Islam Agamaku

Salam Ramadhan 1435H

9:00 PG


Kredit to Google

Salam Ramadhan buat semua rakan taulan. 
Bersama-samalah kita tingkatkan amalan sempena ramadhan yang menjelang. 
Dikesempatan ini, ibu memohon ampun andai ada hasil penulisan ibu yang mengguris hati sesiapa yang membacanya secara sengaja atau tidak.




Cenderahati

Nuffnang Berwajah Baru

9:30 PG



Nuffnang berwajah baru dan terima kasih tidak terhingga kepada yang berkunjung..



=========================================


Rezeki ibu apabila terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk GA dari blog CikViva. Hadiah telah diterima pada hari isnin. Terima kasih banyak-banyak ye CV.





Nota Kaki : Salam Jumaat..


Layan Lagu

Dengarlah Bintang Hatiku (Official Video Clip) - DEMEISES

12:00 PTG




Lagu ini pertama kali ibu dengar ketika menonton telemovie Ijab & Qabul. Jalan cerita yang sangat sedih dan berjaya membuat ibu menitiskan air mata, tersedu-sedu kemudian digelak oleh ayah. Boleh layan berapa kali cerita ni sebab Astro kan boleh rakam. Akekeke..
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamuDalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tujuDan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku 
sumber ~ lirik.kapanlagi


===========================================


Menghayati lirik lagu bersama video klip Demeisis mengingatkan ibu kepada kisah adik Firdaus yang serba kekurangan. Seorang ibu pasti sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya meskipun tidak sempurna.
~Wallahuaklam..


                                 ===========================================



Ibu : Aisyah pandang kamera, ibu nak amik gambar Aisyah cepat. Senyum...

Ishhh..senyum ke camtu?? T___T



Aisyah : Nanak awan (Taknak kawan)..


Telatahnya buat ibu gelak. Dia kerap merajuk kebelangan ini. Entahlah. Hampir setiap hari apabila menghantarnya ke rumah pengasuh, dia memeluk ibu erat. Tidak mahu lepas.


Asiyah : Ibu, nak itut.. (tersedu-sedu dengan memek muka sedih)

Ibu : Aisyah, ibu nak kerja nak. Janganlah macam ni bucuk ibu..


Ibu tetap meninggalnya dan berjanji akan menjemputnya pulang petang nanti. Begitulah janji ibu hampir saban hari andai dia meraung begitu. Sendu. 

Tetapi, tiap kali ketika mahu menjemputnya pulang, dia tidak mahu pula ikut ibu. Nampak kelibat ibu di balik cermin kereta sahaja dia sudah berpaling dan memeluk 'emak'nya erat. Pujuk bagaimana pun tetap jawapannya 'taknak'.

Penyudahnya, ibu pulang ke rumah dengan hampa dan meminta ayah mengambilnya pulang. Sendu.



Nota Kaki : Touching bermakna ibu masih ada perasaan..


Islam Agamaku

Kehebatan Wanita-wanita Ansar

9:00 PG


Diriwayatkan daripada Safiyyah binti Syaibah :

Tatkala kami berada di sisi Aisyah, kami menyebut-nyebut tentang kemuliaan wanita Quraisy. Lantas berkatalah Aisyah r.a : Sesungguhnya wanita Quraisy itu mulia. Demi Allah, sesungguhnya tidaklah aku perhatikan ada yang lebih mulia melainkan wanita Ansar. Merekalah yang membenarkan (menerima tanpa soal) kitab Allah dan mereka yang lebih beriman kepada apa yang diturunkan kepada mereka. Sewaktu turunnya Surah an-Nur ayat 31: "Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung menutupi dada mereka". Kaum lelaki mereka kembali dan membacakannya kepada isteri-isterinya, saudara perempuannya dan seluruh kaum kerabatnya, tidak seorang pun daripada mereka membantah lantas terus bangun mengambil pakaian mereka yang sedang disulam lalu berselubung dengannya. Ini menunjukkan betapa mereka membenarkan oleh Allah dari kitabNya. Maka jadilah mereka di belakang Rasulullah saw berselubung, kelihatan seperti burung gagak hinggap di kepala mereka. - Hadis Riwayat Abu Daud

Aisyah Humaira

wW #25 : Selipar

1:00 PTG


Ini selipar kegemaran Aisyah sejak seminggu yang lalu. Pengasuh kata, sampai bawa tidur. Erkkk..



tapi.............




