Aisyah Humaira

Dutch Lady Bakal Melancarkan Produk Baru

8:00 PG


Biasanya kami tunggu offer di Mydin, borong 4 pek sekali. Harga dapat RM27.90 satu pek. Entah macamana hari tu, rezeki kami tak dapat nak borong sebab takde stok. Hold dulu lah. Nak beli di sensei, kedai dah tutup.

Esoknya, ke kedai sensei, mula-mula survey harga je kononnya. Sebab biasanya susu pililhan Aisyah di sini mahal sedikit dari Mydin. Tapi, kali ni memang betul-betul terkejut, RM23.90!! Dapat ambil dua pek je dulu sebab kedai sensei tu tutup awal juga, kalau ke bank cucuk duit dahulu, tak sempat nak beli. Susu di rumah pengasuh dah nak habis. Grab 2 pek, esok lusa beli lagi. Kedai sensei ni pun dekat je dengan rumah.

Sebelum ni memang kami beli susu di sini. Mamil Learning. Tapi sejak Aisyah bertukar kepada Dutch Lady 123, kami bandingkan harga di Mydin lebih murah. Sejak itu, terus saja borong susu di Mydin. Tak sangka, kali ini kami ke sensei semula sebab lagi murah! Tarikh luput pun lama lagi.


Ke sebab akan dilancarkan produk baru sebab tu pek lama murah.
Pek baru ni 900gm sahaja dan tak pasti ada kenaikan harga atau tidak.
Biasanya kalau produk susu ni ada pembaharuan, harga naik sikit.






Me

Faktor Persekitaran

8:00 PG


Ahad lalu tak sempat schedule draft, so blog jadi sunyi sepi tidak semena-mena. Faktor kemalasan pun mungkin juga. Terasa keletihan luar biasa.

Saya memang kerap sakit-sakit perut tapi tidak lah teruk sangat. Saya cuma terfikir mungkin sebab saya hilang selera makan sejak dua menjak ni. Tengok nasi putih memang tak lalu. Kalau makan pun, sekadar alas perut dan perut cepat terasa kenyang.

Malas, jangan cakaplah. Nak berjalan pun malas. Rasa letih. Ahad lalu tak draft entri gara-gara sakit perut. Perut rasa tak sedap. Saya fikir sebab tak berapa nak makan. Tapi, sakit bawa ke pagi. En. suami beri duit untuk ke klinik. Dia kerja seperti biasa. Saya ok je boleh drive sendiri lagi. Lagipula dekat je tak mau susahkan en.suami yang tempat kerjanya agak leceh untuk dia tinggalkan. Cuma dia pesan, kalau ada apa-apa call segera.

Ke klinik bersama Cik Aisyah memang mencabar. Anak dara lasak, muka bersahaja dan suka menjerit hingga buat saya malu.

Saya terkejut bila doktor scan, doktor bagitau kantung memang ada cuma mungkin janin kecil lagi. In sha Allah mengandung. Sedangkan saya rasa seolah saya sudah mengandung 2 bulan. Perut pun dah mula terasa berat. Berat lemak mungkin. Saya perlu ke klinik semula 2 minggu lagi. In sha Allah, masa tu janin sudah nampak.

Bila dilanda kerisauan dan kesakitan sikit-sikit, badan rasa lemah dan tidak selesa saja, diganggu pula dengan panggilan telefon, whatAps, sms mengenai kerja, saya rasa tidak selesa. Yelah, saya mahukan tempat mengadu, bercerita bukan membebankan fikiran dengan kerja yang tidak akan pernah habis tu.

Memang sedih bila mengalami situasi begini.


Apa pun, doakan saya baik-baik saja walau di mana saya berada. Kerja perlu diteruskan untuk menyara hidup seharian. Walaupun jawatan saya ni rendah saja....


Pinjam dari Google ~ Comel pulak



Nota Kaki : Opss..gara2 dah bagi signal diorang tetap taknak bagi saya masuk, saya redah je, nasib tak kena langgor..






Makan Gaji

Panggilan Tidak Dikenali

8:00 PG



Telefon berdering dan nombor tidak dikenali muncul. Jawab. Eh??? Panggilan temuduga? Bila saya mohon ye?

