Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Misi Yang Lama Terpendam ~ Mampukah Direalisasikan?


Sudah lama ibu tinggalkan alam universiti. Kadang-kadang tu kenangan di uni juga hampir-hampir luput. Tentang pembelajaran memang dah ke laut sebab bidang kerja juga berbeza. Bukan sedikit, banyak. Dulu ibu belajar pun tidak tinggi mana, setakat Diploma.

Pejam celik pejam celik, 3 tahun tu terasa kejap sangat. Tapi sekarang ni ibu rasa 3 tahun itu sangat lama. Kalau boleh, ibu nak ambil ijazah sarjana pula dalam masa setahun. Huh!!! Mana mungkin! Separuh masa lagi ha.. dengan kerja, anak, keluarga. Kerja pula tidak kenal erti masa. Kadaang kala jam 10 malam masih di hadapan komputer. Ibu bukan seorang yang berjawatan besar, malah staff yang tidak punya nama. T___T Sob..sob..

Pagi ini, sewaktu memandu ke tempat kerja, hati seakan bergelora. Sesuatu yang terpendam harus direncanakan meskipun ntah bila akan dapat hasilnya. Ibu rasa sungguh tercabar kerana perkara itu. Terasa diri ini bukan siapa-siapa dan seolah-olah hanya dipergunakan untuk kepentingan mereka. Gaji ibu bukan besar. Tidak cecah 2K pun, tapi ibu sentiasa yakin dan bersyukur denganNya. Bumi Allah ini luas. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Nekad seakan sudah terpatri, impian itu harus direalisasikan.

Tetapi, terbantut juga. Harus membuat perkiraan yang bijak. Semua faktor harus diambil kira. Ekonomi sekarang ini juga semakin mencekik. Harus bijak dalam perbelanjaan. Buku juga bukan murah, belum lagi bab peralatan untuk pembelajaran. Semua memerlukan duit. Yuran lagi? Aduh..terduduk sebentar. Mampukah? Tetapi ibu amat menginginkannya...




Nota Kaki : "Tunjukilah kami jalan yang lurus"^Al-Fatihah

Catat Ulasan

2 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code