 Kerana mickey mouse sanggup dia sarung selipar besar tu tak mahu buka-buka meskipun emaknya suruh tukar ke saiz yang lebih kecil ketika di kedai..


================================================





Nota Kaki : Aisyah selalu tak nak ikut ibu balik sekarang ni..T____T




Islam Agamaku

Cara Menyuburkan Islam Dalam Hati

9:00 PG


 Bersegeralah bersama-sama dengan mereka yang telah mengucapkan syahadah, agar tidak berlaku pecah belah di kalangan ummah.

Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.. (Surah Ali-Imran ayat 103)


 Menterjemahkan kandungan Al-Quran sebagai pembimbing yang praktikal.


 Usaha berdakwah ke jalan Allah.
Dan serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, (Surah an-Nahl ayat 125)
Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya. Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu (Surah al-Mukminun ayat 96)



Nota Kaki : Sumber dari buku "Ajarkan aku Ibu"




Aisyah Humaira

Bila Sakit Bibir

9:00 PG


Rentetan bibir pecah, dan kemudian pecah buat kali kedua ketika sedang seronok melompat menonton Hi-5 di hadapan ibu. Ibu lebih berhati-hati memantau dia ketika dia galak melompat. Ketika ibu sibuk di dapur memasak, dia gemar melayan Hi-5 sambil melompat keriangan.

Gara-gara bibir pecah, bila disuruh makan, dia akan menjawab 'taknak' dengan pantas. Makan dua tiga suap sahaja. Selebihnya minum air. Dengan gigih ibu menanak bubur untuknya. Reneh sup ayam kesukaannya. Siap rebus ketupat segera lagi. Mempelbagaikan juadah dengan harapan dia akan makan salah satunya.


Ibu : Aisyah nak makan?

Aisyah : Nak..nak..mee..nak mee.. (buat muka comel...melting habis..)

Ibu : Kita makan nasik (ketupat nasik) eh..

Aisyah : Yeay..makan nasik..


Bila dihidang, dia makan sedikit. Selebihnya hanya melihat ibu makan dan kemudian membuat gaya betapa sedapnya juadah tu


Aisyah : Emmm..nyum..dappppp ibu..(melting again + kesian..)

Ibu : Aisyah nape tak makan? Ibu suap ye..

Aisyah : Taknak..mulut akit..

Ibu : Makan pelan-pelan. Sikit je sakit tu.

Aisyah : Taknak..akit..akit.. Ibu, nak mee...


Kebetulan stok bihun sudah habis di rumah. Mahu keluar kereta tiada. Ayah guna. Ibu rebus sahaja mee segera tanpa perasa. Rebus kosong dan akan dikuahkan dengan sup ayam.

Bila mee dihidangkan, eh..eh..terus hilang sakit mulutnya. Ermmm..



Kredit to Google



Nota Kaki : Tidak mahu komen lebih-lebih mengenai Puan Lola dan anak OKU nya..wallahuaklam..moga kita saling bantu membantu..


Luahan Hati

Keadaan Kian Meruncing

12:00 PTG


Perkara yang berlaku tidak dapat dielakkan. Masalah yang melanda seksyen kami mungkin tidak dapat diselamatkan. Projek memang ada tapi bos singapore mahu segala proses dilakukan di Batam.

Mungkin sudah tiba masanya kami memahami situasi ini. Keadaan kian meruncing dan mungkin periuk nasi kami sampai setakat ini sahaja di sini. Bagi seksyen lain tidak ada masalah.

Pampasan? Mahu ke kompeni bayar? Mereka tidak pernah buang pekerja sejak dari syarikat ini ditubuhkan lagi tetapi mereka akan buat kita sendiri akan berhenti dengan sukarelanya. Paling kuat, mereka akan transfer sebahagian dari kami ke seksyen lain.

