Giveaway

1st Giveaway by Semanis Anggur

4:00 PTG


Assalamualaikum….

Atas permintaan rakan fa ni cik puan Semanis Anggur. Dengan lafas Bis'milahhirahmannirahim, fa melancarkan GA dari Semanis Anggur bermula hari ini. GA ni bertujuan mencari like dan follower yang ke 250..Harap korang sudi undi. Jommmm join GA !! #250


Hadiah :
Topup RM10 X 2 pemenang
Bloglist(May) Greenfarra X 5 blog
Bloglist(May) Semanis Anggur X 5 blog
BLOG REVIEW di Greenfarra X 2blog
BLOG REVIEW di Semanis Anggur X 2blog
*2 hadiah misteri kepada 2 pemenang misteri #250

Date : 24 Mac – 15 April 2016

KLIK BANNER UNTUK JOIN....

Makan-makan

Nasi Lemak Kukus Sotong King

9:00 PG

Assalamualaikum


Lain tekak, lain rasanya. Bagi saya dan en.suami, nasi lemak kukus sotong king yang gerainya dibuka di kawasan kedai Sierra Perdana tepi highway ni, ok je. Sedap.

Nasi lemak kukus dia peroi dan lembut. Rasa lemak pun cukup. Sotong king goreng dia pun sedap. Kalau ratah macam tu perghhh sedap sangat. Pendek kata, mak mertua lalu pun tak perasan. Aiceh..




Bab sambal pula, ada masanya sedap, ada masanya kureng. Setengah tekak mungkin akan cakap, ada lagi lain yang lebih sedap. Bagi kami, ok je. 

Nasi lemak kukus ni boleh makan untuk berdua. Biasanya kami beli sebungkus je, boleh makan untuk berdua.
Sotong kecil, RM7. Sotong besar, RM10.


Untuk santapan berdua.


Sebungkus sotong king saiz besar.


Selalu juga kami beli bila kemalasan memasak datang.


Lokasi : Gerai di hadapan deretan kedai Sierra Perdana, Masai, tepi highway EDL.





Alif Ziyad

JJ Cole Body Support

9:00 PG


Handsome boy ibu ala-ala artis korea ni sedang nyenyak tidur. Masuk dalam kereta, kena air cond, zzzZZZ. Kadang-kadang tu kelepak kelepuk tangan dia, teruja sungguh naik kereta.


 
Ada persamaan ke dengan orang ni?



Sebelum ni macam tak perasan akan kewujudan body support. Kalaulah tahu, sebelum bersalin ibu dah beli. Tidak perlu beli infant carseat. Alif cuma guna 5 bulan.


Sudah sampai


Nyenyak dia dengan adanya body support


Body support juga boleh digunakan sebagai pengalas stroller. Sesuai digunakan dari newborn hingga lehar bayi anda betul-betul kuat.








Info

Penangan Group FB

9:00 PG


Saya sangat aktif berfb sejak dalam pantang. Kalau tidak, tidak berapa aktif juga meskipun ketika itu kawan saya di fb beratus-ratus orang.

Keasyikan saya berfb terbawa-bawa hingga habis pantang. Tapi!!! Jangan salah anggap pula. Tidaklah saya berfb sentiasa. Tidak! Kalau tidak, tidak lah segala urusan rumah, anak, kerja di pejabat boleh beres.

Saya banyak join group dalam masa berpantang. Antara group yang saya suka,


Saya join masa tu ahli baru beberapa ratus. Lepas beberapa hari saja dah naik beribu-ribu. Sekarang ahli dah lebih 300K! Wow!! Macam-macam menu yang buat saya terliur. Dan of course la wujudnya menu viral.


Ini pun saya join ketika masa berpantang. Banyak ilmu yang saya kutip.
Tapi, sejak kebelakangan ni group ni seolah jadi tempat perbalahan, tempat meluahkan perasaan, tempat meminta simpati.
Masing-masing nak beri pendapat masing-masing. Kecam mengecam sampai saya naik bosan. Saya pernah unjoined sekejap, kemudian joined semula. Ermmm..



