Telekung juga dikenali sebagai kain sembahyang. Satu 'uniform' yang kita gunakan apabila menunaikan solat fardhu dan ibadah lain. Diakui seiring dengan peredaran zaman, pelbagai jenis telekung telah dihasilkan. Seolah telekung juga terkena tempias fesyen. Bukan hijabista, niqobista sahaja.
Musykil Muslimah yang disiarkan di Astro, menjawab pelbagai kemusykilan yang melanda kita dengan isu "Telekung red carpet" dan telah dikupas dengan sewajarnya oleh ustazah jemputan.
Lambakan penjualan telekung online di laman sosial, menyebabkan nafsu membeli belah terpanggil. Tidak salah membeli dan memakai pakaian yang terbaik untuk mengadap Yang Maha Agung.
Tetapi, cuba kita bayangkan sekiranya kita gunakan telekung yang meriah sebegini ke masjid. Sudah pasti kita akan menjadi bahan tumpuan dan secara tidak langsung para muslimah akan tertarik kepada telekung kita dan mula bertanya perkara-perkara renyah. Mungkin juga wujud perasaan rendah diri pada muslimah lain memandangkan telekung yang dipakainya hanya biasa-biasa sahaja.
Ustazah jemputan ada menerangkan bahawa sekiranya muslimah lain yang melihat si pemakai telekung red karpet ini hilang tumpuan terhadap ibadah atau tidak kusyuk dalam menjalani ibadahnya, si pemakai boleh jatuh hukum makruh.
Pinjam dari www.wanista.com
Pinjam dari Google
Jika telekung yang dibeli harganya mencecah ratusan ringgit, sudah pasti ianya membazir. Mungkin ramai yang beranggapan, apa salahnya beli yang mahal.
Islam ini mudah, untuk menunaikan solat, tidak wajib bertelekung sekiranya pakaian yang kita pakai sudah menutupi aurat kita, diyakini bersih dan tidak jarang. Tiada syarat bahawa telekung mestilah berwarna putih.
Agak susah untuk dihuraikan kerana masing-masing mempunya pendapat sendiri dan ibu cadangkan kita tonton sendiri kupasan dari rakan Musykil Muslimah tersebut.
Nota Kaki : Bagi yang belum menyertai Blogger Area Mega Giveaway, silakan join ye sebelum tamat pada 31 Oktober 2014.
16 Ulasan
Kite kan kalau telekung dh set kat mind kene kaler putih dan sinple..ade jugak org bg telekung kaler2 corak2..tp telekung tuh hanya utk dipakai kat umah jer..
BalasPadamdah macam2 kan sekarang nie
BalasPadamtapi betullah, memang terasa distracting sikit bila nampak gitu
BalasPadamadik saya kata telekung padelpop =)
Entahlah kakak ni Mar mungkin sebab dah tua lebih suka warna putih walau bunganya macam-macam emboirdery warna... Suka tengok org pakai tapi utk diri sendiri buat masa ini belum lagi tapi tak tahulah masa akan datang..
BalasPadamaida masih maintain tradisional - telekung warna putih. anak-anak pun aida belikan warna putih just ada ropol sikit sikit la...
BalasPadamtak brape minat plak dgn telekung warna lain hi hi hi :-)
kak ada juga telekung bersulam penuh striking tapi kak guna di rumah..
BalasPadamniat kita sebenarnya. kalau kita niatkan nak sarung yg cantik kita guna di rumah, menghadap ALLAH seorang diri, elak timbul riak..
pada pendapat kak, kalau kita mampu berpakaian cantik di luar, tak salah kita berbelanja lebih untuk menyarung telekung yang cantik menghadap Allah di rumah.
namun, terpulang pada niat masing2 kan
Aida pon suka pakai telekung yang simple..tapi sekarang dah suka yang berwarna sebab tak jarang..bukan nak rasa megah cuma keselamatan aurat je..thanks Mar for the useful info..
BalasPadamXde telekung pun blh solat..
BalasPadamMcm2 fesyen skrng ni kan... asal jngn menyalah dan lari dari matlamat sebenar sudahlah..
BalasPadamTq for good reminder. Beli telekung pastikan x jarang sbb nk solat aurat harus dijaga. Color yg distracting pakai di umah je srnang x ganggu org.
BalasPadamsetakat ni husna xde lagi telekung mcmni..telekung biasa je warna putih..bila dah wujudnya telekung colourful mcmni, takut si pemakai tu beli semata2 sbb cantik dan nak bergaya je tunjuk kat orang lain..
BalasPadamSaya tak biasalah pakai telekung warna-warni ni. Ada satu pemberian kakak warna dark pink. Jarang saya bawa keluar. Guna di rumah je. Itupun naik rimas. Dah terbiasa pakai telekung putih.
BalasPadamMacam baju kurung pulak Mar....Okje kurang suka pulak tak taulah sok lusa...ckp tak suka dia dulu yg pakai hehe
BalasPadamCntikla..lya guna yg biasa telekung putih.
BalasPadamsy suka yg plain lgi suci murni ;p
BalasPadamSejujurnya,saya suka telekung pink,lebih lebih lagi jenis lycra hot pink dan viscose hot pink yang ada lace di kepala sebab kalau pakai nampak cantik sangat.saya tak suka dengan telekung warnanya selain daripada pink because pink is the best������
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.