Emak

Hari Ulang Tahun Emak Ke-63

5:00 PTG

Assalamualaikum
Hari Ulang Tahun Emak Ke-63 | 18.05.2017 - Tarikh hari ulang tahun mak yang ke-63. Setiap tahun tidak pernah lupa akan tarikh ini tapi untuk tahun 2017 ini saya telah lupa!
Oleh kerana saya telah order mug untuk hari ibu terlebih dahulu, maka saya tidak dapat berikan emak hadiah lagi. Dan punca utamanya pun sebab saya lupa. Maaf ye mak..
Emak menerima hadiah dari cucu yang tinggal bersamanya di kampung. Seronok mak. Emak kalau suka mesti dia menangis terharu.


Ini pula surprise dari kakak saya. Emak menerima jambangan coklet berserta belon. 


Emak, jasa emak terlalu banyak. Emaklah segala-galanya buat saya.
Semoga emak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik agar saya terus dapat bermanja dengan emak.


Perkongsian

Programmer Pertama

12:00 PTG

Assalamualaikum

Programmer Pertama | Ada terbaca hari tu di IG mengenai programmer pertama adalah seorang perempuan. Hebatlah dia sebab bukan mudah untuk memahami programming. Betul tak?


Sharing dari Ig lawak_kampung. Yang kelakar, komen tu memang win.

"That's why computer languange is difficult to undersatand"



Happy Mother's Day

Hadiah Hari Ibu

5:00 PTG

Assalamualaikum
Hadiah Hari Ibu | 14.05.17 - Sempena hari ibu pada tahun ini, saya menghadiahkan emak sebiji motto mug. Mungkin ada blogger yang tahu di mana motto mug ini dihasilkan. Boleh baca entri saya di SINI untuk pilihan lain.
Jenuh juga memilih gambar emak dan abah yang saya kira paling sweet. Akhirnya, inilah template dan photo yang saya pilih.


Ini pula kad dari Aisyah. Buat di sekolah, nampak sangat tulisan cikgu kan? Takpelah, janji ada. Aktiviti begini memang bagus untuk mengasah bakal kanak-kanak dalam bidang seni dan meningkatkan kretiviti.



Giveaway

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham

11:00 PG

Assalamualaikum

 vv
Klik banner untuk join
Syarat Wajib Giveaway
  1. Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"
  2. Follow blog : Aishah Badrulhisham 
  3. Follow Instagram : @aishah.bdrlhshm & @qayra_signature_hq 
  4. Like Facebook page : Qayra Signature HQ
  5. Add friends Facebook : Aishah Badrulhisham
Lepas dah follow semua syarat wajib tu jangan lupa tinggalkan link blog korang di ruang komen. Nanti aku akan update senarai blog dari semasa ke semasa. Selamat memeriahkan giveaway ni ya.

Aktiviti

Potluck JDT Blogger - Juadah Bersama

8:00 PG

Assalamualaikum
Potluck JDT Blogger - Juadah Bersama | Masing-masing memberikan komitmen yang terbaik. Dalam kesepakatan, menu-menu adalah pilihan masing-masing dan telah diberitahu awal bagi mengelakkan menu yang sama. Lagipun, untuk suka-suka kan. Seorang satu juadah sudah memadai.

Sementara menanti yang lain hadir, kami berbual-bual sesedap rasa. Agak-agak haus, minumlah air sirap air tangan Kak Eda Kisah Si Diary.


Sambil berbual, sambil tangan berjalan. Ada yang tolong ikat plastik sampah dan ada yang menyusun hidangan. Banyak juga juadah bila disusun macam ni.




Sayur kobis goreng dan ayam goreng disediakan oleh Kak Eda dan Mak Lin. Bahan Lin sediakan, manakala Kak Eda selaku tukang masak.

Nasi putih dan setong air sirap sejuk juga disedikan oleh Kak Eda yang merupakan orang kuat JDT Blogger.


Karipap inti kentang & telur ni semestinya dari saya. Buat tambahan, saya bawa air kotak yeo's perisa anggur dan beberapa botol air mineral. Senang nak teguk kalau botol kecil ni.


Sandwich dua perisa. Satu bekas sandwich telur mayonis. Satu bekas lagi sandwich sardin. Sandwich dua beradik ni air tangan Juju. Saya suka sandwich telur dia. Sedap. Sekali ngap 2 ketol.


Ketam masak sambal air tangan Uyul. Jauh ketam ni berjalan, Batu Pahat mari. Mestilah sedap. Pedas-pedas manis rasa ketam gitu.


Ketam masak lemak pula dari Kak Hernee. Menu yang dinanti ramai. Sedap hirup kuahnya.