Group ni pun saya gemar. Macam-macam saya beli. Ada yang preloved, ada yang baru. Ni baru sikit ni.

Baju Aisyah

Baju Alif

JJ Cole body support



Group ni sangat penting bagi ibu hamil dan berpantang. Mahu mencari breastpump dengan harga murah. Malah preloved breastpump dengan condition tip top banyak di letgo di sini.


Dan group last saya join dan suka,


Banyak juga contest yang saya join. Dan pernah menang sekali.
Saya pernah buat contest dan contest sudah tamat pun. Pemenang juga sudah menerima hadiah mereka. Contest sekadar suka-suka kan.
Tapi, terus terang saya katakan saya tak gemar dan tak join contest yang perlu tagging seramai rakan yang boleh dan dapatkan like paling banyak.


Join contest suka-suka kat group fb. Tak sangka pula jadi pemenang saguhati.


Dapat 2 biji bola ada loceng.
Main golek-golek macam kucing.


Semua group ni saya masih follow. Bila bosan-bosan, saya bacalah apa newfeed di wall group-group tersebut.

Kerana group ni semua lah bilangan friend saya juga meningkat. Kebanyakkannya saya ignore je sebab memasing add friend sebad nak jual barang, nak ajak join contest, nak tag.

Sekarang, friend di fb saya lebih 1k. Semua gara-gara group fb ni lah. Tapi, nak dapat 10 likes pon kemain payah. Huhuhu..

*Krik...krik..*





Nota Kaki : Buang yang keruh, ambikl yang jernih. Yang baik kita jadikan pedoman, yang buruk kita tinggalkan jadikan pengajaran.





Giveaway

Abam Kie's First Giveaway

3:00 PTG



Sila klik banner di atas jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.

6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

Info

Susu Kambing Estrak Madu Lebah

9:00 PG


Susu kambing merupakan antara makanan sunnah. Saya seorang penggemar susu. Kalau tak minum susu tu macam ada satu kekurangan pula. Tidak kisah susu apa pun, saya minum je.

Sejak mengandung, saya amalkan minum susu kambing dan tidak jemu untuk mencuba apa jua jenama yang ada di pasaran.

Baru-baru ni ternampak di fb ada penjual menjual susu kambing yang murah. Uit,,memang takde lah pernah jumpa susu kambing murah macam ni.


Susu kambing apa tu?


Ini dia..



Minuman Pra Campuran Susu Kambing Asli Ektrak Madu Lebah
Susu kambing ini lazat, berkhasiat dan kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh setiap orang.

Kelebihan dan khasiat susu kambing antaranya adalah:
 Mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut dan asma.
 Mencegah penyakit kulit, migrain dan masalah pencernaan makanan.
 Menguatkan paru-paru dan sisten imunisasi badan.
 Mengawal kadar gula dalam darah.
 Meningkatkan daya ingatan ,kepekaan dan tumpuan.



Pada saya, rasa susu ni sedap. Lemak-lemak manis. Sesuai diminum seisi keluarga.

Saya beli di mana?
Confirm harga kasih sayang..


Dikeluarkan oleh:
INTAN BIOTECH INDUSTRIES SDN BHD
Diedar & Dipasarkan Oleh:
ITTIBA SUNNAH ENTERPRISE(001878212-K)





Our Life

Aiskrim Sumi

9:00 PG



Orang lain dah lama dah buat. Semuanya gara-gara resepi viral. Saya je baru terhegeh-hegeh nak buat. Simpan menu kemain lama tapi kalau dah malas, tak boleh nak kata apa.

Cuti umum hari tu merajinkan diri untuk buat aiskrim sumi ni. Sumi tak banyak. Itu pun beli yang sumi dadih. Sedap. Kak Aisyah asyik minta, penyudahnya ini saja yang tinggal.