Sebelum kejadian ini meruncing lagi, ibu sudah tidak betah bekerja di sini. Banyak sebab mengapa ibu berkata begini kerana ibu sudah berasainya sejak 5 tahun yang lalu. Tidak hairan jika ramai yang tidak tahan bekerja di sini. Lebih-lebih lagi, perempuan. Sejak beberapa bulan ini, ibu rasa tidak sanggup untuk bekerja di kawasan ini lagi. Penat untuk terus berada di sini.

Ermmm...andai ada rezeki di tempat lain, ibu akan pergi. Tidak pun, bekerja sahaja dari rumah. In sha Allah rezeki itu milikNya dan ibu akan terus berusaha dan berdoa agar peluang lain hadir.






Nota Kaki : Siapa2 yang belum pos hadiah tu baik pos cepat selagi ibu ada di sini...Hahahahah..(gelak jahat)






Suka Suki

Bila Kuota Habis

8:36 PG


Cepat benar kuota broadband habis. Line pun macam siput. Terasa rugi pula menggunakannya. Mahu guna yang laink, mahal-mahal belaka.

Tapi, tak guna juga bila PC ada tapi tak digunakan. Bukan berblogging sahaja, untuk melakukan kerja juga mungkin. Dah juga, mungkin pula. Hepp..


Ibu ingatkan diorang buat replika jagung tapi kakak ibu kata bukanlah!!



Baju-baju di POPLOOK buat ibu tak nyenyak tidur malam..



Nota Kaki : Monday blues..sekian terima kasih..


Luahan Hati

Lihat dan Rasa Itu Sesuatu Yang Berbeza

12:00 PTG


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Pepatah ini sekali kita faham mungkin kita akan fikir ianya negatif. Kita melihat kesusahan seseorang dan cuba merasakan kesusahan yang orang itu tanggung meskipun tidak mampu mendalaminya betul-betul kerana bukan kita sendiri yang menanggungnya.


Setengah orang tidak rasa susah pun walaupun orang lain memandangnya susah. Ini kategori manusia yang sangat bersyukur.


Setengah orang rasa dialah orang yang paling susah bila dia merasa kesusahan. Orang ini ternyata kategori manusia yang tidak bersyukur.


Setengah orang tidak merasa susah kerana dia memang bukan golongan orang yang susah. Bersyukurlah jika anda tergolong dalam golongan ini..


Melawat rumah PB dan cuma mendalami apa yang disampaikan olehnya. Sangat setuju. Mungkin kita nampak best tapi orang yang menanggungnya rasa sebaliknya.


Kakak ibu dan suaminya adalah guru. Kakak mengajar di rawang, duduk di Taman Sentosa. Rumah sendiri yang penuh dengan perabut dan hiasan yang sederhana. Sekolah tempat dia mengajar dekat sahaja, 5 minit menaiki kereta. Suaminya, jauh di seberang laut china selatan. Di Miri, Sarawak. Dalam proses mendapatkan zuriat. In sha Allah ada rezeki buat mereka satu hari nanti. Doakan untuk mereka. Kita yang melihat mungkin akan kata kesian. Suami jauh. Anak pula belum ada lagi. Tetapi, kakak bahagia meskipun berjauhan dan walapun hujung minggu baru dapat jumpa.

Bukan mudah menjadi seorang guru. Waktu kerjanya mungkin singkat tapi mereka perlu bawa pulang kerja. Mana mahu tanda buku murid. Mana mahu buat kertas ujian, peperiksaan penggal. Menganjurkan program itu ini untuk anak murid,untuk sekolah. Eh..banyaklah. Kerana itu guru ibarat lilin.


Pandangan masyarakat yang agak menjengkelkan ibu, apabila melihat orang yang menjawat jawatan di sektor awam ini sangat beruntung walaupun hanya seorang kerani berbanding yang bekerja di sektor swasta yang berjawatan jurutera. Contoh sahaja ya jangan ambil hati ye kawan-kawan (meskipun hakikatnya benar). Perlukah perbandingan seperti itu? Menjawat jawatan di sektor awam sangat bagus, dapat pelbagai imbuhan. Hendak buat pinjaman rumah, kereta, sangat mudah. Jadi tidak hairan jika mereka mampu berkereta besar dan berumah besar. Waktu bekerja juga singkat. Bagus. Banyak masa bersama keluarga.