Asam Pedas Ikan Mayong yang memang sedap menjilat jari ni mestilah dari Mama. Memang dah lama teringin rasa asam pedas Mama sebab Mama selalu share gambar asam pedas dia. Lagi satu, suka sangat-sangat Mama dan hubby dia bersama-sama sentiasa.

Pavlova mini dari anak Mama. Sedap! Buah pun banyak.


Sambal Tempoyak Ikan Bilis dari Kak Seri. Saya tak dapat rasa sebab dah kelam kabut nak rasa mana satu dengan 2 anak. Hahaha.. Yang merasa, semua cakap sedap. Kena cuba juga ni.


Buah tembikai dan koktel dari Kak Mia. Dah kenyang makan berat, kita hirup koktel pula. Memang sedap minum sejuk-sejuk. Lega je rasa tekak kan..

Buah tembikai merah tu manis tau. Serius sedap. Rajin pula tu Kak Mia potong macam ni, senang nak makan.


Kek buah kukus dari Fai. Fai memang sentiasa ambil order untuk kek buah kukus. Sempena raya yang bakal menjelang, boleh la contact-contact Fai untuk order ye. Saya dah order 2 kali. Sedap. Kek buah Fai ni moist dan penuh buahnya.


Keropok dari Nona. Ini dulu yang kami anak beranak serbu dulu. Tujuan aku, nak mengelakkan budak-budak merengek. Lagipula, anak-anak memang suka makan keropok ikan macam ni. 


Nona Manis yang cantik rupanya dibawa oleh Mak Suzlin. Sedap dan manis sesedap rasa. Memang sedap, tak tipu.


Meriah kan makanan ni semua? Memang juling mata nak makan yang mana sambil melayan anak masing-masing.




Segmen Bloglist

Segmen : Pencarian Bloglist Jun 2017 Blog kasihjuju.com

5:00 PTG

Assalamualaikum
 b
Klik banner untuk sertai

Syarat-syarat penyertaan.
1. Buat entri bertajuk "Segmen : Pencarian Bloglist Jun 2017 Blog kasihjuju.com"
2. Letakkan gambar banner segmen dekat atas ni dan backlink kan ke page ini semula.
3. Follow blog kasihjuju.com.
4. Like page Kasih Juju di Facebook -->
5. Follow instagram saya --> helmijulia
6. Dah siap publish jangan lupa tinggalkan link blog korang dekat ruangan komen dibawah ni ya.

Segmen ini berlangsung dari 25 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017.


JDT Blogger

Bersama JDT Blogger di Swiss Inn Hotel

8:00 PG

Assalamualaikum

Bersama JDT Blogger di Swiss Inn Hotel | Bukan selalu dapat bertentang mata meskipun hari-hari berbual di group whataps.

Sejak wujudnya Komuniti JDT Blogger, terasa keseronokannya dan semangat berblog berganda-ganda sebab kami berkongsi minat yang sama.

Jemputan pun semakin kelihatan buat blogger di Johor. Bila diberi kesempatan untuk join event, memang sebolehnya taknak lepaskan peluang. Sebolehnya cuba hadirkan diri sebab rasa rugi kalau tak join.

Saja saya kongsikan gambar sekitar food review minggu lalu. Entri di SINI. Ini sesi mak jemah bergambar, jemput ke blog mereka ye. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Makanya, berkenal-kenalan lah kita!

Ini hanya beberapa blogger dari komuniti JDT Blogger. Moga ramai lagi blogger Johor akan turut serta komuniti kami.
Blogger Hernee Nazir

Blogger Mak Suzlin

Blogger Mama Maszull


Blogger Mialiana

Masing-masing ralit dengan handphone kan.

Kenangan bersama

Goodies bag dari Swiss Inn Hotel


Anak-anak

Sejauh Mana Kool Fever Membantu Meredakan Demam Anak?

