Terliur tak..terliur tak? Apa? Tak nampak udang? Hukaloh.. Udang ni spesis sedang-sedang, kira besar jugalah tetapi telah dibuang kepala dan kulitnya. Senang nak masuk mulut nanti, tidak perlu mengopek lagi. Lagi umpphh sebab perapannya terasa. Eh yeke? Maaf andai ibu salah. Ibu bukan masterchef.
Udang Goreng Mentega Nestum
Bahan-bahan:
20 ekor udang
Setangkai daun kari
5 ulas bawang putih - dicincang halus
3 biji cili - dihiris
Sepeket nestum 3in1
Mentega
Garam
Gula
Lada sulah
Minyak masak
Cara-cara :
1- Kopek kulit udang, tinggalkan bahagian ekor. Bersihkan. Terpulang jika tidak mahu kopek pun boleh.
2- Perap udang bersama sedikit garam gula dan lada sulah lebih kurang 15 minit.
3- Bancuh sedikit tepung tempura dengan air dan gaulkan udang tadi.
Asyik promote je kena minta komisen ni
4- Goreng udang hingga masak dan kelihatan rangup. Angkat dan toskan.
5- Kemudian, panaskan kuali lain dan masukkan 4 sudu besar mentega.
6- Masukkan bawang putih yang dihiris, cili dan daun kari. Tumis hingga naik bau dan bertukar warna.
7- Masukkan sepeket nestum 3in1 dan kacau rata.
8- Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata laju-laju. Matikan api. Sedia untuk dihidang.
Mudah saja kan. Cubalah. Bagi kami memang sedap sebab nestum 3in1 ni dah ada susu. Mentega yang digunakan juga sudah terasa masin tak perlu tambah garam lagi. Bila dah masak, semua rasa sama rata dari segi masin, manis dan lemak. Nestum pun rangup je.
Rugi tak cuba.
Jom cuci mata..
Nota Kaki : Tak sabar nak tunggu hari jumaat..
26 Ulasan
amboi sedapnya cik mar oi..
BalasPadamsedapnya
BalasPadamSedapnye...dan best sbb ada nestum^^
BalasPadamletak nestum..good idea..
BalasPadamnanti bolehla akak cuba..:)
Kalau nak mudah makan memang baik buang dulu kepalanya kan Mar...
BalasPadamwahhhhh sedap nyer...
BalasPadamhuuuu..memang menyelerakanlah Mar...MMM
BalasPadamlieya penah buat....tapi versi berkuah....sedapppp....menjilat pinggan anak2 makan heheheheeh
BalasPadamni kalau buatkan tuk en suami
BalasPadamconfirm dia tak telan =)
Ok...boleh gak jadi satu menu ni....nanti bila bila nak cuba jugak TQ sharing Mar
BalasPadamsedapnya.. Ros ni penggemar udang :)
BalasPadambestnya.,..nak cuba jugaklah mar
BalasPadamSedapnyaaaa. Nk cuba jugak lah. :)
BalasPadamsedap ahh..
BalasPadamminta sikit boleh? hehehe..
BalasPadamnestum mmg xde kat umah ni
BalasPadamoat mmg ada..ha leh wat udang goreng oat ranggup ekekeke
@el
BalasPadamcer cuba
Memang nak kena cuba ni.. nampak sgt sedap...hihi
BalasPadamassalam dear.. done follow u & join giveaway..hihi
BalasPadamhttp://iambintanghati.blogspot.com/2014/10/blogger-area-mega-giveaway.html
Ni memang sedappp Mar... Nurul pun suka...
BalasPadamMar, awk teka betul semalam...
Nanti email detail ye... :)
Vavavvaav..sedapnyeeeeeee...nnt nak try la..tp udang tukau ngan sutun..moleh x??;)
BalasPadamSure rangup ni kan... best.. :)
BalasPadamudang ni seafod yg manis..masak apa pun sedap..goreng mentega nestum camni mesti mengancam
BalasPadamTerliur, Chef!
BalasPadamUdang ni favorite saya mahu saya tak nak cuba. Semua ada kat rumah ni. Malam ni pun saya boleh start mencuba. Tapi ... malam ni saya makan kat luar. Hahaha.
Alahai sis trliur suda hheee
BalasPadamsedapnya..
BalasPadamnak nak udng kan.
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.