Bila berbicara tentang hidup, acapkali mereka kata, hidup hanya sekali, enjoy lah puas-puas. Benarlah hidup hanya sekali, tiada manusia yang hidup dua kali. Kerana hidup yang sekali ini lah, wajib kita mengingati mati, memperbanyakkan bekalan di akhirat kelak. Namun, ibu akui ibu terleka.

Seringkali juga, telinga ini mendengar pertuturan selamba dari sesetengah orang, kalau nak mati, bila-bila boleh mati. Seolah mati itu suatu perkara biasa. Tidak gentarkah dia dengan perkataan 'mati'? Sedangkan pada ibu, perkara yang paling ditakuti adalah mati.  Seram sejuk bila mengingat 'mati'. Pengakhiran perjalanan di dunia, dan permulaan pula di alam 'sana'.


Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.."..dan hendaklah setiap diri memperlihatkan apa sahaja yang telah dilakukan untuk hari esok (akhirat).." - [Al-Hasyr 59:18-19]
~selamattinggal.blogspot.com


Hari ini kita berbual mesra sesama rakan sekerja, siapa tahu esok lusa kita akan tiada.
Hari ini kita mampu berbaring di atas tilam, siapa tahu esok lusa kita akan ke 'dalam'.

Mati sentiasa hampir, walau sejauh mana kita lari, walau sedalam mana kita sembunyi, ia tetap menghampiri.
Dunia sekadar persinggahan. Pentas kehidupan yang penuh cabaran.


Apabila kita mengejar dunia, dunia akan mengejar kita. Tetapi, apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita pula. -[Ustazah Ummi Rose]
~perempuanjomblo.blogspot.com

Pinjam dari Google ~akudanjibun.blogspot.com




~wallahuaklam~