8:00 PG

Assalamualaikum
Sejauh Mana Kool Fever Membantu Meredakan Demam Anak? | Bila bergelar ibubapa, secara tidak langsung banyak perkara akan kita belajar, samada dari pengalaman dan juga nasihat doktor dan pakar kanak-kanak.
Kool Fever adalah antara benda penting yang mesti ada di rumah. Secara amnya, ia bertujuan untuk stanby. Seperti yang kita tahu, kool fever membantu meredakan panas bayi/ kanak-kanak/ orang dewasa ketika demam. Ia merupakan jeli yang bertindak menyerap haba panas dari badan.
Baca dahulu;
Anak pertama dulu jarang gunakan meskipun dia kerap demam.
Sebab?
Dia rela dijelum/ dilap badannya dengan air tanpa menangis.
Anak kedua perlu ada stok meskipun jarang demam.
Sebab?
Tiap kali dijelum/ dilap badannya dia menangis tak mahu.
Penyelesaian saya jika anak ke dua saya demam;
Saya tetap lap badannya bermula dari kaki bawa ke kepala.
Meskipun dia merengek tak mahu dilap, siap mengamuk buang kain lap tersebut, saya tetap lap perlahan-lahan.
Kemudian, baru tampalkan kool fever di tempat yang panas secara berkala.
Cth, dibelakang badan, kemudian di dahi pula. Tidak hanya 1 tempat untuk mengelakkan sawan (seperti yang pernah digempar gempurkan di FB sebelum ini)

Islam Itu Indah

Niat Berpuasa Sebulan

8:00 PG

Assalamualaikum

Niat Berpuasa Sebulan | Islam itu mudah. Bila tiba bulan puasa, kita boleh niatkan berpuasa harian atau sebulan terus. Mana-mana yang mudah bagi kita semua.


Hari pertama bersahur dan berpuasa. Moga amalan pada ramdan ini lebih baik dari yang lepas.

Puasa

Salam Ramadan 1438H

2:00 PTG

Assalamualaikum

Salam Ramadan 1438H | Salam ramadan buat semua rakan muslim. Moga kita sama-sama tingkatkan amalan di ramadan kali ini.

Cara Sambut Ramadan

Dari ustazah Norhafizah di IKIM.

● Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini

● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai atau sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem" dan orang yang mendengar menjawab  "Allahu Akram"
Maksudnya "Ramadhan Mulia" dan jawapannya "Allah lebih Mulia"

● Sambutlah Ramadhan ini dgn wajah yg berseri-seri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dalam hati.
Contohnya, "Ya Allah aku berpuasa ya Allah. Terimalah puasaku ini, aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini.

● Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu. Hiasilah diri dgn AMALAN dan TAQWA

Ramadhan Kareem utk sahabat semua

Maaf Zahir Batin



Johorean Business

Kek Lapis Sarawak As Pilihan Di Hari Raya

8:00 PG

Assalamualaikum

Kek Lapis Sarawak As Pilihan Di Hari Raya | Bila tiba hari raya, pasti anda tercari-cari juadah raya yang sedap dan tahan lama. Selain biskut raya, kek lapis juga menjadi trend terkini sebagai hidangan buat tetamu yang datang bertandang berhari raya.


Mana nak dapat kek lapis yang memamg gerenti sedap dan fresh? Usah gusar. Kek lapis Sarawak As adalah pilihan terbaik anda.

Ada pelbagai pilihan kek lapis mengikut citarasa anda. Semuanya sedap-sedap belaka. Bila masuk mulut tu, ohh rasa heavennya. Dengan rasa manis sesedap rasa, lembut bila digigit dan haruslah moist!
Order je Kek Lapis Sarawak As ni, hanya perlu potong dan hidang.

Warga Johor Bahru, meh nak bagitau ni.

Kek Lapis As ni memang sedap. Serius memang tak cukuplah kalau beli satu je. Paling koman beli 10 terus. Nak raya katanya kan? Yang nak buat open house, digalakkan beli sebab Kek Lapis As ada promosi sempena nak raya ni.

 Antara perisa Kek Lapis As;












Open oder bermula hari ini hingga hampir Hari Raya  nanti🎊🎊
Kek Lapis Sarawak As ni 100% pure Anchor butter. Dijamin halal.
Bersaiz 2" x 7"
Harga RM23-RM28

Agent amat dialu-alukan. 
Berita baik buat semua, pembelian 20 biji akan dapat percuma sebiji
Hanya untuk order sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. 
Selagi stok masih ada.

Cepat! Rugi tau kalau lambat-lambat.

Buat masa ni tiada pengeposan keluar kawasan. Hanya sekitar Johor Bahru, boleh self pick-up atau COD.
Berminat?

Whataps - 017- 7383976 (As)

Giveaway

GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN: SAYA NAK SHOPPING CREDIT RM1000!!

12:58 PTG

Assalamualaikum

giveaway, Featured, shoppingcredit, blogger, voucher,
Klik banner untuk sertai


Apa barang yang saya nak sangattt kat SGShop?

Nak Handbag baru untuk raya.

Harganya RM89.59.

Pilihan kali ini warna hitam, memang cari handbag warna hitam kali ni. Dan yang paling penting, handbag bersaiz besar, tak mahu kecil-kecil sangat. Tak muat nak sumbat barang nanti.

Harap adalah rezeki di sini.