Pemeriksaan Telinga Dan Kuning

By Mar Mansor - 8:23 PG


7 September 2015 - Kami ke HSA sekali lagi untuk pemeriksaan telinga si bayi. Temujanji telah ditetapkan pada tarikh ini, antara jam 8 hingga 11 pagi sahaja.

Ibu yang menghidap diabetis ketika mengandung, bayi perlu di bawa untuk pemeriksaan telinga.

Agak leceh bila parking di HSA sudah berbayar. Parking lagi susah nak cari. Penyudahnya, parking saja mana yang dapat.

Dari kaunter poliklinik HSA, kami ke seksyen E, untuk kanak-kanak. Kemudian, bertanya pula di kaunter E, petugas menunjukkan arahan. Naik aras 3, bilik nombor 2. Sampai aras 3, ke kaunter lagi bertanya. Oh kat belakang cari bilik nombor 2. Jalan punya jalan, tak jumpa bilik nombor dua. Rupanya perlu masuk ke dalam lagi. Adoii..

Mujur proses pemeriksaan sekejap sahaja. Adalah dalam 10 minit. Telinga bayi kami tiada masalah. Dan kami boleh pulang. Senang hati nampaknya.

Tapi, parking yang berbayar tu pula yang tak best.

Hari ke-10

9 September 2015 - Pulang ke kampung halaman. Berpantang di kampung lebih mudah. Lebih-lebih lagi, bila si bayi perlu ke klinik ambil darah untuk kuning. Alahai, hari ke-9, bacaan naik hingga 13.4! Allahuakbar...

Bacaan hari ke-10 turun jadi 12.8. Rasa nak nangis je hari-hari pergi klinik tengok bayi sendiri menangis tiap kali darah diambil. Huhu..

Cukup-cukuplah nak...









  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. Alahai sian baby kena kuning.. Boleh try amik Kington dan titiskan dalam mulut baby InsyaAllah kuning berkurangan. http://www.aimisyahirah.com/2014/07/kington-cecair-plasma-100-tahun-yang.html

    BalasPadam
  2. sy msa arfan dulu x buat pn cek telinga tu sebab xtahu..nurse pn xde pesan pape..mujur Alhamdulillah xde mslh...

    ciannya bb, asyik kena cucuk je....mmg xsanggup kan dgr dia nangis

    BalasPadam
  3. Masa awfiyah kena jugak check telinga.si naura ni takde pulak...Naura kena kuning dari dalam wad lagi..dalam seminggu jugak la..bacaan 1st memang teruk la..15..

    BalasPadam
  4. selamat berpantang & semoga kuning baby cepat turun ye

    BalasPadam
  5. SELAMAT BERPANTANG INCREASE BF YE ..... JGN BABY TIDO SANGAT ...TIDO DLM CERAH .....

    BalasPadam
  6. alahaiiii siannye baby....ssh hati kan kalau anak kene kuning nie..dulu anak falsya smp kene admitted 3 hari..3 hari duk nangis smp bengkak2 mata..

    semoga kuning baby cepat2 turun..amin..

    BalasPadam
  7. Jgn lupe pesan doktor..paksa anak minum every 30minutes...In Shaa Allah anak sembuh cepat....sy dulu si adik pun jaundis..sy paksa minum susu stp 30 minit alhamdulillah 3 hari je jaundis dh xde...

    BalasPadam
  8. Semoga cepat baik kuning baby baru.

    BalasPadam
  9. Kasihan bila baby baru lahir kena kuning. Harap cepat baik.

    BalasPadam
  10. baby el ritu hari ke10 baru ok
    mmg ngis lah tgk anak kena cucuk..kiri hari ni esok kanan pulak huwaaa

    BalasPadam
  11. day 3 amani kuning 15.
    day 5 bacaan 13
    day 11 bacaan 9.
    lepas tu dah xyah cek kt KK dah

    sedih hari hari masa kuning tu. dua hari warded masa bacaan 15 tu.
    sy minum susu kambing dan keep bf baby.. bf baby sebanyak2nya agar dia yakk banyak.. mudah2an cepat sembuh adik baby ya.

    BalasPadam
  12. Bagi susu banyak-banyak.. Jangan stress ye kak..

    BalasPadam
  13. dulu dok bawak anak sedara pi cucuk, boleh plak budak ni steady tak nangis.. besar2 ni sikit2 nangis..haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.