Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Asyraf Datuk K Bukti Kejayaan Anak Didik Datuk Dr Azizan Osman

Assalamualaikum

Asyraf Datuk K Bukti Kejayaan Anak Didik Datuk Dr Azizan Osman | Datuk K merupakan suami kepada penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Seperti yang kita sudah sedia maklum, Mentor Usahawan kesayangan ramai, Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan sahaja membantu atau membimbing para usahawan di Malaysia, malah beliau membantu dalam kehidupan anak didiknya juga. Hebat sungguh kan.


Bukti Kejayaan Anak Didik Datuk Wira Dr Azizan Osman



Kehebatan beliau turut diakui sendiri oleh Datuk K di mana beliau mendedahkan satu kisah yang menjadi kebanggaan beliau. Baru-baru ini Datuk K mendedahkan perubahan anaknya iaitu Asyraf Khalid disebabkan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
 
Asyraf ada mengongsikan satu rakaman video ucapan terima kasih Datuk K kepada Datuk Wira Dr Azizan. Menurut Asyraf yang merupakan anak tiri kepada Siti Nurhaliza ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu.



Dalam rakaman tersebut Datuk K mengucapkan segunung penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman atas kejayaan beliau mengubah dan membimbing anaknya bukan sahaja dalam perniagaan malah dalam kehidupan anaknya juga dalam tempoh 3 tahun.


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini."

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya lagi.

 Video tersebut telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. Betapa kisahnya menjadi inspirasi kepada para usahawan di luar sana.

Ucapan Penghargaan Asyraf Khalid Atas Kejayaannya

Siapa sangka beliau dahulu seorang budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan dirinya sangat tak berjaya. Selepas dibimbing oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman, beliau lebih bersemangat dan menempa kejayaan.



Tambah Asyraf lagi, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentornya sendiri.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa memberi bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan  sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"
jelasnya.



Dalam pada itu, sangat jelas yang Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.

"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.

Kehebatan Datuk Wira Dr Azizan Osman sangat membanggakan dan sekaligus membuatkan Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum dengan kebolehan yang dimiliki Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan.

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya
sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.

Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble
and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.



Kejayaan Yang Menjadi Inspirasi Para Usahawan

Rezeki itu luas, namun ia tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Untuk terus maju dan konsisten dengan target bisnes, salah satu caranya adalah dengan berguru atau mencari mentor agar tidak tersasar dari landasan.

Dengan mendapat panduan yang betul secara tidak langsung orang terdekat kita turut berasa bangga dengan kejayaan yang kita kecapi.

Nak tahu lebih lanjut tentang Kelas Titanium RichWorks Anjuran Richworks dan Azizan Osman, boleh layari www.richworks.com.

Nak berjaya? Jom join kelas Dr Azizan Osman











Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Baguskan usaha Dr Azizan n team ini sampai menjadi inspirasi dan suntik kejayaan untuk usahawan lain pula.

    BalasPadam
  2. Suka tengok kisah kejayaan orang!!! Terbaik team Azizan Osman!

    BalasPadam
  3. Sangat mengagumkan 😍 ramai usahawan berjaya disini

    BalasPadam
  4. ternyata dgn bimbingan yg baik sesiapa boleh berjaya tahniah asyraf

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code