Terliur tak..terliur tak? Apa? Tak nampak udang? Hukaloh.. Udang ni spesis sedang-sedang, kira besar jugalah tetapi telah dibuang kepala dan kulitnya. Senang nak masuk mulut nanti, tidak perlu mengopek lagi. Lagi umpphh sebab perapannya terasa. Eh yeke? Maaf andai ibu salah. Ibu bukan masterchef.


Udang Goreng Mentega Nestum

Bahan-bahan:

20 ekor udang
Setangkai daun kari
5 ulas bawang putih - dicincang halus
3 biji cili - dihiris
Sepeket nestum 3in1
Mentega
Garam
Gula
Lada sulah
Minyak masak


Cara-cara :

1- Kopek kulit udang, tinggalkan bahagian ekor. Bersihkan. Terpulang jika tidak mahu kopek pun boleh.

2- Perap udang bersama sedikit garam gula dan lada sulah lebih kurang 15 minit.

3- Bancuh sedikit tepung tempura dengan air dan gaulkan udang tadi.
Asyik promote je kena minta komisen ni

4- Goreng udang hingga masak dan kelihatan rangup. Angkat dan toskan.

5- Kemudian, panaskan kuali lain dan masukkan 4 sudu besar mentega.

6- Masukkan bawang putih yang dihiris, cili dan daun kari. Tumis hingga naik bau dan bertukar warna.

7- Masukkan sepeket nestum 3in1 dan kacau rata.

8- Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata laju-laju. Matikan api. Sedia untuk dihidang.


Mudah saja kan. Cubalah. Bagi kami memang sedap sebab nestum 3in1 ni dah ada susu. Mentega yang digunakan juga sudah terasa masin tak perlu tambah garam lagi. Bila dah masak, semua rasa sama rata dari segi masin, manis dan lemak. Nestum pun rangup je.

Rugi tak cuba.



Jom cuci mata..
Baju Muslimah


Nota Kaki : Tak sabar nak tunggu hari jumaat..