Kami berdinner lagi. Masuk ni kali ke3 saya join dinner untuk semua pekerja SBN. Kalau dinner untuk staff sahaja saya tak pernah join. Malas. Walaupun saya staff. Staff belakang tabir.

Ni semua muka-muka mengharapkan lucky draw. Dua orang yang bertuah dari meja kami dapat lucky draw. Sorang dapat baucer aeon. Sorang lagi dapat hamper.





Di Hotel Amansari Seri Alam untuk kali ke3.


Antara makanan yang dihidangkan.
~ tak kena kat tekak. Presentation pun out.


Dinner kali ni sangat membosankan. Ibarat sekadar datang untuk makan je. Tapi, makan pun tak berapa kena kat tekak. Memang makanan di meja kami tak habis setiap kali dihidang.

Takde aktiviti menarik. Best dress pun ntah apa-apa. Lucky draw kebanyakkannya di sapu oleh foreigner. Almaklum kerja kilang ramai foreigner. Huhu,,


Solekan by sdn bdn.
Hanya sapukan BB cream stick Silky girl. Natural ~rm15.80
Kemudian, sapukan bedak butae bekas biru. Natural ~sedia ada.
Eyeshadow miss rose ~sedia ada.
Blusher Naked2 ~sedia ada.
Eyeliner Silkygirl ~sedia ada.
Maskara Maybeline Waterproof ~sedia ada.
Lipstik Kiss proff ~sedia ada hadiah dari seorang blogger.

Design baju & tudung juga sdn bhd.
Dress kuning beli di nile. Kosong. Dress raya dua tahun yang lalu ~sedia ada.
Tudung ~sedia ada.
Beli lace semeter untuk kaki dress dan tampal ditudung untuk naik seri ~rm18.
Sandal & handbag ~sedia ada.

Total cost dinner = rm33.80