Kerja di sektor swasta pula masa banyak dihabiskan di tempat kerja. Gaji kecil. Takde imbuhan sangat melainkan kompeni tu memang gah dan kaw-kaw punya. Mungkin ini persepsi orang yang agak sempit pemikirannya. Cubalah masuk OnG kompeni, ok perrrr. Sangat menguntungkan. Atau syarikat pembinaan. OMG!!!~ ok malas ulas panjang-panjang.

Yang melihat, jangan mudah mengata. Jangan cepat buat spekulasi sendiri. Bermuhasabahlah. Tetapi tidak bermakna kita melihat dan terus melihat tanpa berbuat apa. Hingga adakalanya kita sendiri ditindas dan diperbodohkan. Hak kita juga untuk melakukan sesuatu selagi ianya baik dan tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa.


Itu apa yang mereka  fikir. Disebaliknya...


Di sektor awam perlu menghadiri kursus, seminar kadang kala seminggu. Adakalanya 2 minggu. Dan terpaksa meninggalkan anak-anak di bawah jagaan nenek dan atuk ataupun saudara mara terdekat kerana suami juga bekerja. Bila sudah menjawat jawatan awam, mungkin mereka akan menghantar kita jauh dari suami. Itu yang ramai berPJJ. Suami di Perlis, isteri di Johor.

Jururawat pula misalnya, pun begitu. Kerja tidak tentu masanya. Sudah balik rumah, tiba-tiba dapat panggilan kena masuk kerja semula pula. Bila hendak naik pangkat, perlu sambung belajar, perlu menghadiri kursus itu ini dan mereka terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anak mereka. Ini juga pengalaman ramai rakan-rakan ibu.

Bersyukurlah dengan kehidupan kita. Jika ditimpa kesusahan, usah melatah. Ucapkan syukur kerana setiap kejadian ada hikmahnya. Perancangan yang telah diaturkan olehNya adalah sebaik-baik perancangan. Usah dipertikaikan. Mahu merintih, merintihlah dihadapanNya.

Jika tiada sektor swasta, tiadalah sektor awam. Jika tiada pekerja bawahan, tiadalah pekerja atasan. Jika tiada yang berpangkat rendah, tiadalah yang berjawatan tinggi. Jika tiada orang miskin, tiadalah orang kaya. Jika semua berkereta besar, tidak perlu kereta kecil dihasilkan. Jika semua berumah besar, tidak perlu wujudkan rumah kecil (rumah mahal wooo sekarang ni walaupun kecikk).

Dalam kehidupan sebenar, sebagai manusia kita perlu saling lengkap melengkapi. Saling memerlukan sesama kita. Erti kata lain 'bermasyarakat'. Mengapa wujudnya A? kerana adanya B hingga Z. Contoh sahaja.





Nota Kaki : Siapa yang setuju sila komen..









Aisyah Humaira

Aiskrim Malaysia

9:00 PG


Aisyah : Ibu..bukak..atass..

Ibu : Nak buat apa??

Pura-pura tanya walhal sudah tahu apa yang si kecil mahu. Ye. Aiskrim Malaysia. Diberikan oleh pengasuh sehari sebelumnya sebagai bekalan si kecil.

Diberi satu, minta lagi. Kuota harus 3. Bukan dimakan tetapi hanya dipegang hingga cair. Sesekali tangan kecil itu mencuit ibu.

Ibu : Sejuklah Aisyah.

Si kecil ketawa mengekek-ngekek. Dicuitnya lagi ibu dengan tangan basahnya. Ibu perhatikan kelakuannya. Bila tangannya sudah kebas kesejukan, dia letak sebentar aiskrim itu tetapi tidak boleh diusik sedikit pun. Meradang. Eleh..kedekut..


