Iftar 2018 : Berbuka Puasa Hidangan Western di Passion Cafe & Bakery JB

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Iftar 2018 : Berbuka Puasa Hidangan Western di Passion Cafe & Bakery JB | Diam tak diam sudah lebih 10 hari kita berpuasa. Nak tahu jugalah, biasanya juadah untuk berbuka korang masak atau beli di bazar? Macam saya, banyak memasak untuk kepuasan diri. Ke bazar agak jarang melainkan tekak dah teringin.

Bila berpuasa ni, faham-faham sajalah, nafsu lain macam bila melihat makanan. Membuak luar biasa sampai air paip pun nampak sedap.

Begitu jugalah bila tekak tiba-tiba twist dari suka belacan teringin pula pekena mushroom soup. Teringin makan makanan barat katanya l.. Hah? Mana nak cari?

Jangan risau, Passion Cafe & Bakery kan ada. Cafe ini terletak di Taman Pelangi dan terletak di tepi jalan je. Mudah untuk dicari.


Tiba sahaja di Passion Cafe & Bakery, terpegun seketika dengan dekorasinya. Bermula dengan kawasan parkir yang boleh memuatkan beberapa biji kereta dalam satu-satu masa. Belum melangkah masuk dah terasa aura kenyamanan luar biasa.


Dibuka;
Selasa - Jumaat, 12pm - 11 pm.
Sabtu & Ahad, 10.30am - 11 pm.
Isnin, tutup.


Ruang makan di bahagian luar cafe. Dekorasi ala english yang cukup menenangkan para pengunjung. Suasana agak santai.


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Passionfood Cafe & Bakery menawarkan pakej berbuka puasa. Only RM50/person and you will get 4 different dishes in 1 set!


Pelanggan boleh memilih setiap satu bagi setiap hidangan. Jom kita jengah hidangan sedap-sedap yang disajikan di sini.

Starters

Truffle Mushroom Soup with bread. Also 2 variety of drink.

2 pilihan minuman yang disajikan adalah Ice Passionfruit Lemon Tea dan Salty Wildberries Lemonade.

Soft Shell Crab Salad

Tomato Basil Soup with Cheesy Toast.

Mains

Kita ke menu utama pula.

Say Cheese Chicken Burger

Sweedish Meatballs

Salmon Rice Bowl

Seafood Aglio Olio

Sweet Endings


Selain set hidangan ramadan, pelanggan boleh menambah kek atau manisan lain. Di Cafe & Bakery ini turut menjual pelbagai pilihan kek, kek cawan dan macaron.

Custom cake.

Kek potong

Macaron


Untuk naklumat lanjut boleh ke;

FB : 

IG :

Passionfood Cafe & Bakery
71, Jalan Serampang
Taman Pelangi
80400 Johor Bahru

Untuk tempahan/ reservation for brunch, lunch or dinner +6017-338 0098


  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Sangat suka ini tempat. Nampak gaya lepas puasa ni menjadi tempat lepak Sis le hehehe

    BalasPadam
  2. Cantik tempatnya Mar..

    Selamat berpuasa..

    BalasPadam
  3. wah bestnya... kalau dekat mesti dh pgi restoran ni..

    Aerill Hassan

    BalasPadam
    Balasan
    1. best cafe ni.kalau turun ke JB boleh singgah.

      Padam
  4. teringin nak makan kat situlah...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.