Info

Petua Rawat Tumit Kaki Pecah

8:30 PG


1. Buah kedondong dan kunyit hidup.
Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur.
Letakkan bahan yang telah ditumbuk itu di atas daun sirih. Lipatkan.
Layur lipatan daun tersebut atas api kecil. Apabila suam-suam, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan sehingga seminggu.

2. Bawang merah
Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

3. Belimbing buluh
Gosok buah belimbing buluh pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

4. Asam Jawa
Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam. Seeloknya guna garam bukit. Lakukan selalu hingga tumit kaki licin.

5. Rumput
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari hingga berpuas hati.

6. Lemak ayam
Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

7. Nasi
Lenyekkan beberapa butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari beberapa kali.

8. Daun pisang
Ramas beberapa helai daun pisang yang kering. Gosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

9. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil yang berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

10. Betik muda
Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.


Selamat mencuba





~Sumber : fb

Review Product

Seronok Shopping Online

8:30 PG


Sebelum ni, pihak Zalora minta saya publish article Blouse Muslimah Murah. Tapi, oleh kerana saya dalam tempoh berpantang, tak sempat saya nak create article. Dan email pun saya lupa nak reply. So sad. Frust pun ada.

Bila naik kerja, kesibukan kerja juga sudah terkawal, entah macamana saya teringat kembali mengenai email invitation tersebut. Terus saja saya reply email tersebut dan memohon maaf atas kelewatan membalas.

Siapa sangka, saya berpeluang untuk berkolabrasi bersama Zalora lagi. Seperti yang dijanjikan, setelah article pulblish, saya emailkan link article di blog saya kepada pihak Zalora dan saya dapat free voucher RM100! Seronok la.

Free shopping even though only RM100.

Siapa nak bagi kan..Hehe..

Ikutkan hati nak grab handbag atau sandal. Tapi, bila difikirkan, saya bukanlah seorang yang suka mengumpul handbag atau kasut. Handbag bukanlah sesuatu yang boleh disimpan. Digunapakai rosak. Tak guna, simpan dalam almari pun ia rosak. Sandal? Takut saiz tak ngam dengan kaki pula.




Ini yang saya grab


Lepas redeem voucher, rasa tak sabar menanti barang idaman. Pulak bila received email, barang sudah on the way. Lagi lah rasa excited.

Barang saya terima pada pagi rabu lalu. Senyum tak semena-mena. Alahai, macamlah barang tu harga riban-riban. Ada pulak kesah, yang penting free. Sebab free tulah teruja lebih.


Yeayy sampai..


Ini dia. Tak mahal pun, tapi cukuplah buat saya gembira.



Terus pakai







Info

Makanan Untuk Meningkatkan Kesuburan

8:30 PG


Kesuburan yang tinggi dan kemungkinan untuk hamil memang sangat dipengaruhi oleh faktor genetik. Namun, tidak menjadikannya 100% sebagai faktor utama kehamilan. Untuk pengetahuan semua, cara pemakanan sihat dapat mempengaruhi tahap kesuburan seseorang untuk hamil.


 Telur 
Telur mampu mempertahankan kandungan vitamin D dan B6. Kedua vitamin ini adalah pemicu produksi progesteron dan hormon lain yang sangat diperlukan sebagai penunjang terjadinya kehamilan.


 Buah Avocado 
Menurut penelitian, wanita yang sering memakan makanan yang mengandungi lemak jenuh tunggal berpeluang 3 kali lebih tinggi mengalami kehamilan berbanding yang tidak mengambilnya.
Buah avocado mengandungi sumber nutrisi yang kaya lemak yang boleh meningkatkan kesuburan dan kehamilan.


 Kayu Manis 
Kayu manis dapat mengurangkan hormon insulin dan dapat meningkatkan ovulasi wanita. Kayu manis boleh diambil dengan pelbagai cara sebagai tambahab dalam minuman teh manis atau ditabur pada makanan ringan.


 Soba / Buckwheat 
Ambil 1/4 cawan soba ketika makan malam tiga kali seminggu untuk memperoleh keberkesanannya. Benih ini mengandungi senyawa yang membantu kadar testosteron dan insulin sehingga membantu terjadinya ovulasi.


 Biji bunga matahari 
Tambahkan biji bunga matahari dalam program diet anda kerana ianya banyak mengandungi khasiat yang membantu seimbangkan hormon reproduksi dan menghasilkan sel telur yang berkualiti tinggi.