Tak berjaya panjat sebab tangan dah penuh


Ok..ibu tolong kamu ye duduk di carseatmu..


Nota Kaki : Bila pandang kamera tak pandai senyum...T___T




Luahan Hati

Kita Adalah Manusia Biasa

9:00 PG


Situasi kita mungkin berbeza,

Tetapi, Allah lebih mengetahui kerana DIA Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar,

Apa yang kita lakukan setiap saat,

Setinggi mana keikhlasan hambaNya,

Sehebat mana pun manusia, seburuk mana pun manusia,

Siapalah kita (manusia) untuk menilai peribadi orang lain,

Rambut sama hitam, darah sama merah,

Tetapi perangai, sikap, perilaku berbeza,

Dan atas dasar itulah agar kita saling lengkap melengkapi..


Kredit to Google


=================================

Terkejut pula dengan pageview semalam walaupun tidaklah sehebat mana berbanding blog otai yang lain. Penangan Naga Jatuh Di Johor di entri semalam.

Cerita pelik memang orang suka cari kan. Hihihi..





Nota Kaki : Seringkali apa yang cuba kita sampaikan disalah tafsir oleh segelintir orang..




Aisyah Humaira

Ke Mana Tu?

4:00 PTG


Seawal 6.30 pagi dia merengek minta susu. Habis sebotol, sambil matanya terkebil-kebil memandang ibu. 

Ibu : Bangunlah. Nak gi rumah mak.

Dia bangun dengan pantas. Membontoti ibu ke dapur. Ke bilik. Ke ruang tamu. Ke mana sahaja ibu pergi. Takut ditinggali. Pagi itu dia dihantar awal atas permintaan emaknya. Mahu ke imigresen katanya. Masuk kali ini sudah 3 kali dia mengikuti emaknya ke sana sepanjang di bawah penjagaan emak dia.

Ibu tidak kisah. Mahu dibawa berjalan ke mana pun. Yang penting selamat. Atas dasar percaya. Dia lagi seronok. Dapat berjalan. Berbanding bersama ibu, duduk dalam rumah kotak yang tidak berhawa dingin.


Bersama Kak Nabila (berbaju merah)

Sebijik muka ibu ketika kecil dulu

================================

Melewati waktu-waktu sentap dan sendu pagi tadi hingga bawa ke tengahari berikutan inspection dan kecoh bila report yang ibu sediakan tidak sama dengan packing list yang production provide. Ibu tidak dapat info!!. Al maklum, nama tiada dalam senarai kan. Entri sebelum INI

Inspection je kecoh.. Kecoh je inspection.. Hekelah..rileks rrr.. Semak rr..


==================================

Terima kasih kepada Nuffnang dan rakan-rakan yang singgah di blog Janji Kita ini. Sayang semua ketat-ketat.



Nota Kaki : Mood sentap tak habis-habis



Info

Naga Jatuh Di Johor

1:30 PTG


Pagi tadi dapat whatApp dari member. Ada benda jatuh kat apartment tanjung puteri, Johor. Mula-mula tak ambik port sangat. Pastu bila belek betul-betul...ermmmm...menda ni? Ular? Buaya putih?

Eh?? Eh???

Naga?? Biar betik.




Pastu baru ni tanya en. Google kan. Haruslah. Perkara sensasi haruslah tahu.





gambar naga putih
Berita Gambar Naga Putih di Johor Bahru : Fakta atau tidak. Tiba-tiba hari ini Malaysia dikejutkan dengan penyebaran gambar naga putih di Johor Bahru yang dikatakan telah dijumpai di Apartment Tanjung Puteri Johor Bahru. Ramai yang terkejut dan ada juga yang cemas tanpa membuat semakan kesahihan berita gambar naga putih ini. Sehingga…
Sehingga ada yang tergamak menyebarkan berita kononnya Naga Putih ini telah jatuh dari langit dan terus menemui ajal. Yang melucukan lagi apabila pihak kerajaan telah mengambil bangkai naga putih ini untuk tujuan dianalisa.
Ermm…
Hakikatnya sebenarnya berita gambar naga putih yang kononnya ditemui di Johor Bahru telah lama disebarkan di laman sesawang Weibo iaitu laman sesawang yang terbesar di China. Harapan Berita Semasa tidak disebarkan lagi gambar naga putih ini untuk tujuan mewujudkan ketenteraman di media sosial [Bernama Malaysia]sumber Berita Semasa


