Melegakan Hidung Tersumbat

By Mar Mansor - 8:30 PG


1 Januari 2016 - Walaupun Alif anak ke-2 kami, ada kalanya kami buntu sebab pengalaman anak pertama dahulu lain. Kami ke sebuah klinik Dr.Hani di Seri Alam untuk mengetahui punca muntah dan batuk berkahak Alif. Doktor nya baik. Penerangannya jelas dan agak rileks.

Batuk Alif agak teruk. Mengokol. Kahak terasa sangat banyak.

Saya ada lakukan tepukan di bahagian dada depan dan belakang. Mula-mula keluar juga, tapi esok lusa dah tak keluar. Batuk tak hilang. Kahak berkumpul. Bayi sekecilnya tidak pandai mengeluarkan kahak.

Batuk berkahak sudah masuk dua minggu. Dan hidung Alif cuma tersumbat dan mengundang selesema bila dia menangis tidak selesa.

Hasil pemeriksaan, paru-paru Alif clear. Oksigen juga cukup dalam kepalanya. Jadi, tidak perlu risau.

Ubat titis yang sangat mudah digunakan dan berkesan - tekan-tekan je.


3 Januari 2016 - Selang beberapa hari, kami bawa lagi ke klinik yang sama sebab kahak Alif semakin banyak dan batuknya tidak juga baik. Kami ke klinik tersebut untuk buat mist untuk mencairkan kahak.

Kami diajar cara menyedut hingus bayi. Alamak, terbeli la pula.

Beli sajalah,, - Tak pernah guna lagi sebab Alif berkahak bukan selesema..


Untuk mengurangkan kahak bayi, apa yang perlu saya lakukan?

 Tetap mandikan dia 3 kali sehari.

 Sapu vick di bahagian dada hadapan dan belakang. Kerap sapu di waktu tengahmalam / pagi (Jam 1- 3 pagi).

 Sapu minyak telon di perut bayi, tapak kaki, bahagian belakang betis, belakagn telinga dan ubun-ubun.

 Urut belakang betisnya dengan lembut.


  • Share:

You Might Also Like

14 comments

  1. SINGGAH PAGI http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, bagus info ini, sapu ke betis tu tak pernah try , tapi sapu tapak kaki pakai stoking amalkan. Moga cepat sembuh inshaAllah

    BalasPadam
  3. Get well soon. Cian dia. Ibu nya kn kuat ni demi si adik. Anyway good info sis

    BalasPadam
  4. Kesiannya Mar... habis sekarang ni macamana?
    Harap Alif dah sihat dan dah boleh bermain dgn kak Aisyah.

    BalasPadam
  5. alma pn skrg batuk n beringus jugak...1 umah batuk, dia pn bjangkit lah skali.kesian tgk..mmg xboleh nak tido..bru nak lena, ttbe batuk x henti..mlm td lepas muntah byk, agaknya baru lega, baru blh tido...kesian kan tgk anak kecik idung tsumbat ni..tp mjr alma jenis x meragam... pg td husband sumbat air dlm hidung, ad jugak keluar hingus tu..nt nk kne buat lg,

    BalasPadam
  6. mmg kesian klu baby selsema kan . susah dia nak tidur . hope sekarang dah ok ...

    BalasPadam
  7. Masa ank2 kecik dulu, klu selsema.. kami bubuh kunyit kat luar idong dia.

    BalasPadam
  8. kesian jika anak2 batuk begitukan, moga Alif sudah sembuh sepenuhnya ya mar

    BalasPadam
  9. Good Info..Thx for sharing...Cuaca x menentu skrg ni..

    BalasPadam
  10. Kesian anak2 kecil ni bila tak sihat. Semoga Alif membesar sebagai anak yang sihat :D

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum....tq share info nih...sy kalo ank selsema xprnh titis ubat tapi sapu vicks jela

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum....tq share info nih...sy kalo ank selsema xprnh titis ubat tapi sapu vicks jela

    BalasPadam
  13. Hi ... Jalan-jalan dari segmen yang sama ... Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat SiNi ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.