Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelik Je


Sejak HR Manager telah mengeluarkan memo new HR term and condition tempoh hari, aku rasa cam pelik pula dengan seorang guard ni. Perkara baru yang sangat baru pada kami adalah mengenai grading. Alah, grade aku pun sama je dengan sesetengah staff di office depan yang guard tu panggil 'mem'.

Apa yang aku pelik dengan seorang guard ni, kalau sebelum-sebelum ni setiap hari dia akan wish good morning pada aku and of course lah aku akan balas. Budi bahasa budaya kita. Tapi, sejak dua menjak ni bila nampak aku masuk kerja pagi-pagi, hilang sudah ucapan dia. Kadang-kadang tu aku perasan dia nampak aku tapi lepas tu buat-buat tak nampak seolah-olah aku ni ditutupi dengan segerombolan nepal-nepal. Huhuhu..taulah i comel.

Aku tak heranlah kalau dia tak nak wish pun, tak hadap, tapi kenapa perlu dia buang amalan yang dia lakukan setiap hari secara tiba-tiba? Ke kau nak cakap yang level aku dengan kau lebih kurang sama je, so tak payah nak wish-wish bagai. Eh??? Camtu pula ye?

Cleaner yang handle section aku juga aku rasa bagus. Setiap hari mesti senyum dan ucap selamat pagi. Bercerita mengenai cleaner ni pula, dia juga warga nepal. Bukan jenis kulit gelap. Pertama kali kerja di kilang kami dan pastinya dia gementar bila bersua dengan aku sebab aku suka complaint cara kerja cleaner-cleaner lama. Ada saja yang tidak kena pada mata aku. Bukan aku suruh buat bukan-bukan pun. Aku cuma minta cleaner-cleaner lama tu bersihkan apa yang patutlah, apa yang dia tidak tahu, termasuk tandas perempuan. Yang buat aku suka complaint, tandas perempuan tidak dicuci, buat kerja sambil lewa. Kalau mop lantai pun tidak pandai, mop menggunakan air ntah dari mana ntah. Air yang sudah berbau, serupa tak payah mop. Kalau dah nama mop lantai, gunalah air bersih walaupun office kami ni dah serupa stor. Almaklumlah office di tengah plant. Dipendekkan cerita, cleaner yang sekarang ni, takde pula aku nak complaint walaupun cleaner-cleaner lama mengadu pada HR yang aku selalu marah mereka. Hahahaha... Ngadu eh..marah eh.. Aku ajar tau. Kerana aku jugalah cleaner bersilih ganti hinggalah yang ini, Sunsang namanya. Dia ok je buat kerja. Eleh..ngengada je lebih yang lain tu.

Perbezaan yang ketara yang mudah sangat untuk dilihat meskipun rabun ayam adalah uniform. Staff belakang tabir seperti aku memakai t-shirt hitam. Staff depan semua memakai kemaja walaupun grading kami sama. Masa bekerja juga berbeza. Kami bekerja lebih 1 jam setengah setiap bulan. Kalau difikir-fikirkan memang tidak adil malah langsung tidak saksama. Tapi, memandangkan aku malas mahu fikir-fikirkan meskipun terasa dianaktirikan, aku diam sajalah. Kuli beb..kuli.. Ahh... yang penting gaji masuk tiap bulan sudah.


Oklah, ini entri selingan sahaja. Meluahkan sedikit perasaan. Nak baca, silakan, tak nak baca pun tak apa. Aku tetap sayang korang.

====================================================


7 CPUV yang masih ongoing. Ramai yang bercerita mengenai kepelikan Nuffnang bermurah hati memberikan CPUV banyak-banyak. Aku punya ni kira sikit, yang banyak tu cecah belas-belas sekali melekat. Hebat kan mereka. Harapnya lama sikitlah bertapak. Yang sudah dikreditkan, amount cenonet je. Terima kasih kepada Nuffnang dan terima kasih kepada semua yang support blog ini.

===============================================


Saja nak pelik dengan ranking alexa blog janji kita yang tak pernah dapat bawah 1000. Pelik kan sebab tuan blog ni jenis pemalas nak update entri. Memang pelik kalau ranking bawah 1000. Jadi biarlah ranking berbicara.












Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. kalau cerita pasal kerja, memang semua orang bermasalah macam saya
    tension dah ni, ku rasakan memang perlu angkat kaki
    perlu keluar juga dari zon selesa ni

    alhamdulillah, best nampak nuffnag dan alexa tu
    all the best lah ye
    saya menyokong dari belakang

    BalasPadam
  2. cpuv yg bertingkek2 tu ada mslh teknikal katanya hahaha papepun enjoy je tgh byk tu haha

    cleaner kt ofis el ni org indon..xboleh ditegur..lau ditegur..byk mulut..kita pulak yg kena....tu el mls nak amek kesah or baik ngan diorg..biar org lain yg kesahkan haha

    BalasPadam
  3. Buat skt kpala he fikir mslh kja kan sis..lgi elok wat hal memasing kan

    BalasPadam
  4. Dah lma x bw cne maaf sis bz banget hhee

    BalasPadam
  5. sumer update cpuv kemain lebat..kita jugak ler seketoi jerk ade..huhuhuu

    BalasPadam
  6. Saya pulak lebih suka cleaner dulu daripada sekarang. Ada satu cleaner tu orang kita tapi alahai kerja berkira betul. Pernah sekali saya dengar cleaner indon minta tolong boleh jawabnya -aku tak boleh buatlah, dah sakit kaki ni! Wah, mentang-mentanglah awak local boleh pulak buat gitu kat orang. Tak nak kerja, bagi jelah kat orang lain. Ramai menyambarnya!

    Kerja makan gaji ni macam tulah Mar. Ada je yang tak kena pada pandangan mata dan buat sakit hati kita. Cakap banyak pun bukan mereka mendengar, ya tak?

    BalasPadam
  7. Tak payah difikirkanlah Mar ttg guard tu. Buat sakit kepala je tak pasal2 memikir pasal dia hehee.. apa pun tahniah. Semoga sentiasa dimurahkn rezeki... aamiin. :)

    BalasPadam
  8. @Diana Rashid
    sehari 5 entri..juling mata memikirkannya..

    BalasPadam
  9. giler tak rajiiinnn...kalau sy ni mmng tak harap la satu hri satu entry hihihi bnyk tu dpt..

    BalasPadam
  10. Hehe panjang cerita ...Wah byknyer cpuv..tahniah ya Mar

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code