Terpaksa Cari Buah Lain

By Mar Mansor - 8:00 PG



Gempar dengan berita epal beracun. Sedih pun ada sebab saya antara penggemar epal merah. Aisyah pun suka. Kupas, belah kecil-kecil dan kunyah depan televisyen.

Epal jenis Royal Gala dan Granny Smith yang dieksport oleh syarikat Bidart Bros telah dikesan dicemari bakeria Listeriosis (listeria monocytigene). Ia tidak mudah dikesan dengan mata kasar (kata bakteria). Simptom adalah seperti demam, loya, muntah-muntah, sakit otot, sakit kepala dan ketengangan leher.


Listeriosis merupakan punca maut akibat keracunan makanan yang ketiga paling berbahaya. Golongan yang berisiko tinggi terdiri daripada wanita mengandung, warga tua dan mereka yang memiliki sistem imuniti tubuh yang lemah. Sekurang-kurangnya sejumlah 32 kes mangsa jatuh sakit selepas memakan epal-epal tersebut dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada setakat ini.

Sumber

Zaman sekarang ni semua bahan makanan pun mengundang curiga. Lepas ni kalau teringin makan buah, kenalah beli buah lain. Mungkin buah sweet persimmon?



Nota Kaki : Buah limau, sunkist ke mandarin ke saya tak berapa suka..


  • Share:

You Might Also Like

36 comments

  1. Saya pulak suka epal hijau tu..hampa hati. Huhu

    BalasPadam
  2. saya suka buah tembikai dan delima...epal?..berhati hati ye

    BalasPadam
  3. Suka mkn buah epal fuji...since dah ada kes mcm ni takut dah nk mkn epal. Mkn pisang dan betik je skrg ^^

    BalasPadam
  4. seketika kena makan buah-buahan tempatan jer...

    BalasPadam
  5. Pelik gak cemana epal tu boleh ada bakteria tu. Macam-macam penyakit la skrg ni. Buntu kepala otak nak digest.

    Mar, cuba tukar ke honey dew atau jambu batu la plak. Atau jambu air. Tu semua buah-buahan feveret saya. Kalo honey dew dan jambu batu tu, terus potong kecik2 letak dalam tipuware besar then letak dlm fridge. Bile nak makan, boleh ambil je sikit letak dlm mangkuk kecik.

    *TQ buat back link ke blog saya.

    BalasPadam
  6. Macam2 sampai buah epal pun tercemar kan.baru ingat nk beli jugak tapi en suami dah warning awal2 jangan makan epal lagi buat masa sekarang

    BalasPadam
  7. br beli ..tp tak prasan brand ape .. nk kena lempar buang la tu

    BalasPadam
  8. baru beli esok tu tengok berita pasal ni.. huhu.. mau kena buang ka semua epal2 tu.. sayang la plak..

    BalasPadam
  9. sejak pregnant ni akak suka makan epal.tapi bila epal dah terkena bakteria,kena cari buah lain la...

    BalasPadam
  10. Huh..Tetibe rase fobia nak mkn apple...

    BalasPadam
  11. Kat rumah ada sepeket lagi buah ni, tapi dah takleh makan...huhuuh

    BalasPadam
  12. nani baru berhajat nak buat jus epal asam boi terus tak jadi

    BalasPadam
  13. Baru pagi tadi abang tanya kakak macam mana baki epal tu nak buang ke apa? Bila dpt tahu macam geram kan.. Demi keselamatan terpaksalah buang.

    Pisang kaki pun kakak baru beli ahad lepas Mar. Kakak suka yg keras - rangup.

    BalasPadam
  14. nasib baik tak suka mkn epal hehhe mkn buah doyyyannn je la tak pon rambutannn ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. buah durian & rambutan pon saya suka tapi ikut musim pula..

      Padam
  15. hari berita pasal apple keluar, baru beli apple... x makan g wpon x de kena mengena, tp sbb import dr usa gak, jadi was2

    BalasPadam
  16. sejak diet atkins tak makan buah dah.. makan ayam sayur jek.. nasib tak minat sgt epal.. minat pisang jek.. kasi lawas..

    BalasPadam
  17. eija dan anak pun suka epal... tapi epal fuji... sedap manis... kena hat2 lepas ni beli brgn import T_T

    BalasPadam
  18. tukar buah tempatan kot..murah & sedap, byk pilihan.

    BalasPadam
  19. makan buah-buahan tempatan pulak...huhuhu...sally pun makan betik, pisang pulak skrg :P

    BalasPadam
  20. makan buah rambutan kot yer
    tapi tu lah, buah bermusim bukan selalu ada
    :)

    BalasPadam
  21. Jom makan buahan tmpatan la pula..

    BalasPadam
  22. Epal merah saya jarang beli..selalunya yang hijau..oren,tembikai,kiwi ,anggur..yang tu je la yang selalu beli..

    BalasPadam
  23. haih buah epal pun boleh mengundang penyakit mcm2..

    BalasPadam
  24. lya bru je buat stok buah epal utk bento fasya.. lps tahu perihal ni..terus semua campak dlm tong...

    BalasPadam
  25. Mar tukar buah jambu batu lak Mar,sedap gak :)

    BalasPadam
  26. Tukar dengan buah pisang hihi. Sedap boleh lawas lagi. hoho XD

    BalasPadam
  27. kurang suka epal..lagi suka pear..

    BalasPadam
  28. hmmm Epal Granny Smith mmg popular tak sangka pulak boleh jadi macam tu. Anyway, saya tak berapa gemar epal. hehe saya suka pear and orange :)

    BalasPadam
  29. Tulah.. nasib baiklah tak keracunan sekali... sabar je lah...

    BalasPadam
  30. Tulah kebetulan Okje ada beli Granny Smith hijau tu.....habislah satu paket, nasib tak pape....Sweet Persimmon tu mcm tak boleh pergilah pulak OKje, Mar...

    BalasPadam
  31. Rumah saya pun stock apple memang tak pernah tak ada. La ni dah dua jenis kena ban, tak boleh makan, terpaksalah cari buah-buahan baru. Nak try buah-buahan tempatanlah pulak :)

    BalasPadam
  32. posang kaki peberet cik abe n ayah saya.hihi
    saya kureng

    baru dok senaraikan menu utk 4 rukes solid food utk my bby dah la epal tu first.mmg tak la kan..

    BalasPadam
  33. Lya memg x gemar buah epal ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.