Saya ada kongsikan beberapa tips di entry sebelum ini. Selepas 2 minggu, kahak Alif masih kedengaran dan batuk masih belum pulih. Kaedah tepuk-tepuk seolah tidak berhasil. Tapi, sekurang-kurangnya ia mengurangkan.
17 Januari 2016 - Kami bawa Alif ke KK pula untuk dapatkan rawatan. Kami 'tersesat' hingga ke KK Mahmodiah sebab kononnya terus pergi hospital HSA untuk dapatkan rawatan. Alamak, tak boleh eh. Shy.
Untuk pesakit yang mengalami batuk, selesema dan demam dipecahkan ke bilik saringan bahagian belakang. Ada 3 bilik doktor. Alang-alang, dapatkan juga rawatan untuk Aisyah. Dia pun batuk sudah beberapa hari. Sebelum ni cuma beri ubat beli di farmasi saja.
Darah Alif diambil dan sekali lagi Alif perlu menjalani mist. Selama proses mencairkan kahak, Alif menangis tidak selesa. Proses tersebut agak lama. Dalam 30 minit juga. Jenuhlah saya memujuknya agar tidak menangis tapi tetap juga menangis. Sampai wayar peralatan tercabut ditendangnya. Huhu,,
Selesai buat mist, kami menanti di kerusi menunggu sehingga doktor panggil buat kali ke-2. Kalau ikutkan, sudah masuk waktu rehat mereka. Baru nak gerak keluar untuk makan sebentar, hujan sudah turun. Duduk semula. Cuma ayah saja ke kantin mencari air kotak dan roti. Hujan lebat selebatnya.
Tiba-tiba nombor giliran Alif naik lagi. Eh? Doktor tak keluar rehat ke? Doktor terangkan yang darah Alif tiada jangkitan kuman. Paru-paru juga clear. Lega saya mendengarnya.
Selepas menjalani mist di KK tersebut, Alif semakin lega. Meskipun ada juga batuk dan kedengaran masih berkahak tapi tidak seteruk sebelum ini.
Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus.
Teknik tepukan (percussion) 

Teknik Tepukan Bantu Masalah Bayi Batuk Berkahak
Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus.

- Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian, condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas. Pastikan kaki bayi lurus.
- Ibu atau bapa perlu bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang ditengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
- Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi
- Tujuan menepuk adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru.
- Selepas selesai menepuk. biasanya bayi akan batuk atau bersin dn sekaligus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis.
- Sebelum memulakan teknik tepukan, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.