Kunci jam seawal 5 pagi. Alarm berbunyi, terus bangun, masuk toilet, cuci muka dan bersedia ke dapur. Perkara pertama yang harus dilakukan ialah merebus ketupat segera. Cepat rebus, cepat masak, cepat sejuk. Kan??

===============================

Sudah lama tidak bercerita tentang Cik Aisyah, anak dara nan seorang (buat masa ini). Aisyah sudah berusia 2 tahun 5 bulan. Masih berdiaper. Sangat petah bercakap dan sangat manja. Bila ayah tarik ibu, Aisyah akan tarik ibu sambil cakap, "Aisyah punya..". Hahah..kelakar pula. Hingga ada masanya, ibu terfikir sendiri, bagaimanakah nasib si kecil yang sebaya dengan Aisyah tanpa ibu bapa dan perhatian yang khusus.

Safety helmet versi Cik Aisyah ~ mask ok

Menu special yang gigih ibu masak seawal pagi adalah lontong. Eleh, lontong je kot. Sonang je. Hehehe.. Bila sebut lontong, mestilah ada nasi impit, lodeh dan sambal tumis kan? Baru sedap. Bangun awal sebab nak rebus ketupat je. Kemudian, sementara menunggu Subuh, sempat ibu beronline. Buka blog, buka mukabuku. Ada saja yang post entri jam 4 pagi. Hui..korang tak reti tidur ke apa??


Ini pinggan Cik Aisyah ~ bukti licin dia bedal


Bahan sudah sedia di malam hari, jadi segala kerja menjadi mudah. Sesudah subuh (azan subuh awal sekarang ni), rebus telur, masak sambal tumis bilis dan masak lodeh yang terakhir sekali. Malam tu sudah masak rendang sotong, tinggal hangatkan sahaja. Gara-gara teringatkan rendang sotong ketika berkhusus tempohari la ni, tidak senang duduk dibuatnya. Takkan nak pergi hotel tu pula, kopak duit semata-mata nak makan rendang sotong je.

Makanya menu sarapan pagi kami adalah lontong bersama rendang sotong. Nak resepi? Kali ni tak rajin pula nak tulis resepi sebab lupa snap gambar. Tak best lah takde gambar.

Paling menyeronokkan, Cik Aisyah makan bertambah-tambah hingga bahagian ibu pun dia rembat juga. Takpe, sedang membesar. Penangan dari lontong homemade ibu, Cik Aisyah tidur kekenyangan. Terus tak laku susu DHL kegemarannya.





Nota Kaki : Ini cerita hari sabtu lepas..