Review : Breastpump Autumnz Bliss

8:30 PG


Selepas menjadi pengguna Lacte Duet untuk beberapa ketika, saya menjadi pengguna Autumnz Bliss pula. Kenapa saya bertukar breastpump? Segala kisah ada diceritakan di SINI. Langsung tiada kena mengena dengan breastpump jenam A tak bagus. Jenama B tak sesuai. Takde..


  Autumnz Bliss 

Ciri-ciri :
  • Ringan. Hanya 250 gram.
  • Bunyi pam sangat perlahan. Tak bising. Vibrate je.
  • Sedutan / suction tidak sakit.
  • Ada 5 level sedutan.
  • Boleh guna direct elektrik/ bateri/ USB cable.
  • Mudah dipasang dan dibasuh.




Bagi saya, pam ni sangat-sangat OK. Memang tak terasa pun masa mengepam. Mula-mula je sakit sikit sebab yela dah tegang kan puting tu. Kemudian, sedut sampai 20 minit pun tak rasa dah.

Pakai madela pun rasa sakit kalau breast dah bengkak. Tapi, saya tidak pernah mengalami bengkak susu, jadi memang tak tahu bagaimana rasa sakitnya. Yang saya tahu dari pengalaman kawan-kawan, memang tak dapat nak digambarkan kesakitannya sampai demam-demam.


Part exclude bottle


Yang paling best pada saya, part dia mudah untuk dibersihkan dan dibasuh kerana tidak terlalu banyak. Ini adalah sebab mengapa saya kata berbaloi.

Bagi ibu-ibu yang sedang mencari breastpump, boleh letakkan dalam senarai, breastpump Autumnz Bliss. Yang pasti harga mampu milik.

Memang berbaloi guna. Design pun comel. Syok je tengok benda-benda yang comel ni tau. Rasa happy.






Nota Kaki : Ada permintaan review breastpump ni. Ok saya dah tunaikan janji saya.





You Might Also Like

12 comments

  1. bestnya ada screen kan,berbanding yang akak guna..tapi kalau pump tu ok untuk kita,so far ok je nak teruskan..janji kita tau teknik penggunaan yang betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak,,apa pun brand kita gunakan je janji tak menyakitkan

      Padam
  2. Bagus buat ibu-ibu yang mencari breastpump guna yang ni.

    BalasPadam
  3. Bagus breastpump jika mudah basuh macam ni.

    BalasPadam
  4. Yes..memang breast pump ni best...su guna ni jgk...Semoga usaha kite diperkenankan OlehNya..Amin

    BalasPadam
  5. ok bab ni xleh komen lagi.. xdak pengalaman.. eheh..

    BalasPadam
  6. nice sharing.
    blh dibuat rujukan utk ank yg akn datang
    hri tu saya beli pam avent (manual)
    pon best, sebab bila berlakunya suction mmg x sakit cuma lenguh jari jemari. hikhiks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. antara sebab kenapa saya pilih elektrik..hehe

      Padam
  7. review sekali harga la.hehe..

    sy tak pernah pakai breastpump..marmet ja Alhamdulillah Afia fully bf smp 2tahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. lupa pula..
      ~mar mansor

      Padam
  8. hat ni mmg senang nk bw kemana2..kecik ja kan

    BalasPadam
  9. Menarik juga nih.. Anak akan datang mmg pikir nak usha pam lain gak nih..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.