Murtabak Cheese Kg Kurnia

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Murtabak cheese ni sudah mula meletop kebabom glamer sejak dua menjak ni. Hingga menjadi viral di fb. Menjadi tumpuan ramai hatta en.suami yang berasal dari Majidi pun baru tahu akan kewujudannya.

Bila dah teringin nak makan, moh la order. Jam 11.30 telefon untuk membuat tempahan. Nak ambil jam 12.30, eh dioramg baru je buka. So, ambil jam 1.30 petang.




Sampai je memang kereta berderet tepi jalan tapi kami mudah dapat parking, almaklum kereta comel.

Orang yang makan di kedai tu jangan cakaplah. Punyalah ramai. Semua meja penuh. Bersebelahan dengan murtabak cheese ni ada menjual ayam golek. Memang bertambah lah ramai pelanggan.

Terus ke kaunter untuk ambil order. Eh, belum siap. Tunggu sekejap. Adalah dalam 15 minit menunggu, kami punya order belum juga ada.

Tukang tebar tak henti-henti menebar. Tukang masak, tak henti-henti memasak. Yang ambil order juga, terus mengambil order.

Tergerak hati nak membelek nama-nama berserta tempahan yang telah tersusun atas meja. Eh?? Macam kenal je nama tu. Yapeda adik ni, boleh tak perasan. Buat penat je kami berdiri menunggu.

Tempahan kami memang ada dah atas meja tu. Yang pertama hujung belah kiri. Boleh dia tak perasan?

Bila dah dapat, kami pun balik. Dah tak berapa panas masa kami makan. Suam-suam kuku. Nak panaskan dah malas. Kalau makan panas-panas memang meleleh lagi cheesenya.

Bagi saya, oklah murtabak ni. Macam murtabak biasa tapi ada cheese. Intinya pun banyak, bukan sikit. Berbaloi dengan harganya.

Untuk tempahan boleh telefon nombor yang tertera.

Waktu niaga : 11 pagi - 5.30 petang.
Alamat : Seperti yang tertera.


===================================================

Atas permintaan ramai, terpaksalah cilok gambar dari fb murtabak cheese ni. Korang tengok la sendiri meleleh tak meleleh air liur korang.

Jangan lupa Like page Murtabak Cheese

Saiznya.








  • Share:

You Might Also Like

40 comments

  1. Memang teringin nak try murtana cheese ni..sedap tak? :)

    BalasPadam
  2. mna pic murtabak nye ^__^ 1st time tau ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah nak tgok juga rupa murtabak cheese nya camne. huhu

      Padam
    2. alamak ai kawan-kawan..gambar takde la sebab terlupa nak snap..cer korang google..kompem banyak gambar dia

      Padam
  3. Uish terliur pula bila dengar. teringin juga nak rasa murtabak cheese ni tapi kat area KL /Putrajaya belum lagi terdengar pasal Murtabak Cheese ni. Huhu

    BalasPadam
  4. alaaaa mana gambarnya nak tengok..mesti sedap ni..

    BalasPadam
  5. Murtabak cheese blom pernah rasa. X tahu pun ada murtabak cheese ni..

    BalasPadam
  6. Mana gambau murtabak cheese tuh mar..hehe..

    BalasPadam
  7. wahh sekarang ni semua makanan nak ditambah cheese..pisang goreng, nan,roti canai, murtabak la pulak..
    cheese tu yang bt sedap lemak berkrim tu hihihi

    BalasPadam
  8. Balik JB nanti, Insya Allah nak gi try...;)

    BalasPadam
  9. nak tengok gambar murtabak. ehehehe :D tak pernah try lagi murtabak cheese :D

    BalasPadam
  10. Mane gmbr murtabak cheese nye Mar? huhu...

    BalasPadam
  11. wahhh tak pernah merasa lagi murtabak bercheese ni... mesti sedap kan

    BalasPadam
  12. pasti sedap lah ni Mar, fenomena dah ye :)

    BalasPadam
  13. Alahai kakak jadi teringin Mar.
    Tak pernah rasa lagi ni tempat dia ni.

    BalasPadam
  14. wah..mesti sedap! Sampai mar lupa snap pic ya..hehee

    BalasPadam
  15. asal ada Cheese jer mesti kaksura suka..teringin la pulak...mesti sedap ni..

    BalasPadam
  16. Sis, dah murtabak cheese pulak ea.
    Pisang goreng pun baru mendapat..
    Orang johor ni memang pantas lah food cheesy based ni.
    Jeles i tau.

    BalasPadam
  17. Fuhh... mmg hebat ni... menyelerakan sungguh!!

    BalasPadam
  18. wah... order dulu pun lama tunggu tapi kalau baru nak order lenguh kaki berdiri... ha.. lepasni adalah murtabak cheese kat tempat lain laktu.. nak gi JB harusler tak pergi jauh beno yerk...

    BalasPadam
  19. memang sedap murtabak kat sini selalu beli sini tapi tak pernah nak beli yg chesee. kena try nih

    BalasPadam
  20. kecur air liur ni kak tengok cheese meleleh tu..sedapnya kalau dapat merasa

    BalasPadam
  21. Aih..dah la.kalau cerita murtabak aje pun Sya dah terliur..apa.lagi yg ada.cheese.. sedapnya

    BalasPadam
  22. Menarik... Boleh cuba.. Tpi kna tunggu balik jb la nnt..

    BalasPadam
  23. waa..sgt menarik..
    mesti sedap ni

    BalasPadam
  24. Murtabak Singapore bercheese yer Mar..... Nak makan murtabak Singapore kat KL ni kat mana pun tak tau! Kalau makan seminggu mau naik kolestrol ni hihi.... Kat sini nampaknya belum viral lagi, harus lepas lepas ni kot...

    BalasPadam
  25. Aduhai...gambar kat FB tu bisa buat air liurku meleleh lagi walaupun dah kenyang sebenarnya!

    Memang famous kat JB je ke? Saya ni kalau makanan atau apa benda sekalipun yang jadi viral, sayalah orang terakhir yang tau :)

    BalasPadam
  26. Sedapnyanampak..mesti sedapkan..jika x sedap x promote btl tak..nak p cubalah...

    BalasPadam
  27. Aishh sdpnya plak, kat cne blm da lgi. Tak lma lgi ada la tu org bederet2 jual hhaha

    BalasPadam
  28. sy pun salu lalu lalang jalan kg kurnia ni..mmg ramai sesaja time lunch kat situ..makin lama, macam makin meriahh je...sampai sy malas nak singgah beli huhu

    kalo makan murtabak cheese time panas2 mmg heaven!

    BalasPadam
  29. Wowww, nampak lazat, nymmmmmiliciouss !

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.