Kehebatan Wanita-wanita Ansar

By Mar Mansor - 9:00 PG


Diriwayatkan daripada Safiyyah binti Syaibah :

Tatkala kami berada di sisi Aisyah, kami menyebut-nyebut tentang kemuliaan wanita Quraisy. Lantas berkatalah Aisyah r.a : Sesungguhnya wanita Quraisy itu mulia. Demi Allah, sesungguhnya tidaklah aku perhatikan ada yang lebih mulia melainkan wanita Ansar. Merekalah yang membenarkan (menerima tanpa soal) kitab Allah dan mereka yang lebih beriman kepada apa yang diturunkan kepada mereka. Sewaktu turunnya Surah an-Nur ayat 31: "Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung menutupi dada mereka". Kaum lelaki mereka kembali dan membacakannya kepada isteri-isterinya, saudara perempuannya dan seluruh kaum kerabatnya, tidak seorang pun daripada mereka membantah lantas terus bangun mengambil pakaian mereka yang sedang disulam lalu berselubung dengannya. Ini menunjukkan betapa mereka membenarkan oleh Allah dari kitabNya. Maka jadilah mereka di belakang Rasulullah saw berselubung, kelihatan seperti burung gagak hinggap di kepala mereka. - Hadis Riwayat Abu Daud

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Ye... jaga aurat menurut syariat. Moga kita selalu beringat.

    Mar kerja tak hari ini? Kakak dah ter'masuk' kerja malas pulak nak balik. Duduk office sendirian huhu...

    BalasPadam
  2. smga kita sntiasa beringat kan

    BalasPadam
  3. Kak zakie : kami kerja kak...kalo cuti mengejut memang keje tetap jalan..esok ada final insepction lagi ha...
    tunggu pengumuman replacement lah..

    BalasPadam
  4. sama-sama kita menjaga aurat dengan betul..nice sharing..:)

    BalasPadam
  5. Eloklah sangat kita baca hadis nabi sekali sekalakan Mar....biar lembut sikit hati ni hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.