Rupa-rupanya, saya ada mohon bulan Jun tahun lepas. Terkedu mendengarnya. Lama kot. Oil and gas kompeni. Tak silap saya, salah satu competitor kilang yang saya kerja ini. Saya dipanggil bawah sales dan tetap ada cum jawatan yang saya pohon.

Hish...ntah-ntah sempat orang lain kerja dan mungkin orang tu dah blah, baru panggil saya. Opsss...

Saya terpaksa menolak sebab keadaan diri tidak mengizinkan. Kalau tidak, saya dah pergi. Peluang mana boleh disia-siakan.

Kerja swasta beginilah. Perlu lompat ke kompeni lain untuk up gaji dan up pengalaman. Kalau tunggu di kompeni yang sama je, sampai ke pencenlah gred yang sama je. Uhukkksss..

Pinjam dari Google

Tapi, rezeki saya masih di sini. Dan, hendak atau tidak, suka atau tidak, saya tetap 'sayang' kompeni ini sebab di sinilah saya mencari sesuap nasi. Duit susu, diaper anak, perbelanjaan harian semua sumber dari sini Jatuh, bangun, sakit, menangis, ketawa juga di sini. Mau tak sayang. Ekekeke...







Our Life

Berbento?? Rajinnya

8:00 PG


Memang lah salute mama mommy ibu mak ummi yang rajin berbento untuk anak-anak mereka. Meriah tengok mereka yang rajin amat menyediakan bekalan untuk anak-anak mereka. Bukan sekadar bekal ye. Berbento!! Secara tak langsung, saya juga terjebak sertai group berbento di fb.

Gigih betul lah para ibu ni sediakan bekalan anak-anak mereka. Macam-macam rupa ada.

Bila saya tunjuk gambar-gambar bento pada en.suami, dia cakap.....


Kalau buat macam ni, Aisyah buat main je kot..



T__________________T







Islam Agamaku

Sinar Cahaya Iman

8:00 PG


Al-Muhaqqiq Ibnu Al-Qayyim berkata, "Ketahuilah bahawa pancaran sinar la ilaha illa Allah akan dapat memghancurkan noda-noda dosa, sesuai dengan kadar kekuatan dan kelemahan pancaran cahaya itu. Orang yang memiliki pancaran cahaya ini pun bermacam-macam kekuatan dan kelemahannya, dan tidak akan ada orang yang dapat menghitungnya kecuali Allah SWT. Di antara manusia terdapat orang yang memiliki cahaya itu di dalam hatinya bagaikan matahari; ada yang cahaya di dalam hatinya itu bagaikan bintang; ada cahaya dalam hatinya bagaikan api yang membara; ada yang seperti lampu kecil dan yang akhir sekali bagaikan lampu yang sangat lemah sinarannya".




Nota Kaki : Di manakah kita?

Blog Janji Kita

Bukan Rezeki Saya

8:00 PG



Entri ini dipublish memang saja nak bagitahu semua. Dunia alam maya, dunia blogging yang penuh ketulusan dicemari dengan segelintir yang bersikap acuh tidak acuh.

Memang ramai yang sering memperkatakan mereka ditipu apabila telah terpilih sebagai salah seorang pemenang yang telah blogger anjurkan.

Apa yang saya mahu katakan, jika mahu anjurkan sebarang giveaway atau segmen, tolong berlaku jujur dan berikan komitmen yang tinggi. Jika tidak, janganlah anjurkan sebarang giveaway atau segmen! Lebih-lebih yang berbentuk hadiah. Nampak sangat hanya mahu mendapatkan trafik yang tinggi dan menambah bilangan follower.


*Sila klik gambar untuk lebih jelas*

Saya drop komen supaya dia alert kerana saya hantar dia melalui email.
Pada tarikh 22 Januari 2014 dan tarikh akhir beri maklumat adalah pada 23 Januari 2014.
~Tolong jangan terlalu meletakkan syarat, pm melalui fb sahaja sebab ada kalanya mesej tidak dapat dibaca melalui phone. Bila buka fb melalui pc baru mereka perasaan akan kewujudan mesej tersebut.


Ini adalah janji dia. Dia drop komen di salah satu entri saya pada 5 Februari 2014.


Saya beri info melalui fb messenger pula.  Lihatlah tarikh yang tertera, 6 Feb 2014. Lewat sehari je dari komen di atas.
Dia pun ada reply.


