Pemandu Yang Menjengkelkan

By Mar Mansor - 8:35 PG


Kerap benar bercerita mengenai pemandu di Malaysia. Pemandu Malaysia memang ramai yang ambil enteng tentang hal-hal yang sebenarnya wajar dilakukan seperti memberi signal.

Kisah pagi hari sewaktu hendak membelok ke satu simpang untuk memakir kereta (tempat biasa) tiba-tiba sebuah kereta kancil meluru memotong kereta ibu tanpa memberi signal walhal kereta ibu sudah memberi signal untuk membelok!

Memang orang itu gila. Seorang lelaki dan sebelahnya seorang perempuan, isterinya barang kali. Kemudian, sudah pasti dia menyalahkan ibu dengan sewenangnya, ayat biasa seorang lelaki.."huh perempuan yang bawak kete.."

Eh..mengapa ibu perlu disalahkan? Dia yang seorang lelaki memandu secara meluru dan mahu memotong tanpa memberi isyarat membelok tu pula tidak salah??


Macam ni kot rupa pemandu tu..




Nota Kaki : Sememangnya manusia sukar untuk menerima kesalahan diri.


  • Share:

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.