Kredit to Google
Makanan sejuk beku ini diperkenalkan oleh rakan serumah dulu (zaman anak dara lorrr). Sekitar awal tahun 2010. Ibu tidak pernah tahu akan kewujudan makanan ini. Yang ibu tahu, nugget.
Pertama kali merasainya, perghhh sedap. Tambah pula ada cheese dalamnya. Sekali hadap berketul-ketul habis. Kenyang. Ala zaman bujang dulu, makan apa-apa pun sebat je, yang penting perut terisi.
Bab harga, boleh tahan harganya. Bila sudah ada anak, kurang pembelian makanan sejuk beku ni. Kecuali kentang goreng beku, daging burger dan daging kisar.
Ayah gemar makan kentang goreng. Sama macam Aisyah. Daging burger pula ayah suka potong kecil-kecil, goreng dan masak kicap. Menu itulah yang dia pernah masak. Nak masak menu lain, dalam mimpi ajelah.
Scallop Ayam Homemade ala Ibu
Bahan-bahan :
- 2 biji kentang bersaiz besar
- Daging ayam kisar (Ibu guna brand Ramly, ada dua keping kan - guna sekeping je atau separuh)
- Tepung Gandum
- Tepung tempura
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Keju
- Sedikit minyak untuk menggoreng.
Cara-cara :
- Kupas kentang dan rebus hingga empuk. Sesudah empuk, toskan kentang dan lenyek.
- Daging ayam kisar dibasuh. Kemudian, masukkan ke dalam kentang yang sudah dilenyek.
- Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
- Masukkkan garam dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
- Buatkan adunan bulat-bulat leper ikut saiz yang dikehendaki dan letakkan keju yang dipotong kecil-kecil atau ikut kesukaan.
- Jika mahu goreng diatas minyak yang sedikit, tidak perlu disalut dengan bancuhan tepung tempura.
- Jika mahu georeng di dalam minyak yang banyak, bolehlah adunan tadi di salut dengan bancuhan tepung tempura.
* Boleh juga masukkan sayur mayur yang sudah direbus terlebih dahulu dan dipotong kecil-kecil.
Bahan yang sudah digaul.
Ibu guna ni sebab dalam peti ais ada ni je..tetapi pastikan sejuk la boleh potong.
Sedia digoreng dengan sedikit minyak.
Inilah hasilnya.
Macam buat bergedil kan kan kan?
Terus terang ibu katakan, ibu bukanlah seorang yang terlalu menitik beratkan kesempurnaan bahan dalam masakan. Masakan yang ibu masak tercetus dari keinginan dan bukan alasan tidak memasak menu yang diingikan atas dasar bahan tidak lengkap. Ibu tidak kisah bahan kurang satu dua tetapi tetap hampir menyamai rasanya.
Ahh lantak la..kan kita yang buat dia..hihi
Nota Kaki : Ayah kata...sedapppp...
12 Ulasan
good luck
BalasPadamok nak cuba jugak ni...ekekekeke...
BalasPadamwow boleh cuba ni
BalasPadammakanan segera mcm ni mmg sedap haha
janji disukai ahli keluarga.. ;)
BalasPadamok looks tempting..nak cuba la...
BalasPadamtentu lah sedep... leleby masak dgn penuh kasih sayang kan ;)
BalasPadambru je makan scalops tu skrg cheese dekat dlm dah mkin berkurangan..
BalasPadammudah dan pastinya mesti sdp sbb ada cheese
BalasPadamapalah ada pada rupa.. yang penting sedappp.. nanti boleh cuba jugakkk
BalasPadampergghh...kalau ada cheese tu mesti sedap..xpe xcantik ke ape janji rasa tu ada..hihi
BalasPadamNi memang patut cuba buat sendiri. Yang sejuk beku tu memang jadi pujaan hatiku sejak kali pertama berkenalan dengannya.
BalasPadamsedapnyeeeeeeeee
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.