Tidak mahu kecewa Kak Aisyah, gigihlah saya di dapur membuat pelbagai perisa aiskrim malaysia.


Comel-comel gambar dia kan.


Aiskrim Sumi

Bahan:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air biasa
2 bungkus sumi
Secubit garam

Cara-cara:
Didihkan susu cair, susu pekat bersama air.
Masukkan garam.
Dah mendidih, matikan api.
Tunggu sejuk



Tada!!!!


Suminya tak berapa nampak pula. Tapi, rasa memang sedap.




Kak Aisyah : Ibu, aiskrim dah beku?

Ibu : Belum.


5 minit kemudian.


Kak Aisyah : Ibu, aiskrim dah beku?

Ibu : Belum.


5 minit kemudian.


Kak Aisyah : Ibu, aiskrim dah beku?

Ibu : Belum.


Ibu : Kakak tidur dululah. Nanti kakak bangun, aiskrim dah beku.


Huhuhu..




Alif Ziyad

Manfaat Air Liur Bayi

9:00 PG



Mula-mula ada sedikit pelik bila melihat Alif sering mengeluarkan air liurnya. Menjejes-jejes. Kadang tu habis basah baju saya kalau mendukungnya.

Air liur dia menjejes mengalahkan air mata. Sampai basah-basah tilam. Tuala kecil memang saya sediakan, tukar setiap hari. Kain tuala rewang tu tau. Mujur memang kat kampung banyak kenduri kendara, nenek atuk diorang ni memang banyak stok tuala. Jadi, kain tuala tidak perlu beli. Save bajet di situ.

Kalau orang-orang tua cakap, masa mengandung tak dapat makan makanan yang diidam. Jika disebut tentang mengidam, emm,, memang banyak sangat yang tak dapat.

Sampai ke hari ini saya masih menunggu en.suami ajak makan telur belangkas kat tanjung langsat. Tapi, takde pun ajak. Huhu.. Tu salah satu kekempuanan juga tu.

Tapi, baru-baru ni terjumpa pula di fb mengenai air liur bayi yang meleleh ni. Barulah tahu ianya bagus.









Info

Ubat Cacing Sedap

4:05 PTG


Korang dah makan ubat cacing ke belum? Cuba ingat balik, kali terakhir korang makan ubat cacing bila.

Sebenarnya, beli untuk Kak Aisyah. Last dia makan ubat cacing, masa umur 2 tahun. Lama dah. Kena bagi lagilah sebab selera makan dia kian merudum meskipun saya beri vitamin Champs. Seakan imun, tidak berkesan dah.

Tak perlu risau kalau anak tak mahu makan ubat cacing. Sekarang dah ada perisa coklet yang confirm memang sedap. Sebab, Kak Aisyah minta lagi lepas makan 1 biji.



Sekotak, ada 2 biji. Perlu makan dua biji tersebut. Harga cuma Rm10.

Tahun depan beli lagi ok! Masa tu tak tahulah harga naik jadi berapa ringgit pula.





Alif Ziyad

Fungsi Food Feeder

9:00 PG



Apa itu food feeder?
Ia adalah alat untuk membantu bayi yang berumur 6 bulan ke atas mengunyah makanan.

Biasanya, saya letak buah pisang dan betik. Sebab, buah lain tak pernah beli lagi. Strawberi pula pada saya agak masam, jadi layankan yang sedap-sedap dulu.



Cara menggunakan:
1- Basuh dan sterilkan food feeder. Cara saya, basuh dengan air suam yang telah dibancuh "hand dish wash shaklee".

2- Potong buah kecil-kecil. Terpulang, nak stim kan buah dulu atau tidak. Kalau buah keras, saya stim sekejap. Kalau pisang, tak perlu.

3- Masukkan ke dalam feeder tersebut.

4- Tutup penutup dan boleh berikan kepada si kecil.

Contoh sahaja



Adik Alif sedang menikmati buah epal.