Ini juga janji dia. Dia tidak lupa katanya. Dia drop komen di salah satu entri saya pada 14 April 2014 pula!


Ini pula saya pm dia bertanyakan tentang hadiah tersebut sebab tidak terima apa-apa pun pada 26 Ogos 2014.


Sambungan mesej di atas. Dia meletakkan harapan yang tinggi.


Buat pengetahuan semua, sampai ke hari ini saya tidak ada menerima apa-apa novel. Takkan pula pos laju tersalah hantar. Kalau betul dia ikhlas, tidak salah kan update tracking nombor kepada saya. Mudah je. Kalau mampu publish entri di blog sehari berkepuk-kepuk, takkan lah setakat mahu update tracking no pada saya tidak boleh.

Jika dia anjurkan giveaway atau segmen, saya buat-buat tak nampak sahaja. Ramai blogger yang saya support bila mereka anjurkan sebarang segmen, menunjukkan saya bukan terkejar-kejar sangat hadiah yang ditawarkan.

Cuma saya terkilan.

Saya bukan mahu memburukkan sesiapa. Tapi, saya mahu semua sedar. Jangan berjanji jika tidak dapat tunaikan. Memang saya terima hakikat yang ini bukan rezeki saya. Tapi, perlu diingat, kepercayaan saya dan mungkin orang lain kepada blogger tersebut mulai pudar.



Nota Kaki : Pinjam tagline Nabil kejap.."Lu pikirlah sendiri!!"


Isu Semasa

Terpaksa Cari Buah Lain

8:00 PG



Gempar dengan berita epal beracun. Sedih pun ada sebab saya antara penggemar epal merah. Aisyah pun suka. Kupas, belah kecil-kecil dan kunyah depan televisyen.

Epal jenis Royal Gala dan Granny Smith yang dieksport oleh syarikat Bidart Bros telah dikesan dicemari bakeria Listeriosis (listeria monocytigene). Ia tidak mudah dikesan dengan mata kasar (kata bakteria). Simptom adalah seperti demam, loya, muntah-muntah, sakit otot, sakit kepala dan ketengangan leher.


Listeriosis merupakan punca maut akibat keracunan makanan yang ketiga paling berbahaya. Golongan yang berisiko tinggi terdiri daripada wanita mengandung, warga tua dan mereka yang memiliki sistem imuniti tubuh yang lemah. Sekurang-kurangnya sejumlah 32 kes mangsa jatuh sakit selepas memakan epal-epal tersebut dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada setakat ini.

Sumber

Zaman sekarang ni semua bahan makanan pun mengundang curiga. Lepas ni kalau teringin makan buah, kenalah beli buah lain. Mungkin buah sweet persimmon?



Nota Kaki : Buah limau, sunkist ke mandarin ke saya tak berapa suka..


Segmen Bloglist

Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

2:00 PTG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)





Makan-makan

Jamah Murtabak Cheese Kg Kurnia

8:00 PG



Murtabak cheese ni sudah mula meletop kebabom glamer sejak dua menjak ni. Hingga menjadi viral di fb. Menjadi tumpuan ramai hatta en.suami yang berasal dari Majidi pun baru tahu akan kewujudannya.

Bila dah teringin nak makan, moh la order. Jam 11.30 telefon untuk membuat tempahan. Nak ambil jam 12.30, eh dioramg baru je buka. So, ambil jam 1.30 petang.




Sampai je memang kereta berderet tepi jalan tapi kami mudah dapat parking, almaklum kereta comel.

Orang yang makan di kedai tu jangan cakaplah. Punyalah ramai. Semua meja penuh. Bersebelahan dengan murtabak cheese ni ada menjual ayam golek. Memang bertambah lah ramai pelanggan.

Terus ke kaunter untuk ambil order. Eh, belum siap. Tunggu sekejap. Adalah dalam 15 minit menunggu, kami punya order belum juga ada.

Tukang tebar tak henti-henti menebar. Tukang masak, tak henti-henti memasak. Yang ambil order juga, terus mengambil order.

Tergerak hati nak membelek nama-nama berserta tempahan yang telah tersusun atas meja. Eh?? Macam kenal je nama tu. Yapeda adik ni, boleh tak perasan. Buat penat je kami berdiri menunggu.

Tempahan kami memang ada dah atas meja tu. Yang pertama hujung belah kiri. Boleh dia tak perasan?

