byk psl kereta.el tau drive je ngan cek myk dan air hehehe
BalasPadamBagus , kena ambik tahu jg pasal kereta ..tak la nanti kena kelentong ..
BalasPadamhaah bestkan alza
BalasPadaminsha Allah murah rezeki nanti
mana tau kan :)
Ros tak berapa nak tahu pasal kereta..
BalasPadamterre lah Mar gi servis kereta sendiri, kalau kak ana memang tak lah kena tunggu boss buat hehe
BalasPadamMemang kalau nak servis keta, kenalah tunggu gaji..huhuhu..Mahal kan Mar? saya paling kurang mesti RM200 ke atas jugak
BalasPadamAmboi sempat lagi menyelpiekan diri dengan Aishah nampak hehe....
BalasPadamBab bab servis ni selalunya hubby OKje Mar...maklumlah OKje tak de kereta hehe
Saya bawa kereta je, lain-lain tak tahu apa pun. Sebab itulah main angguk-angguk je tak pernah geleng. Saya pernah je timing belt kereta putus dan terpaksa tinggalkan kereta di parking level B5 sebuah shopping mall sehari semalam. Berangkut pergi mekanik. Parahlah sedekah duit kat pusat servis kereta. Nak nangis rasanya!
BalasPadammmg kena ambik tahu juga kan
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.