Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tanyalah Ustaz Di TV9


Sejujurnya hujung minggu kali ini agak membosankan. Bosan kerana line internet yang sendu. Mahu dikatakan kuota sudah sampai limit, mustahil baru sahaja ayah top-up 2 hari lepas. Coverage E tau..E (eh nak tiru Myra Santek pulok). Segala entri terbantut. Biasanya sudah buat schedule untuk seminggu. Aiceceh..

Saban hari, sambil pekena ESP, ibu merehatkan diri sebenar di hadapan televisyen. Menonton program Tanyalah Ustaz di TV9. Banyak persoalan yang dijawab oleh ustaz-ustaz bergantung kepada tajuk yang diutarakan. Tajuk berubah setiap 2 hari sekali.


Pinjam dari Google

Zaman kita ini sudah terlalu jauh dengan zaman Rasulullah SAW, zaman para sahabat, zaman kegemilangan Islam. Zaman kita ini sudah terlalu moden hingga celik mata sahaja kita sudah memikirkan tentang duit. Celik mata sahaja check whatAp, bukan berdoa dahulu. Malah sebelum tutup mata kita lupa untuk berdoa, leka dengan gajet, komen dan like di mukabuku hingga terlelap tanpa sempat berdoa dan mengucap. Kalau menggunakan gajet ke arah kebaikan itu lain ceritalah.

Teringat kata-kata salah seorang ustaz tempohari, "Kita kunci jam untuk bangun pagi sebab takut lewat ke tempat kerja bukan sebab takut lewat bangun solat Subuh".
Terkesan di dalam hati kerana ibu akui ibu juga begitu. Kalau takut lewat bangun Subuh, pasti jam dikunci seawal 5 pagi kan, sebelum azan berkumandang.


Seorang Ustaz juga ada berkata, "Malam dicipta untuk manusia berehat. Waktu kita tidur, masa inilah pembersihan sisa toksin dalam badan kita berlaku. Betapa cantiknya ciptaan Allah. Seeloknya waktu tidur kita adalah seawal 9 malam dan bangun seawal 5 pagi".

Ini adalah sedikit perkongsian yang ibu dengar. Ada masa, sama-samalah kita menonton program ini untuk menambah ilmu.


Tanyalah Ustaz bersiaran setiap hari di TV9, dari 7 pagi hingga 8 pagi.


Pinjam dari Google



Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. tidak salah ada gadjet tapi itulah jgn salah guna semata-mata utk duniawi. Samalah dgn tv kalau hiburan semata-mata pun rosak juga jadinya... telefon utk duniawi leka jadinya..

    BalasPadam
  2. perkongsian yang bermakna untuk semua MaR.
    Suka baca entry ni

    BalasPadam
  3. hehe..ada persamaan sikit n3 hari ni..pagi tadi akak pon tengok Tanyalah Ustaz...best sangat..:)

    BalasPadam
  4. Tq mar atas tazkirah ringkas ni. InsyaAllah sama2 muhasabah diri.

    BalasPadam
  5. Betul tu.. Sy dh praktik juga waktu tidur cmtu.. Cuma kdg2 terbabas juga..

    BalasPadam
  6. Kata2 yang sangat menusuk hati..aida memang kunci jam untuk bangun Subuh tapi bukan awl2 subuh,dah tengah subuh baru kunci jam lepas tu delayed bangun lagi..jadinya tetap solat dihujung waktu..huhuhu

    BalasPadam
  7. Kalau dah jadi mangsa gadget memang macam tulahkan, Mar. Terkesan juga pada kata-kata ustaz ni. Memang selama ni kunci jam kerana nak bangun pagi agar tak lewat ke tempat kerja. Hujung minggu memang niatnya tak terlepas solat Subuh tapi yang lebih utama memang tak lambat ke tempat kerjalahkan.

    BalasPadam
  8. yelah kita kita ni kadang2 celik mata tengok enpon dulu.. sampai mata terpejam hp masih lekat di tangan.. lupa berdoa lupa segalanya

    BalasPadam
  9. islam menganjurkan kita tidur awal dan bangun awal . hasilnya baik dri sudut kesihatan dan awet muda ...

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum

    Satu pesanan utk diriku jua. Selalu ingatkan anak2 begini. Set alarm utk bangun solat subuh. Tapi....huhuhu

    BalasPadam
  11. jarang dapat tengok rancangan ni
    anyway nice sharing mar
    peringatan buat diri sendiri juga =)

    BalasPadam
  12. Betull tu Mar...tq for sharing ;))

    BalasPadam
  13. tq for sharing.. buat mengingatkan diri yg kekadang hanyut lalai.. manusia mudah lupa.. :P

    BalasPadam
  14. Betul tu Mar.....walaupun okje selalunya tengok Tanyalah Ustaz menyambil blogging haha ...tp tak banyak sikit dapatlah gak ilmu

    BalasPadam
  15. Jarang dpt tgk sbb time bersiaran tuh dh otw ke pjbt...perkongsian n peri gatan yg bagus

    BalasPadam
  16. assalam...kalau xtahu kena bertanya agar xsesat jalan...

    BalasPadam
  17. assalam...kalau xtahu kena bertanya agar xsesat jalan...

    BalasPadam
  18. Bagus rancangan Tanyalah Ustaz ni, banyak ilmu yang kita boleh dapat.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code