Pinjam dari Google

Penyakit jantung mungkin kelihatan seperti penyakit yang kerap dihidapi oleh golongan adam, tetapi untuk pengetahuan semua, statistik memberitahu sebaliknya.

Statistik menunjukkan lebih ramai wanita meninggal dunia akibat penyakit jantung berbanding lelaki. Kajian juga menunjukkan wanita lebih ramai meninggal dunia akibat penyakit jantung berbanding kanser payudara atau paru-paru.

Lebih membimbangkan, trivia: 25% wanita di Malaysia yang terlibat dengan penyakit jantung. Nisbah 1 dalam 4 wanita. Wanita itu mungkin terdiri dari kawan-kawan, rakan sepejabat, jiran tetangga atau orang yang kita selisih di kedai runcit. Boleh jadi. Ia boleh dihidapi sesiapa.


Adakah saya mempunyai penyakit jantung? 

Satu perkara yang merumitkan tentang penyakit jantung pada wanita ialah tanda-tanda yang biasanya berbeza pada setiap orang. Kebanyakan wanita mengalami gejala-gejala tidak ketara seperti sakit perut dan berpeluh, di mana mereka cenderung untuk mengabaikan dan menganggap tidak penting sehingga berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Untuk memastikan kita bebas dari sakit jantung, berikut adalah tanda-tanda yang perlu setiap wanita perhatikan :

  • Pedih atau rasa tidak selesa di dada. 
  • Sakit belakang, terutamanya di antara bahu.
  • Sesak atau sakit yang terasa hingga ke rahang, telinga, leher atau bahagian dalam lengan. Ia boleh muncul sama ada secara beransur-ansur atau tiba-tiba, dan ia boleh berkurangan atau bertambah sakit.
  • Sakit perut, terutama di atas butang perut. 
  • Pening. 
  • Sesak nafas. 
  • Muntah atau nauses (mual). 
  • Keletihan yang tidak dapat dijelaskan. 
  • Peluh sejuk. 
  • Kebimbangan 
  • Kesukaran tidur. 


Jika terdapat tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa dengan doktor. Tetapi sebelum risau terhadap kemungkinan mempunyai penyakit jantung, bawakan berehat. Tenangkan diri.

Doktor akan menjalankan beberapa ujian diagnostik untuk menentukan jika benar-benar mempunyai penyakit jantung.