Public holiday!!! Yeah!! Terlalu lama rasanya menanti cuti panjang. Dapat balik kampung. Kebetulan cuti CNY jatuh pada hari isnin dan selasa. Cuti panjanglah kita. 

Amenda dia tulis tu tak tahulah maksudnya. Harap maksud yang baiklah.


Kepada kawan-kawan yang sedang bercuti, hargailah masa cuti anda. Inilah masa untuk bersama keluarga. Yang jauh mahupun dekat. Mari kita rapat-rapatkan.

Yang memandu, berhati-hati selalu. Malang tidak berbau. Ingatlah orang tersayang.

Mesti ramai yang ambil kesempatan cuti panjang ni untuk bercuti dan berjalan-jalan. Tak kurang juga yang balik kampung, menghadiri majlis perkahwinan dan apa jua majlis jemputan.

8 Februari 2016 - Majlis sambut menantu adik saya dan majlis aqiqah Adik Alif.
In sha Allah akan di update nanti.




Nota Kaki : Selamat bercuti