Food feeder amat sesuai untuk bayi yang belum tumbuh gigi untuk menikmati makanan. Pengawasan dari ibu bapa juga penting ketika dalam sesi penggunaan.



Mana saya beli?



Saya beli online dengan seorang trusted seller.
Berminat? Boleh pm dia









Alif Ziyad

Nestum Homemade

9:00 PG


6 bulan! Si manja sudah boleh makan? Ye, sudah boleh memperkenalkan makanan untuk dia. Sebagai seorang ibu pasti teruja untuk memberi si manja makanan yang berkhasiat. Dalam kepala sudah berkira-kira menu untuk dia. Keterujaan itu hingga menu makan harian untuk keluarga pun boleh lupa.


Jadual ini saya dapat dari FB, simpan dalam phone.


4 hari pertama saya ikut 4 days rules, bertujuan memperkenalkan makanan pada bayi. Kali pertama, dia tidak pandai lagi. Macam nak tercekik.

Saya ikut jadual tersebut, buat puri epal. Kemudian, tak ikut dah. Gasak buat puri apa yang ada. Almaklum lah, kalau bab buah-buahan ni, terlajak laris dalam rumah ni. Pantang ada buah, peti ais kejap buka kejap tutup.

Seminggu kemudian, saya sudah memperkenalkan bubur kisar halus kepada Alif. Masa yang ada agak terbatas, jadi saya buat seperti Aisyah dahulu. Masa Aisyah dulu pun, saya terus beri bubur blender.


1- Kisar beras halus mulus dengan pengisar kering. Kemudian, simpan.

2- Bila nak masak bubur, hanya ambil 2 sudu besar dan kemudian masak dengan secawan air.

3- Bila beras sudah dikisar halus, proses untuk masak bubur cuma sekejap je. Agak-agak kembang, dah boleh tutup apa.

4- Lenyek dan tapis menggunakan penapis besi.

5- Hasil tapis itulah yang saya beri pada Alif.



Rasa dia macam nestum. Tapi, nestum dalam tin tu manis. Untuk menambah perasa, saya bubuh bilis sangai yang dikisar halus.

Untuk mengelakkan dia bosan, saya bubuh susu formula. Rasa dia lemak-lemaklah. Bila rajin, saya buatlah puri sayuran pula. Itu pun saya campurkan dengan bubur hancur. Buat masa ni baru beri dia labu.

Bayi kan makan sikit sahaja. Maka, hasil puri atau bubur yang kita blend tu memang boleh buat stok seminggu.

Budak comel ni duk perati Kak Aisyah makan aiskrim. Alahai...








Produk Bumiputera

Susu Kambing Ar Rayyan

9:00 PG


Susu formula adalah pilihan terakhir bagi ibu yang kekurangan susu badan. Usah terlalu memandang negatif para ibu yang memberi susu formula kepada bayi mereka.

Pemberian susu formula juga bergantung kepada keserasian bayi tersebut. Ada yang alah pada susu lembu. Bagi saya, susu formula apa pun ok asalkan tidak mendatangkan mudarat pada anak.

Selepas Alif berusia 6 bulan, sudah diberi sedikit solid food, saya mula berkira-kira untuk memberikan susu kambing R Rayyan. Alif, tiada alahan atau masalah apa-apa, cuma saya mahu cuba susu ini.


-----------------------
Susu Kambing merupakan susu terbaik selepas susu ibu. Kandungan Kalsium dan Phosporos yang terkandung di dalam susu kambing hampir sama dengan susu ibu.
Jumlah protein, vitamin A, mineral dan zat besi dalam susu kambing ternyata melebihi dari susu lembu.

Susu Kambing mempunyai sifat alkali yang mampu membantu memaksimumkan penyerapan zat dalam badan dan menurunkan kadar asid dalam darah. Juga meningkatkan daya imunisasi badan dan menyah-toksid dalam darah.