Breastpump

Review : Breastpump Autumnz Bliss

8:30 PG


Selepas menjadi pengguna Lacte Duet untuk beberapa ketika, saya menjadi pengguna Autumnz Bliss pula. Kenapa saya bertukar breastpump? Segala kisah ada diceritakan di SINI. Langsung tiada kena mengena dengan breastpump jenam A tak bagus. Jenama B tak sesuai. Takde..


  Autumnz Bliss 

Ciri-ciri :
  • Ringan. Hanya 250 gram.
  • Bunyi pam sangat perlahan. Tak bising. Vibrate je.
  • Sedutan / suction tidak sakit.
  • Ada 5 level sedutan.
  • Boleh guna direct elektrik/ bateri/ USB cable.
  • Mudah dipasang dan dibasuh.




Bagi saya, pam ni sangat-sangat OK. Memang tak terasa pun masa mengepam. Mula-mula je sakit sikit sebab yela dah tegang kan puting tu. Kemudian, sedut sampai 20 minit pun tak rasa dah.

Pakai madela pun rasa sakit kalau breast dah bengkak. Tapi, saya tidak pernah mengalami bengkak susu, jadi memang tak tahu bagaimana rasa sakitnya. Yang saya tahu dari pengalaman kawan-kawan, memang tak dapat nak digambarkan kesakitannya sampai demam-demam.


Part exclude bottle


Yang paling best pada saya, part dia mudah untuk dibersihkan dan dibasuh kerana tidak terlalu banyak. Ini adalah sebab mengapa saya kata berbaloi.

Bagi ibu-ibu yang sedang mencari breastpump, boleh letakkan dalam senarai, breastpump Autumnz Bliss. Yang pasti harga mampu milik.

Memang berbaloi guna. Design pun comel. Syok je tengok benda-benda yang comel ni tau. Rasa happy.






Nota Kaki : Ada permintaan review breastpump ni. Ok saya dah tunaikan janji saya.





Info

10 Khasiat Halia Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

8:30 PG



1. Mengekalkan peredaran darah normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan mabuk perjalanan
Halia adalah penawar untuk tekak yang rasa loya dan mabuk. Dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila serbuk halia diberikan.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Bukan sekadar menyerap, malah ia bertindak merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia merangsang rembesan enzim gastrik dan pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan demam dan selesema.
Halia telah digunakan sejak beribu tahun dahulu sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selesema si seluruh Asia.
Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendamkan 2 sudu besar halia segar yang telah dicincang dalam air panas dan minum 2 hingga 3 kali sehari.

5. Mengurangkan ketidakselesaan perut.
Halia juga membantu dalam pencernaan dan boleh meningkatkan kadar penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Ia dapat mengurangkan keradangan seperti aspirin.


6. Mencegah Barah Usus
Kajian di University of Minnesdota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Halia mengandungi beberapa bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan masalah pernafasan yang biasa.
Jika mengalami batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru dan mengeluarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak.

9. Rawatan kanser ovari.
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti.
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.



~share dari fb




Our Life

Hadiah Buat Dia

8:30 PG


Ini hadiah penghujung tahun. Hadiah sempena birthday dia dan merangkap anniversary kami. Anniversary bulan Jun. Birthday dia bulan Julai. Hadiah bulan Disember.

Lantaklah bila-bila nak bagi pun asalkan bagi.

Dia skodeng-skodeng sandal yang dia mahukan sebab sandal yang ada sudah putus. Pakai selipar jepun tak mahu. Saya rilek je pakai selipar jepun.

Ok takpe. Saya belikan satu. Tapi, bukanlah harga ratus-ratus. Tak sampai pun seratus.



Saya buat surprise kat dia. Tak cakap pun saya dah belikan. Cash on delivery dari Zalora. Fast action, i loike. Balik rumah, dengan bangganya tunjuk kotak dan minta dia buka.

Muka dia terpinga-pinga. Bila buka kotak, dia terkejut. Suka le tu kan.


Terima kasih sayang sebab awak suka.











Review Product

Fesyen Kasut Wanita Terkini Hanya Di Zalora

8:30 PG



Jika jam tangan merupakan aksesori yang paling digemari oleh kaum lelaki, kasut pula adalah item fesyen yang digemari oleh majoriti wanita. Menjadi satu kegilaan. 

Balik rumah, cuba buka almari kasut, agak-agak berapa banyak kasut yang ada. Kalau dah namanya wanita, emmm, buka bonet kereta pun penuh dengan kasut.



Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini, pasti tak akan ketinggalan untuk memiliki kasut-kasut terkini. Sama juga seperti koleksi pakaian, rekaan kasut sentiasa berubah-ubah mengikut trend fesyen. Kita boleh lihat semakin banyak koleksi kasut yang direka dengan rekaan yang amat unik.
Pendek kata, kasut pergi kerja lain. Kasut pergi majlis kenduri kahwin lain. Kasut untuk bersantai pun lain.

Mesti ramai yang nak tahu apakah fesyen kasut wanita terkini? Jom skodeng...
Strappy Sandals
Walaupun ramai wanita memilih high heels sebagai kasut pilihan mereka, namun terdapat juga segelintir wanita yang lebih selesa bergaya dengan koleksi sandals. Salah satu rekaan sandals yang sedang trending pada masa kini adalah strappy sandals yang mempunyai rekaan bertali seperti berikut.

Square Toe Heels Pumps
Fesyen kasut yang turut trending pada masa kini adalah square toe heels pumps. Berbeza dengan rekaan pumps lain yang biasanya direka tirus dan separa bulat, koleksi pumps ini direka dengan rekaan bersegi pada bahagian depan kasut.

Ankle Boots Wedges
Bagi penggemar koleksi boots pula, rekaan boots terkini yang paling digemari kini adalah koleksi ankle boots wedges. Berbeza dengan rekaan boots yang lain, koleksi ankle boots wedges ini direka dengan struktur tapak yang lebih stabil dan tebal.
Fringed Heels

Dan fesyen kasut wanita terkini yang seterusnya adalah rekaan fringed heels yang cukup popular dikalangan penggemar fesyen. Ia direka dengan rekaan fringe yang menjadikan si pemakai kelihatan lebih rugged dan daring.




Giveaway

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015

4:00 PTG




HADIAH
[]
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..

Alif Ziyad

Perjalanan : Checkup Alif 3 Bulan

8:30 PG


2 Disember 2015 - Bawa Alif checkup 3 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Macam biasa, only me and him. Tanpa ayah. Kadang kala rasa sedih pergi KK sendiri tanpa suami di sisi. I am tired but what shoud I do? Just follow the flow?


Adik Alif duduk diam-diam ye. Ibu selpie jap.


Berat 3 bulan : 5.2kg
Panjang 3 bulan : 59cm

Naik 500gm dari bulan lepas. Selalu naik lebih sekilo. Takpe, yang penting Alif sihat. Alif nak ringankan badan ye nak. Nak meniarap. 




Muka budak meragam



Sengih kemain lebar. Dia tak tahu tu kejap lagi kena inject. Suka eh berjalan dengan ibu.



Jam 3 petang dah selesai tapi kami terkandas di KK sebab hujan renyai agak lebat. Siapalah yang nak payungkan ibu dan Alif kan bila berdua macam ni. Redha sajalah. Bila hujan renyai sedikit, cepat-cepat kami berlari ke kereta.

Masa saya masuk kereta, ada sebiji kereta Myvi sudah menanti. Mungkin dia tunggu saya lama keluar dari parking, dia macam marah pula. Ehhhh....aku bawak anak kot. Nak letak, nak belt dia dalam carseat ingat boleh siap 5 minit. Hujan lagi. Giler selfish.






Anak-anak

Kisah Breastpump Saya

8:30 PG



Memang betullah. Menyusukan anak ini satu perjuangan. Sesuatu yang tampak mudah tapi tidak semudah disangka lebih-lebih lagi ibu seperti saya yang anak lahir air susu tidak terus keluar menjejeh-jejeh macam orang lain. Memancut-mancut sampai boleh siram pokok bunga. Tak. Saya perlu usaha lebih walaupun orang sekeliling cakap saya takde susu!

Tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya membuatkan saya rasa ianya satu kekurangan. Rasa gagal. Tertanya-tanya juga kenapa Allah tidak kurniakan saya susu yang melimpah ruah seperti ibu-ibu lain. Tapi, siapalah kita untuk pertikaikan. Dia LEBIH MENGETAHUI.

Susu badan saya sangat-sangat sikit. Hingga jika saya tidak pam sehari dua, susu badan boleh terus kering. Pam pun hanya keluar angin dan beberapa titis. Proses relaktasi yang saya jalankan terasa hambar. 2 minggu proses berjalan, hasil tetap sama.