Luahan Hati

Perkhabaran Kurang Enak

9:00 PG


Semalam agak sibuk. Memang sentiasa sibuk pun sebab semua dokumen campak kat sini. Diorang tahu, dokumen siap dari A-Z. Tinggal collect je dari meja guwa ni. Email pun baca yang urgent, yang berkaitan dengan kerja. Ada perasan email tu tapi hold dulu untuk baca sebab banyak kerja nak dikejarkan.

Maaf lah, kerja ibu bukan seperti kerja mereka. Sempat main game. Sempat layan facebook dari pagi bawa ke petang. Sempat juga layan youtube sampai berjam-jam. No. No. No. Buktinya, banyak dokumen kan yang korang kena check. Kena sign.

Email yang ibu baca petang semalam memang buat ibu sentap. Sentap oiiii. Kecik hati mak.

Mereka lebih tahu.

Yelah masing-masing pun level semua tinggi-tinggi kan. Buatlah semua kerja tu.

Tapi bila fikir semula, kompeni bayar gaji ibu walaupun nama ibu tidak ada dalam senarai tersebut. Wajiblah buat kerja seperti mana gaji yang dibayar tu.

Boleh tak korang jawab soalan ibu? Bajet diorang baca blog ibu..Hahaha..

Korang layan facebook je, layan youtube tu..kadang-kadang hilang entah ke mana. Punch card tapi takde dalam kilang. Claim OT tapi takde buat kerja sangat pun.


So, berkat ke gaji yang korang dapat tu? Ada akal sila fikir.





Nota Kaki : Nangis wehh balik semalam..




Blog Janji Kita

CPUV #7 & 8 2014

1:00 PTG



Terima kasih kepada nuffnang dan semua rakan.
Sila klik iklan-iklan tu seikhlas hati ye.
Boleh tambah duit raya.
Hehe..

===========================================

Terima kasih kepada yang sudi berkunjung ye..


Aisyah Humaira

wW #24 : Pecah

9:00 PG


Kejadian yang berlaku pada hari isnin.

Sedih melihatnya.

Kesian melihatnya.

Marah dengan kenakalannya.


Fokus pada bibirnya..

========================================


Sambung kesibukan semalam.





Nota Kaki : Tak sabar tunggu bulan ramadhan..



Islam Agamaku

4 Pintu

9:00 PG


Menurut Ibnu Qayyim, terdapat 4 pintu yang menjurus manusia kepada maksiat dan dosa. Empat pintu berkenaan ialah pandangan, bisikan hati, bicara dan langkah kaki.

"Tidaklah seorang muslim melihat seorang wanita pada pandangan pertama, kemudian dia menundukkan pandangan, melainkan Allah akan menjadikan satu ibadah untuknya hingga dia merasakan nikmatnya ibadat tersebut" (Hadis Riwayat Ahmad)

Luahan Hati

Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Keciciran

3:06 PTG


Cuaca panas hari ini. Terik. Walaupun bekerja dalam suhu bilik 16 darjah celcius, tetapi bila melangkah keluar dari dunia kecil ini, bahang terasa hingga pijar kulit. Memang sedap kalau dapat minum air berais. Asyik telan air mineral tanpa warna je, sesekali apa salahnya minum air manis yang berwarna.

Yang sedap tulah berpenyakit. Kan??

Yang tak sedap tulah ubat. Kan??


=====================================


Air keladi cincau yang hanya dapat disedut beberapa sedut telah tumpah tanpa meninggalkan sisa di dalam kereta. Kecewa. Habis banjir kereta ibu meskipun cuaca panas terik.

Sudahlah air sedap tak dapat, kena pula bersusah payah membersihkan kereta balik kerja nanti. Bila sang malas menapak, mahu ke kedai untuk mencuci kereta. Ohh...keliahatan duit yang berterbangan begitu sahaja.