Susu Kambing mempunyai saiz molekul yang kecil berbanding susu lembu bagi mempercepatkan penghadaman.  Mengandungi faktor bio-aktif seperti IGF-1 yang tinggi dan asid CLA (conjugated linoleac acid) sebagai agen anti kanser. Selain dari sudut kesihatan, penggunaan susu kambing yang konsisten mampu memulihkan tenaga batin.
-----------------------

Pada permulaan, seorang seller bermurah hati memberikan sample susu tersebut dan postage juga dia tanggung. Alhamdulillah, rezeki Alif. (Ada kisah disebaliknya).


Sample susu, 4 pek kecil untuk 4x bancuhan.


Kemudian, saya membeli 2 pek lagi. 1 pek mengandungi 550gram susu. Untuk Alif, tentulah saya beri susu Langkah 1. 

Memilih susu ini sebab ia mengandungi makanan sunnah. Susu ini berbau buah-buahan. Rasanya pula lemak-lemak manis dan ada bau wangi buah.


Langkah satu untuk bayi berusia 2-24 bulan.


 Susu Kambing Ar Rayyan 

Merupakan ramuan yang diiktiraf sebagai bahan terulung dalam ilmu perubatan Islam. Susu Kambing yang diperkaya dengan estrak Habbatus Sauda yang telah dipanggang dengan madu dan estrak Stevia sebagai pemanis 100% semulajadi dan tidak mudarat.

Ketiga-tiga campuran ini adalah gabungan terbaik untuk kesihatan, kecantikan dan kecerdasan minda kerana ianya bersifat alkali. Mengandungi protein, vitamin, potassium, mineral dan zat besi lebih tinggi dan lebih cepat cerna berbanding susu lembu.

SK Ar-Rayyan juga diperkaya dengan Bee Pollen Al-Dahabiyah dari Tanah Arab yang mampu menguatkan sistem imunisasi dalam badan untuk pesakit darah tinggi, lemah jantung, sakit sendi, diabetes, gout, asma dan batuk kering.

Juga bersesuaian untuk mereka yang kurang susu badan atau baru menjalani pembedahan kerana bahan-bahan yang terdapat dalam SK-Biomanis ini saling bekerjasama dalam memberi kesan holistic (holistic effect) dalam proses penyembuhan semulajadi. Ianya juga tinggi dengan Omega 3 dan 6 yang merupakan nutrisi yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan akal.


1 pek = 550gram.
1 pek berharga RM46
Harga dapat lebih murah apabila membeli dengan pek yang banyak
Saya beli 2 pek pun dah dapat diskaun tau.

Bagi yang berminat dengan SK R Rayyan, boleh hubungi pengedar sah mereka,
Pengedar Johor Bahru
Ida : 019-7004082 (Whataps)



Alif Ziyad

Terapi Hijau - Perubatan Islam

9:00 PG


Walau apa jua ujian yang datang, kita perlu sabar dan redha. Tiada sakit yang tiada ubat kecuali mati.

Sudah beberapa hari Alif menangis. Setiap kali dia menangis, Allahu Rabbi, payah sangat untuk dipujuk. Tepuk-tepuk, dodoi-dodoi, tak jalan. Bersilih ganti kami suami isteri mendokongnya. Menangis sampai 1 jam!

Rumah kami tidak berair-cond. Hanya ada kipas. Puaslah hidupkan enjin kereta bagi dia sejuk. Tapi, ada kalanya dia tetap menangis juga. Takkan lah sebab panas, menangis begitu sekali. Panas sangat ke???

Keadaan dia yang membimbangkan membawa kami ke pusat rawatan Islam, Terapi Hijau. 5-10 minit dari rumah.

Untuk mendapatkan rawatan di sini, perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Kami ke pusat rawatan tengahari, lunch hour. Daftar dahulu. Dan sebelah malam dalam 9.30 malam, selepas waktu Isyak, pusat rawatan di buka semula untuk merawat pesakit.

Kaedah rawatan mereka, Ustaz yang merawat akan scan pesakit terlebih dahulu. Kemudian, dia akan terangkan apakah itu perubatan islam. Agar kita tidak terkeliru. Agak sukar untuk saya terangkan di sini kerana ianya ilmu orang alim. tidak pandai saya sampaikan.

