Assalamualaikum

Review : Breastpump Autumnz Bliss | Selepas menjadi pengguna Lacte Duet untuk beberapa ketika, saya menjadi pengguna Autumnz Bliss pula. Kenapa saya bertukar breastpump? Segala kisah ada diceritakan di SINI. Langsung tiada kena mengena dengan breastpump jenam A tak bagus. Jenama B tak sesuai. Takde..


  Autumnz Bliss 

Ciri-ciri :
  • Ringan. Hanya 250 gram.
  • Bunyi pam sangat perlahan. Tak bising. Vibrate je.
  • Sedutan / suction tidak sakit.
  • Ada 5 level sedutan.
  • Boleh guna direct elektrik/ bateri/ USB cable.
  • Mudah dipasang dan dibasuh.




Bagi saya, pam ni sangat-sangat OK. Memang tak terasa pun masa mengepam. Mula-mula je sakit sikit sebab yela dah tegang kan puting tu. Kemudian, sedut sampai 20 minit pun tak rasa dah.

Pakai madela pun rasa sakit kalau breast dah bengkak. Tapi, saya tidak pernah mengalami bengkak susu, jadi memang tak tahu bagaimana rasa sakitnya. Yang saya tahu dari pengalaman kawan-kawan, memang tak dapat nak digambarkan kesakitannya sampai demam-demam.


Part exclude bottle


Yang paling best pada saya, part dia mudah untuk dibersihkan dan dibasuh kerana tidak terlalu banyak. Ini adalah sebab mengapa saya kata berbaloi.

Bagi ibu-ibu yang sedang mencari breastpump, boleh letakkan dalam senarai, breastpump Autumnz Bliss. Yang pasti harga mampu milik.

Memang berbaloi guna. Design pun comel. Syok je tengok benda-benda yang comel ni tau. Rasa happy.






Nota Kaki : Ada permintaan review breastpump ni. Ok saya dah tunaikan janji saya.