Tak pe. Redha. Takde rezeki. Ingat tu. Dugaan Allah.


Kredit to Google


Makan Gaji

Ragam Tempat Kerja

12:00 PTG


Saban hari menghadap komputer jenama Dell flat skrin ni membuatkan ibu rasa nak muntah. Berpinar biji mata tengok numbering. Bosan kan. Tapi, rezeki di sini, teruskan selagi daya.

Bersafety shoes, berjaket warna biru tua, bert-shirt kolar hitam ada line oren. Hari-hari begitu. Tetapi, penampilan wajib jaga. Meskipun begitu, tetap kena maintain cun. Tak bermakna pula, istilah cun itu wajib menepek bedak sekilo bersama warna-warni meriahnya raya.

Office terletak di belakang, dekat dengan production plant. Dah nama QAQC, takde makna duduk office depan. Perlu juga mengharung production area jiran tetangga yang majoriti adalah lelaki. Perempuan memang takde as operator sebab kami bukan electronic sector.

Kantin, memang takde. So, biasanya kami akan keluar waktu lunch. Kalau tak keluar, lepak jelah diam-diam kat office. Jarang lepak waktu lunch, sebab kena siapkan kerja dengan kadar segera disamping blogwalking. Office ni takde pantry, takde air panas, takde apa-apa. Kalau teringin hendak minum air panas, silalah tunggu van biru tua yang biasanya akan sampai di hadapan kilang jam 10 pagi dan 3 petang. Sanggup ke ko nak pergi pantry di office depan tu semata-mata mahu buat air panas? Tak kuasa..

Staff di belakang memang dianaktirikan. Dipandang sebelah mata. Oh..tidak mengapa. Hadap sahaja demi sesuap nasi.

Dulu, ada gerai di corner jalan (belakang kilang). Kalau terasa nak minum minuman berais, lari kejap ke gerai tersebut. Tak kelaur lunch pun takpe. Makan kat gerai tu. Ok je. Sekarang, gerai tu sudah tidak wujud, sudah dirobohkan. Katanya, majlis bandaraya yang minta robohkan. Maka, hilanglah tempat untuk kami melepak minum kopi.


Baru dapat email dari management, Hari Raya shutdown. Cuma PH yang sedia ada iaitu isnin dan selasa. Sabtu dan ahad, confirmlah memang cuti (staff). Hew..hew..



Nota Kaki : Banyak nak cite tapi step by step lah..



Islam Agamaku

Kelebihan Beristighfar

9:00 PG


Perbanyakkan istighfar, tanda memohon ampun kepada Allah. Padanya terdapat hikmah dan manfaat yang nyata. Ulama Syeikh Dr. Aidh Abdulllah al-Qarni dalam tulisannya telah menghuraikan 3 faedah beristighfar.


 Agar Allah tidak menyegerakan kehancuran seseorang ketika di dunia.

Ja'far as-Sadiq r.a berkata, jika sekiranya petir menyambar turun dari langit, maka ia akan menyambar semua manusia kecuali mereka yang beristigfar. 
Firman Allah SWT dalam Surah An-Anfal ayat 33 yang bermaksud, ....dan tidaklah Allah akan mengazab neraka sedang mereka meminta ampun.

 Istighfar merupakan nikmat yang sangat agung. Sama ada terhadap diri, rezeki anak-anak dan keluarga.
Firman Allah SWT dalam Surah hud ayat 3, Dan hendaklah kamu meminta ampun kepda Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (Jika kamu mengerjakannya), nescaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu

 Istighfar memurahkan rezeki dan anak dengan izin Allah.
Firman Allah SWT dalam Surah Nuh ayat 10-12, maka aku katakan kepada mereka, "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya DIA akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai".

Kredit to Google



Fakta

Genap 100 Hari Kehilangan MH370

9:00 PG


Hari ini, 15 Jun 2014, genap sudah 100 hari kehilangan MH370. Jika diingat kembali operasi besar-besaran yang Malaysia lakukan dengan bantuan beberapa negara berlangsung selama 2 bulan hingga tiba-tiba ia berhenti dan kisah tragis itu seolah-olah tenggelam begitu sahaja.