Apa yang saya ingin kongsikan, sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat, setiap rumah perlu ada 3 benda ini.

Madu, cuka, haruman kasturi.

Madu, tidak kisahlah madu apa pun. Amalkan dengan memakannya.

Cuka, cuka makan. Amat berguna andai terkena stroke.

Haruman kasturi bukanlah limau kasturi tu. Tapi, wangian haruman kasturi.
Mahkluk halus keturunan syaitan,iblis tidak gemar bauan ini.
Letak di setiap penjuru rumah agar rumah sentiasa berbau wangi.

---------------------

Dalam sesi penerangan dan tazkirah Ustaz, Alif menangis. Pada saya, puncanya dia mahu tidur tapi tak boleh nak tidur. Tiada yang pelik saya rasakan.
Bila dia menangis, pujuk tak jalan. Minum susu pun tak mahu.

Alif bukan jenis yang suka menangis. Tidak susah tidur. Biasanya menangis sebab mahu susu je. Dan pandai menolak susu apabila sudah kenyang.

Ustaz pesan, selawat dan usap ubun-ubunnya untuk memujuknya. Tak jalan. Ustaz ambil dan sambil mengalunkan doa. Diam. Tapi, bila saya ambil, tidak sampai 10 minit, dia menangis semula. Serba tidak kena. Rasa nak pengsan memujuknya.

Ustaz ambil Alif dan terus membuat rawatan di bilik sebelah. Aisyah pula, mana boleh lihat adiknya diambil orang. Cepat dia mengekor ustaz. T___T

---------------------

Dalam sesi rawatan, Ustaz hanya menggunakan semangkuk air bancuhan cuka dan air suam. Kemudian, sehelai kain tuala digunakan untuk menyapu badan Alif. Seluruh badan dilap. Memang Alif menangis. Akhirnya, Alif keluarkan lendir kahak pekat. Bila melihat kahak pekat berjaya keluar, kami berasa lega. Alhamduillah..

Punca utama Alif menangis hingga kepalanya panas adalah kahak yang tidak mahu keluar. Untuk pengetahuan semua, Alif sudah beberapa kali kami bawa ke klinik dan menjalani rawatan mist/ steam.<--KLIK UNTUK BACA

Doktor kata, kahaknya akan hilang sendiri sebab bayi tidak pandai membuang kahak. Jika kahak mereka telan, akan kelar melalui najis mereka.

Alhamdulillah, tidak salah kami mencuba rawatan di sini. Mudah sahaja lendir kahaknya keluar.

---------------------

Pada awalnya, Ustaz syak rumah kami disihir. Sebab ada bunyi guli dileret awal pagi. Tapi, saya terangkan bunyi guli tu dah lama. Ketika Aisyah umur tak sampai setahun. Tapi, dah lama hilang bunyi tu.

Ustaz ada beritahu en.suami yang dia "buka ikatan" di rumah kami. Tidaklah dia beritahu ada atau tidak "sesuatu" di rumah kami.

Perkara pelik hanya berlaku di awal kami pindah dahulu sahaja. Sekarang, tidak ada apa yang pelik berlaku.

Perkara pelik yang saya alami seperti bunyi guli<--KLIK UNTUK BACA.

 Setiap hari saya dengar dalam jam 12 tengahmalam dan ke atas sebab ketika itu Aisyah masih kecil dan dia akan bangun untuk minum susu.

Seolah ada orang lalu, terdengar seolah nama dipanggil tapi tidak pun. Yang paling kerap, jika di bilik air, terdengar seolah anak menangis. Kelam kabut keluar, tapi anak sedang tidur.

Pernah juga saya marah en.suami sebab asyik memanggil nama saya, sedangkan saya telah menyahut. Kemudian, saya pula dimarahi sebab dia tidak ada panggil pun. Kihkih..

