Assalamualaikum

Set Periuk Ecoramic | Set periuk ni saya dah idam lama. Manalah tak mengidam kalau iklannya asyik keluar di TV Alhijrah. Apa lagi, mengendenglah saya dengan e.suami. Siapa sangka, periuk idaman ni menjadi hadiah sempena ulang tahun saya tahun lepas. Itu pon hadiahnya delay dekat 2 bulan. Huhu.. who's care? Janji dapat.

Apa yang menarik pada saya Periuk Ecoramic ni jenis stone coating, di mana masakan tidak mudah melekat di periuk, cepat panas, makanan cepat masak, tahan lasak, mudah untuk memasak makanan laut bercengkerang dan yang paling best ianya sangat mudah untuk dicuci.


Harga set periuk Ecoramic ni cuma RM169. Korang nak tau dapat berapa barang dengan harga tu? Dapat 4 barang iaitu 1 pan, 1 pan besar, 1 periuk dan penutup kaca. Penutup kaca tu boleh digunakan untuk pan dan periuk. Tak perlu penutup yang lain dah. Jimat ruang penyimpanan.

Berbaloi kan untuk dimiliki?


Masakan pertama saya menggunakan salah satu periuk ecoramic ni adalah lempeng. So melayu sangat kan?


Mudah sangat memasak lempeng dengan pan ni. Saya tetap letak minyak sikit untuk lebih enak. Cantik sangat kejadian lempeng pan ecoramic ni.


Ini pula saya masak siput sedut masak lemak. Periuk ecoramic ni memang direka untuk penggunaan lasak kan, jadi usah risau periuk tercalar.


Abaikan dapur memasak saya yang dah berkhidmat lebih 10 tahun tu. 


So far saya berpuas hati dengan periuk dan kuali leper jenama ecoramic ni. Dah macam-macam juga saya masak. Ok sangat. Ringan pula tu. Syok.