Malam tadi, dalam buletin utama ada  interview ekslusif bersama mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir. Mesti ada yang dah baca mengenai pandangan beliau mengenai misteri MH370 di blog beliau. Pendapat beliau di mana MH370 telah dihijack.

"Pesawat yang jatuh ke dalam laut, paling kuat ia akan pecah.."






Nota Kaki : Terpaksa rakam bila cik Aisyah nak tengok Hi-5

Support Blogger

Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com

8:06 PTG





Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 14 Jun 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Islam Agamaku

Tiada Duka Yang Abadi - Opick | Official Video

9:00 PG


Lagu ni dah lama dah..bukan lagu baru pun. Ramaikan peminat dia. Tapi hati yang sayu bertambah touching bila dengar lagu dendangan Opick ni. Sangat terkesan di hati. Tiap kali rasa down, suka dengar lagu ni ulang kali.



Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
~ Sumber



Nota Kaki : Yakin Allah sentiasa bersama..






Makan Gaji

Pagi-pagi Memang Sibuk

2:00 PTG


Biasanya entri dah stanby. Autopublish. Tu yang pagi-pagi dah publish. Tapi, sejak line celcom macam siput, malas pula nak update. Mood sama lemau macam line internet.

Biasa pagi-pagi, masuk kerja je memang sibuk. Sarapan dulu sebelum mula kerja jam 8.30 pagi. Pagi tadi, datang lambat. Kemalasan yang amat. Scan ID pun jam 8.21 pagi. Naik office dah 8.28 pagi. Makan lah sarapan laju-laju.

Lepas tu banyak certificate nak kena prepare. MDR nak submit. Pagi-pagi ada barang nak release. Rutin harian. Jarang dapat bersenang lenang. Turun naik tangga dari satu department ke satu department. Menapak dengan safety shoes dan jacket. Dah biasa. Tapi, pun tak kurus-kurus. Huhuhu..

HOD cuti seminggu tapi kalau dah nama kerja kan, mana pernah habis. Production tu tetap beroperasi. Barang tetap release ikut ETD. Pemangku HOD pula gi Batam 2 hari. Hari ni dia MC, ibu suspect darah tinggi dia serang lagi kot.

Bila memasing takde, kerja pula banyak, bertambah tekanan sebab kena kejar masa. Kena minta signature orang lain. Kadang-kadang, bila malas nak ngadap muka HOD department sebelah, muka director, rasa cancel je nak jumpa mereka. Mereka pun bukan selalu ada di office masing-masing. Sign je sendiri. Setakat certificate. Kalau yang lain tak boleh lah. Stress.


Sempat lagi tido kot...zzzZZZ..hahah..
tersedak bos ibu yang tengah berholiday tu..

=================================================




Bandung soda ni memang kick..sedap minum dalam cuaca panas..






Nota Kaki : Takper...kerja kena ikhlas, bak gaji kita 5K sebulan..






Islam Agamaku

Jangan Bangga

11:00 PG


Sesungguhnya hidup kita ini diibaratkan seperti satu pentas ujian yang penuh dengan pancaroba kehidupan. Sentiasa diingat bahawa kejayaan dari segi material atau jawatan tidak akan menjamin kejayaan seseorang di akhirat.

Ada yang diuji dengan kemewahan, kesenangan. Ada juga yang diuji dengan kemiskinan, kesusahan, kematian dan macam-macam lagi.

Daripada Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda, "Seorang muslim yang ditimpa kecelakaan, kemelaratan, kesakitan mahupun kedukacitaan sehingga tertusuk duri, nescaya Allah SWT akan menebus dosanya dengan apa yang menimpanya itu" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 ==========================================


Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita
TANAH LIAT

 Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita
KUBUR

Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita
KAIN KAFAN

Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan terakhir kita
KERANDA

Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita
KAPUR BARUS


Kredit to Facebook



Nota Kaki : Dalam tibi pon banyak gosip..camno tu?