Saja nak buat kami bergaduh ye. Istighfar banyak-banyak.

---------------------

Kami dibekalkan dengan air campuran cuka untuk mandian Alif. Air tersebut boleh juga digunakan untuk Aisyah jika dia demam. Selain itu, air zafaran untuk diminum seiisi keluarga. Dan sebotol haruman kasturi putih.

Air zafaran & air bancuhan cuka.


Haruman kasturi putih. Haruman kasturi asli dah habis masa ni.


Kami diajar beberapa potong ayat jika anak menangis. "Bismillahi Masya Allah".
Dan beberapa ajaran lagi.

Sebelum tidur, paling mudah, bacalah Bismillah sebanyak 21 kali. Rasulullah saw amat risau umatnya di akhir zaman ramai yang mati mengejut. Amalkan membaca al-fatihah, surah 3 Qul dan bismillah sebanyak 21 kali. Kemudian, terus tidur.


Ustaz juga berpesan pada suami, jika berlaku apa-apa gangguan, boleh telefon beliau. Telefonnya setiasa on.

Alhamdulillah, kami pulang dengan penuh kelegaan. Alif juga boleh tidur dengan lena.

Selepas berubat, tiada perkara pelik berlaku. Cuma, Alif ada menangis sekali tu. Dan kami mencuba air bancuhan cuka yang ustaz beri. Lap satu badan. Tidak lama kemudian, di tidur.

Hingga kini, tiada perkara pelik berlaku pada kami. Tiada gangguan apa-apa. In sha Allah semuanya baik-baik sahaja.



~Wallahuaklam~

















Review Blog

Cari Rumah Sewa Dengan Hidup.my

11:30 PG



Hidup.my baru dilancarkan pada Oktober tahun lepas. Ditubuhkan bagi membantu pengguna diluar sana untuk mencari bilik atau rumah untuk disewa terutama di sekitar Lembah Klang dan juga negeri-negeri lain.


Nak cari rumah sewa?
Nak cari bilik sewa?
Budget limit?

Usah gusar..

 Dengan Hidup.my masalah selesai. 





Bagaimana Hidup.my dapat membantu?


Cari Bilik Sewa

1-  Boleh klik di pautan "Cari Bilik Sewa" untuk mencari bilik sewa mengikut kawasan dan bajet anda.



2- Pilih lokasi dan rate harga mengikut kemampuan.





Cari Housemate

1- Boleh klik di pautan "Cari Housemate" untuk mencari rakan sebilik/ serumah samada lelaki atau perempuan.



2- Pilih keperluan anda berserta lokasi. Segala maklumat pengiklan ada di dalamnya. Termasuk nombor telefon untuk dihubungi.





Mobile Friendly

Apa yang menarik, Hidup.my merupakan website yang mobile-friendly. Boleh diakses melalui smartphone. Tidak perlu susah-susah download aplikasi.



Ada lagi yang lebih menarik!

Hidup.my menyediakan pengiklanan percuma!


Bagaimana cara untuk mengiklankan iklan anda?


Mudah sahaja, ikut step di bawah.


1- Klik di pautan "Iklan Secara Percuma"



2- Kemudian, daftar dahulu bagi pengguna baru.


3- Selesai pendaftaran, anda akan dapat email pengesahan. Kemudian, anda boleh login ke akaun anda.


4- Boleh upload gambar anda dan mulakan pengiklanan anda.



Bagi saya, laman web ini menjadi keperluan ramai untuk mencari bilik/ rumah sewa. Bukan mudah untuk mencari bilik/ rumah sewa. Dengan adanya Hidup.my, hidup lebih mudah dan semua maklumat yang kita inginkan lengkap hanya dalam 1 laman web!



Untuk lebih lanjut, boleh hubungi pemilik di

syahmiruhaizat@gmail.com

+6011-15359165 (Syahmi Ruhaizat)



Untuk review artikel/blog boleh hubungi



mar84nadzri83@gmail.com