Aisyah : Eiiii...hanguss...hanguslah cik umie..kesian..


Terdengar gelakan Cik Umie dan nenek di dapur. Ibu yang sedang menonton televisyen bersama yang lain di ruang tengah saling berpandangan. Aisyah lari anak ke tempat kami menonton televisyen dan tangan ibu ditarik kuat. Tidak cukup tangan ibu ditarik, tangan atuk juga ditarik. Dipaksa ke dapur.


Aisyah : Jom ibu..hangus ibu.. Atok, hangus tok..

Dalam hati ibu, kek hangus kah?

Aisyah : Ngok ibu..hangus..kesiannn..


Melihat jari telunjuk itu menuding ke arah coklat yang telah dicairkan oleh Cik Umie di atas kuali, ibu gelak hingga meleleh airmata. Hanguslah ye nak. Itu coklat cair di dalam kuali memanglah hitam.
Nampak sangat ibu tidak pernah buat kek kan nak oi....

Seronoknya Aisyah buat kek - Baju putih terpaksa disental.


Melihat Cik Umie mengayak tepung, Aisyah pun mahu buat juga. Membantu meletakkan tepung ke dalam pengayak sesudu demi sesudu. Ada pembantu cilik, kerja yang mudah jadi rumit pula. Habis tepung nenek. Tapi, seronok melihat Aisyah bermain begitu. Terserlah ciri-ciri seorang gadis yang pandai masuk dapur. Ekekekeke..