Bila dah dapat, kami pun balik. Dah tak berapa panas masa kami makan. Suam-suam kuku. Nak panaskan dah malas. Kalau makan panas-panas memang meleleh lagi cheesenya.

Bagi saya, oklah murtabak ni. Macam murtabak biasa tapi ada cheese. Intinya pun banyak, bukan sikit. Berbaloi dengan harganya.

Untuk tempahan boleh telefon nombor yang tertera.

Waktu niaga : 11 pagi - 5.30 petang.
Alamat : Seperti yang tertera.


===================================================

Atas permintaan ramai, terpaksalah cilok gambar dari fb murtabak cheese ni. Korang tengok la sendiri meleleh tak meleleh air liur korang.

Jangan lupa Like page Murtabak Cheese

Saiznya.








Santai Ahad

Santai Ahad #4 ~ Mood

8:00 PG


Adakalanya mood hilang. Ada singgah blog kawan-kawan, baca, jadi stalker tapi tak tinggal jejak. Jejak as nuffnanger mungkin ada.

Beberapa hari ni, nak drop komen macam malas sikit.

Hari ahad, mood draft entri berderet-deret.






Nota Kaki : Mohon maaf dipinta andai....



Blog Suka Intai

Blog Suka Intai #4

8:00 PG



Saya pasti ramai yang sudah mengenali dia. Lebih-lebih lagi dia kerap buat outdoor playgroup untuk kanak-kanak berusia 2 - 4 tahun. Malah playgroup yang dia anjurkan ni approved by child psychiatrist. Kalaulah saya ni dekat, Aisyah dapat join playgroup tu.

Kenapa saya suka intai blog ni??

Blog ini memberikan banyakkkkkkk tips parenting. Rugi kita sebagai ibu bapa tak ceduk ilmu dari blog dia. Dia rajin jumpa pakar kanak-kanak dan dia tidak kedekut ilmu berkongsikan banyak info dengan kita semua. Tinggal kita ni je rajin ke tak rajin nak cari ilmu.



Saya pernah share kisah Aisyah(klik) sebelum ni. Motivasi dan semangat berganda-ganda hadir bila baca entri-entri dia.




Banyak lagi tips yang korang boleh dapat di blog ini. Meh terjah entri-entri dan tips yang dia kongsikan.
Hanya di blog http://saatakukaupilih.blogspot.com/.







Giveaway

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday

2:00 PTG


 bannerfuza
Klik banner untuk join.


Sempena bulan kelahiran Fuza, saya mengucapkan selamat hari ulang tahun.
Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan perniagaan terus berkembang.




Nota Kaki : Kain sulam tu cantekkkkk sangat-sangat..




Islam Agamaku

Mengetahui & Memahami Hakikat Islam

8:00 PG


Islam ialah agama ilmu. Orang yang berilmu sahajalah yang dapat merasai kehebatan nilai Islam, lantas tidak akan membuang masa mengejar keredhaan Allah.

Manakala orang Islam yang Islamnya hanya pada nama, yang tidak memahami hakikat Islam, nescaya akan tersasar jauh daripada kebenaran.

Terdapat segelintir yang meninggalkan perintah Allah seperti solat, atau melakukan maksiat seperti tidak menutup aurat, lalu menyatakan bahawa Allah tidak melihat luaran, akan tetapi Allah melihat hati seseorang.

Apakah yang sebegini memahami hakikat Islam? Apakah mereka tidak merenung sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Sekiranya baik, baiklah keseluruhannya, dan sekiranya buruk, buruklah keseluruhannya, tidak lain dan tidak bukan itulah hati"





Wallahuaklam.


~Perkongsian dari Majalah Iman ~




Aisyah Humaira

Training Pant Comel dan Murah

8:00 PG



Cik Aisyah masih dalam proses cerai lampin. Umur dia sudah 2 tahun 8 bulan. Umur macam tu patut dah pandai ke toilet macam zaman kita kecil-kecil dahulu.

Ini bukan soal kewangan. Bukan soal harga diaper mahal. Mampu tidak mampu beli diaper tu belakang cerita. Lagi untung kalau tidak perlu beli diaper. Wewww..jimat belanja.

Dan bukan juga soal zaman dulu dan zaman sekarang tak sama. Zaman sekarang ibu bapa bekerja. Anak duduk dengan pengasuh, duduk di taska, tidak ada orang pantau.

