Ketika ibu menghadiri kursus SMI Asia tempoh hari, ada pertanyaan berkenaan kerja iaitu, "Apakah situasi yang anda rasa sangat mengganggu pengurusan waktu kerja anda?" Contah jawapan, bos, kawan, travel, urgent matter. Tak berapa ingat dah.

Bila trainer mengajukan soalan itu kepada ibu, jawapan ibu adalah "travel". Dia sangat terkejut dan dia ingin tahu selanjutnya, "u tinggal di mana?" "Kena travel ke mana?". Bagi ibu, travel boleh jadi di mana-mana. Berjalan kaki pun travel juga. Bak musafir di padang pasir.

Ibu : I am not traveling outside, i am just traveling internal. Inside the factory because my job must go to one department to other department.

Pasti ramai tertanya-tanya, apakah pekerjaan ibu? Secara ringkasnya, ibu lakarkan peta untuk mudah fahami.

Klik untuk lihat lebih jelas.


Pejabat tempat ibu bekerja (A) dan ibu perlu berjalan ke B, C, D dan F. Mana E? E takde sebab salah rename. Ekekeke..

1- B adalah sales department di mana di situlah ibu akan tuju jika mahu scan atau potostat dokumen. Hatta, jika perlu print kaler. Walaupun hanya sehelai, ibu perlu ke situ juga jika ianya urgent. Sudahlah scan hanya sehelai, kemudian perlu patah semula ke pejabat (A) untuk hantar emel pula. Bayangkan. Di situ sahaja nombor kod department kami boleh digunakan, terutama yang berkaler. Jauh kan? Pembakaran lemak yang sangat berjaya.

2- Dari A ke B (scanning report) dan kemudian ke C untuk submit certificate pula. Untuk pengetahun semua, A,B dan C berada di level 2. Hohoho. Sangat best excercise saban hari, naik turun tangga.

3- Dari A ke B ke F jika ada barang urgent, tiba-tiba customer datang nak collect anode. Millcert perlu di scan (bertujuan untuk simpanan dan rekod), kemudian baru diserahkan kepada customer di F (guard belakang).

4- Dari A ke D (surau) saban hari (kecuali bendera merah) untuk menunaikan solat.

Ok, sudah nampak perjalanan yang memakan masa itu? Travel sangat kan. Laluan yang bertanda kuning itu bersebelahan dengan production area jiran sebelah dan jika tidak bernasib baik, forklift mungkin lalu lalang mengangkat cable ladder dan sebagainya. Punya kesabaran yang tinggi menunggu di situ.


Selama 5 tahun ibu melaluinya. Bekerja di pejabat yang tidak diberikan mesin potostat dan scanner walhal itu semua adalah kerja-kerja yang perlu kami buat.

Dan cerita ibu ini membuatkan semua di dalam bilik training itu melopong seolah tidak percaya. Huhuhu.... kelakar pun ada sebab kilang ni bukanlah kecil sangat, pekerja 500 orang. Ok, sebenarnya ibu rasa bersalah bercerita, tetapi sudah trainer mahu tahu dan asyik bertanya saja kan. Nak sangat tahu kan...




Nota Kaki : Rezeki masih di sini..cathodic protection.