Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Orang Bongkak


Malam tadi ketika menyediakan juadah makan malam, ibu terdengar ceramah dari seorang ustazah di televisyen. Tajuk berkenaan, tidak ketahuan kerana ibu di dapur, hanya mendengar sepintas lalu sebelum terdengar siaran telah ditukar oleh ayah. Namun, kata-katanya terkesan di hati ini, seputar ketakwaan seorang manusia yang diukur, diangkat, di sisiNya. Bukan kerana pangkat, darjat dan hartanya. Subhanallah.

Terdengar juga kisah yang disampaikannya ketika mengunjungi rumah terbuka seorang hamba Allah. Orang itu cukup lemah lembut, melayan tetamu dengan ramah dan sebaik mungkin. Menyediakan pelbagai juadah untuk tetamu yang hadir dan tidak menang tangan melayan tetamu. Tetapi, karektor itu berubah ketika dia berada di dapur bersama orang gajinya. Suaranya seakan meninggi, mudah mengherdik orang gajinya itu dan tidak henti mengarahkan itu ini. Allahuakbar. Mungkin benar, dia seorang majikan, dan orang gajinya itu orang suruhan tetapi, bukan kerana dia majikan dia boleh berkasar dan berkata sesuka hati.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Tidak akan masuk syurga orang yang ada sifat sombong sebesar biji sawi dalam hatinya”


Allah berfirman dalam Surah Al-A'raf, ayat 146, maksudnya:
“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatku (yang menunjukkan kekuasaanku); dan jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya”


Teringat kejadian petang semalam ketika ibu menjemput Aisyah pulang dari rumah pengasuh. Untuk sampai ke rumah pengasuh, ibu perlu melalui beberapa unit rumah. Di hadapan sebuah rumah ini, ada sebiji kereta persona berwarna silver yang diparkir sedikit senget. Ibu menanti dibelakangnya dengan penuh sabar dengan harapan kereta itu akan kehadapan sedikit dan memberi ruang agar ibu dapat meneruskan perjalanan. 

Telahan ibu tersasar. Kereta itu tidak berganjak dan tiba-tiba ia mengundur dan hampir mengenai kereta ibu. Perlukah hamba Allah itu memperlakukan sebegitu? Ibu terkejut dan tidak semena menekan hon dan memeranjatkan orang di sekeliling. Ibu turunkan cermin tingkap dan berharap hamba Allah itu juga berbuat demikian dan ibu mahu dia tahu yang perbuatannya itu adalah perbuatan orang yang tiada adab! Hamba Allah itu hanya berbuat seperti tidak ada apa-apa. Inilah manusia bongkak akhir zaman. Kebongkakannya ternyata kelihatan seperti sebesar keretanya juga. Takdelah besar sangat pon kalau setakat persona tu.




Mungkin dia tidak sedar andai Allah mahu menarik nikmat yang diperolehinya itu dalam sekelip mata sahaja. Dan sesungguhnya janji Allah itu pasti.




Nota Kaki : Wallahuaklam...


Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code