Kalau macam tu, tinggalkan whatAp, facebook, blogwalking, tumpukan pada anak masing-masing. Buat semua perkara tu bila tugas kita sebagai ibu bapa sudah selesai. Peduli orang lain cakap.

Ramai yang anggap kanak-kanak akan bercerai lampin secara sendirinya. Kebanyakkannya akan bercerai lampin ketika umur melebihi 3 tahun.

Saya bukan mendesak tapi saya mahu dia berdisiplin. Termasuk diri saya juga dan suami. Disiplin. Suami bekerja. Saya juga bekerja. Bekerja bukan alasan untuk terus membiarkan dia terus pakai diaper. Perlu cabar diri sendiri untuk ini.

Sudah petah bercakap tapi masih berdiaper, kencing dalam diaper. Ermmm..tak boleh jadi. Sebab tu seboleh-bolehnya saya training dia agar dia biasa. Saya penat pun tak apa, yang penting dia kena berdisiplin!

Masalah saya, di rumah pengasuh dia masih berdiaper sebab pengasuh ada menjaga bayi 6 bulan. Baru-baru ini anak pengasuh melahirkan seorangbayi perempuan, pasti dia penat menguruskan anaknya yang sedang berpantang. Tidak sesuai untuk saya menyatakan hasrat saya padanya.

Bila bersama saya, Aisyah pandai free diaper sebab saya pantau. Tapi, yang buat saya geram dia terkepit-kepit sebab nak terkucil tapi dia tidak mahu bagitahu yang dia nak kencing! Hishh...padahal saya sudah pesan banyak kali. Sedangkan cakap nak tengok kartun pandai, nak pergi toilet tak pandai pula. Bila nampak dia menahan kencing memang cepat-cepat saya bawa ke tandas. Masa ni pandai pula dia cakap, "cepat-cepat nak kencing". Ermmm..memang menguji kesabaran.

Kebetulan pula saya ada baca entri mamailahfazilah(klik sini) mengenai training pant. Inilah untung nya blogwalking blog kawan-kawan. Ada saja ilmu yang dapat kita kutip. Benda yang kita tak tahu pun kita jadi tahu. Training pant dicipta untuk potty training kanak-kanak seawal umur 1 tahun. Harganya jangan cakaplah memang mahal. Kalah 1 pek diaper mamy poko.

Sehelai RM55, ada juga yang cecah RM65. Memang tersedak nak membeli. Bila tengok harganya memang cancel terus niat nak belikan untuk Cik Aisyah.

Tapi!!!!

Rupanya mamailah nak share training pant yang murah tau! Sehelai RM10 je. Terus niat membeli membuak-buak.

Design pun comel-comel. Yang penting kualiti lebih kurang dengan yang mahal.

Pilihan yang ada. Comel kan..


Tapi.....sobs sobs..tutup sementara dan penghantaran selepas 20 Januari 2015.


Apa-apa pun saya sanggup tunggu. Seminggu je lagi dari sekarang. Terus je submit order form untuk pastikan apa yang saya mahukan ada stok. Murah, siapa tak nak kan.

Tapi!!!

Langit tidak sentiasa cerah. Saya kecewa...


Reply from yoyosnow



Sedih sangat-sangat. Mana nak dapatkan training pant yang murah macam ni ye selain di sini?? Ada siapa-siapa tahu? Sila drop di ruang komen atau email kepada saya. Please... :(




Nota Kaki : Doakan kami capai target, sebelum umur 3 tahun Cik Aisyah perlu bercerai lampin sepenuhnya.




Giveaway

1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com

2:00 PTG



 BUBBLYNOTE
Klik banner untuk join


Apa yang best mengenai bubblynotes, ia mengongsikan bermacam ilmu tentang keibubapaan.
Farah pula jenis yang menulis tak pernah pendek, tapi saya tetap baca sebab saya suka baca bebelan kawan-kawan blogger saya. Siapa cakap tulis blog panjang-panjang orang tak baca? Saya baca ok.

Saya mengikuti bubblynote sejak Farah mengandungkan Ash dan kini Ash pun sudah lebih setahun! Dah besar kan..

Nak baca tentang Ash, boleh terjah blog cilik ni di imanfirash.blogspot.com.