Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Sakit Jantung Dikalangan Wanita


Pinjam dari Google

Penyakit jantung mungkin kelihatan seperti penyakit yang kerap dihidapi oleh golongan adam, tetapi untuk pengetahuan semua, statistik memberitahu sebaliknya.

Statistik menunjukkan lebih ramai wanita meninggal dunia akibat penyakit jantung berbanding lelaki. Kajian juga menunjukkan wanita lebih ramai meninggal dunia akibat penyakit jantung berbanding kanser payudara atau paru-paru.

Lebih membimbangkan, trivia: 25% wanita di Malaysia yang terlibat dengan penyakit jantung. Nisbah 1 dalam 4 wanita. Wanita itu mungkin terdiri dari kawan-kawan, rakan sepejabat, jiran tetangga atau orang yang kita selisih di kedai runcit. Boleh jadi. Ia boleh dihidapi sesiapa.


Adakah saya mempunyai penyakit jantung? 

Satu perkara yang merumitkan tentang penyakit jantung pada wanita ialah tanda-tanda yang biasanya berbeza pada setiap orang. Kebanyakan wanita mengalami gejala-gejala tidak ketara seperti sakit perut dan berpeluh, di mana mereka cenderung untuk mengabaikan dan menganggap tidak penting sehingga berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Untuk memastikan kita bebas dari sakit jantung, berikut adalah tanda-tanda yang perlu setiap wanita perhatikan :

  • Pedih atau rasa tidak selesa di dada. 
  • Sakit belakang, terutamanya di antara bahu.
  • Sesak atau sakit yang terasa hingga ke rahang, telinga, leher atau bahagian dalam lengan. Ia boleh muncul sama ada secara beransur-ansur atau tiba-tiba, dan ia boleh berkurangan atau bertambah sakit.
  • Sakit perut, terutama di atas butang perut. 
  • Pening. 
  • Sesak nafas. 
  • Muntah atau nauses (mual). 
  • Keletihan yang tidak dapat dijelaskan. 
  • Peluh sejuk. 
  • Kebimbangan 
  • Kesukaran tidur. 


Jika terdapat tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa dengan doktor. Tetapi sebelum risau terhadap kemungkinan mempunyai penyakit jantung, bawakan berehat. Tenangkan diri.

Doktor akan menjalankan beberapa ujian diagnostik untuk menentukan jika benar-benar mempunyai penyakit jantung.


Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Tq sis infonya kekdg kita kurang ambik berat pyakit ni

    BalasPadam
  2. sakit jantung ni antara silent killer dan no 1 pykt utk rakyat malaysia.

    BalasPadam
  3. Sangat bagus info ini. Saya memang tercari-cari fakta yang sebegini.
    Terima kasih untuk perkongsiannya
    Mar.

    BalasPadam
  4. bagus sharing info ni,
    kalau serangan jantung tu
    kita tak dapat nak kesan kan
    ia secara tiba-tiba
    wallahualam

    BalasPadam
  5. Bila kakak baca symptom tu macam takut pulak kakak.

    BalasPadam
  6. Mak sedara saya sakit jantung jgk. Tak bole duduk lepak2 dgn org ramai. Kenduri pun dh xbole pergi. Nanti bila tgk org ramai dia bole terkena serangan.kesian..

    BalasPadam
  7. tak perasan la pulak..tapi saya ada pening...yang lain tu macam tak de kot.lagi2 bab tidur.letak kepala terus lebuh...

    BalasPadam
  8. Thanks Mar for the info..Sakit jantung ni is a silent killer kan...trend sekarang ramai yang masih muda diserang heart attack...kena sentiasa alert..

    BalasPadam
  9. perempuan ni nampak tenang tapi dalam kepala dalam hati tu banyak benda yang ditanggung. lebih daripada apa yang orang nampak..

    nice sharing ^^

    BalasPadam
  10. kak ni ada juga tanda2 yg tertera..
    takut gak..

    BalasPadam
  11. takut juga mendengarnya ye
    apapun nice sharing mar =)

    BalasPadam
  12. Takut nak jumpa doktorlah Mar....acane tu?hoho....

    BalasPadam
  13. Takut juga bila bacanya. Sebelum ni langsung tak tahu. Nice info.

    BalasPadam
  14. Kalau ikutkan, risiko sakit jantung lebih di kalangan lelaki compare perempuan.
    Tapi, tak bermakna perempuan x terkecuali.

    BalasPadam
  15. Bagus perkongsian ni. Bukan utk wanita shj, malah lelaki pun kena tau ni..

    BalasPadam
  16. Tanda yang pertama dan kedua tu kerap juga berlaku. Alahai, takutnya nak pergi buat check bagai ni. Dahlah saya ni nampak hospital pun terus gigil, pucat muka.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code