Pinjam dari Google


Ada ketika, kita akan mengalami, tiba-tiba terasa buntu, termangu sendiri, seolah hilang hala tuju.

Kaki yang melangkah seolah-olah terhenti di situ tetapi hakikanya perjalanan jauh lagi. Hilang arah. Mata yang melihat, tidak mampu melihat hala tuju, hati seakan resah antara mahu meneruskan atau tidak.

Jika diteruskan, takut jatuh. Andai diteruskan, tidak tahu jalan itu sejauh mana dan takut kiranya destinasi tidak terhenti.