Telekung juga dikenali sebagai kain sembahyang. Satu 'uniform' yang kita gunakan apabila menunaikan solat fardhu dan ibadah lain. Diakui seiring dengan peredaran zaman, pelbagai jenis telekung telah dihasilkan. Seolah telekung juga terkena tempias fesyen. Bukan hijabista, niqobista sahaja.

Musykil Muslimah yang disiarkan di Astro, menjawab pelbagai kemusykilan yang melanda kita dengan isu "Telekung red carpet" dan telah dikupas dengan sewajarnya oleh ustazah jemputan.




Lambakan penjualan telekung online di laman sosial, menyebabkan nafsu membeli belah terpanggil. Tidak salah membeli dan memakai pakaian yang terbaik untuk mengadap Yang Maha Agung.

Tetapi, cuba kita bayangkan sekiranya kita gunakan telekung yang meriah sebegini ke masjid. Sudah pasti kita akan menjadi bahan tumpuan dan secara tidak langsung para muslimah akan tertarik kepada telekung kita dan mula bertanya perkara-perkara renyah. Mungkin juga wujud perasaan rendah diri pada muslimah lain memandangkan telekung yang dipakainya hanya biasa-biasa sahaja.

Ustazah jemputan ada menerangkan bahawa sekiranya muslimah lain yang melihat si pemakai telekung red karpet ini hilang tumpuan terhadap ibadah atau tidak kusyuk dalam menjalani ibadahnya, si pemakai boleh jatuh hukum makruh.

Pinjam dari www.wanista.com

 Pinjam dari Google

Jika telekung yang dibeli harganya mencecah ratusan ringgit, sudah pasti ianya membazir. Mungkin ramai yang beranggapan, apa salahnya beli yang mahal.

Islam ini mudah, untuk menunaikan solat, tidak wajib bertelekung sekiranya pakaian yang kita pakai sudah menutupi aurat kita, diyakini bersih dan tidak jarang. Tiada syarat bahawa telekung mestilah berwarna putih.

Agak susah untuk dihuraikan kerana masing-masing mempunya pendapat sendiri dan ibu cadangkan kita tonton sendiri kupasan dari rakan Musykil Muslimah tersebut.




Nota Kaki :  Bagi yang belum menyertai Blogger Area Mega Giveaway, silakan join ye sebelum tamat pada 31 Oktober 2014.