Walaupun rasa down, semangat saya masih ada. Saya masih ingin teruskan. Tak dapat banyak pun tidak mengapa. Sebab saya sudah berusaha mana yang saya larat. Walaupun anak dapat minum sedikit, pun tidak mengapa. Khasiat susu ibu itu yang saya kejarkan.

Lacte Duet kesayangan saya letgo. Bila dah dapat buyer dan dia pun bersungguh nak beli, bank in pun cepat, saya terus periksa satu persatu. Basuh dan lap kering-kering setiap part. Meleleh juga airmata saat membungkusnya.

En.suami terkejut bila saya bagitahu dia saya nak jual pam susu tu. Dia tanya kenapa? Tak sayang? Saya cuma jawab, takpelah ada orang yang lebih memerlukan.


Dalam kenangan

Saya jual double pump tapi, saya mahukan single pump untuk kegunaan saya. Sebab susu tidak semeriah mana, jadi cukuplah saya menggunakan single pump sahaja. Lagipula saya jarang menggunakan double pump meskipun saya ada double pump dulu. Biasanya, saya bawa satu je ke tempat kerja. So, better saya letgo.

Perancangan asal dengan buyer, swap breast pump dan dia tambah duit. Dia ada single pump. Dia cuma tambah RM250 untuk Lacte Duet saya yang date purchase 15.10.2015. Warranty setahun. Sedangkan pam dia sudah berusia setahun lebih dan jarang digunakan. Pada saya, ok jela sebab jarang digunakan dan hanya RM100.

Bila pam dia sampai, laju saya buka parcel. Ada sedikit perasaan kecewa dengan pam tersebut. Patutlah RM100. Sudah agak suram. Berbanding pam saya yang masih berkilat. 


Pam snow bear macam Malish


Alamak tak hidup!


Bila periksa, alamak tak idup. Cuba godek-godek adaptor,pun sama. Arghh kecewa untuk kali kedua. Terus whatAps buyer tu. Dia terkejut. Saya cuba guna bateri, hidup pula. Sah, adaptor rosak. Saya buka website Malish, survey harga adaptor. Lebih RM50. Terus whatAps buyer tu lagi, dia kata ok tambah RM50.

Tapi, hati rasa tak sedap. Call Malish dulu. Pihak Malish terangkan, walaupun sama pattern dengan Malish tapi, tetap tak sama. Mungkin boleh guna sekejap je dan mereka tak bertanggungjawab jika rosak. Segala spare part snow bear tak jual dah.

Saya : Tapi, pattern sama dengan malish lifestyle. Bentuk dia. Warna dia. Cuma ada gambar bear je.

Customer Service Malish : Iye. Memang sama. Kalau Puan nak beli, boleh je. Tapi, kami tak bertanggungjawab kalau rosak.


Ini free gift yang buyer bagi.


Malam tu, dapat whatAps dari buyer, pam saya sudah selamat diterima. Condition pon OK. Sedih bila dia hantar gambar mesin pam tu. Kebetulan, Kak Aisyah ada bersama saya.

Kak Aisyah : Sama macam ibu punyalah. Sama la ibu.

Saya : Yela. Sama.

Dalam hati, Allah saja tahu betapa sedihnya hati ini.


Selamat sampai kepada dia.


Berikutan adaptor pam yang dia swap rosak. Saya cuma hanya mampu bersabar. Bukan rezeki saya. Saya return back kepada buyer. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin, jika boleh guna pun, saya boleh guna sekejap sahaja. Tidak berbaloi kan.

Saya return back kepada buyer dan minta dia tambah RM100 lagi. Sebab harga jualan preloved breastpump saya tu RM350. Preloved katakan.

Breastpump dia saya courier by Gdex. Minta tolong receptionist courier. Sebab saya tak sempat ke pejabat pos. Dia whatAps sudah malam, sudah bank in RM100. Alhamdulillah.

Maafkan saya jika terlalu mendesak ye.

Orang kata, kalau dah rezeki tidak ke mana. Secara tak sengaja berceloteh dengan seorang akak tempat kerja. Dia pun ada anak seusia Adik Alif. Susu dia pun sikit. Dia letgo breastpump single dia pada saya. Lebih berbaloi. Baru lagi, lebih kurang usia Lacte duet saya. Harga RM150. Syukur sangat-sangat. Condition amat memuaskan. Alhamdulillah.


Inilah pam preloved Autumz Bliss.




Nota Kaki : Akan datang, review Autumz Bliss pula..