Segak Bergaya Bersama Kacax

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum
Segak Bergaya Bersama Kacax | Bila masuk bulan puasa, selain berusaha menjalani ibadah puasa, sibuklah juga kita membuat persiapan raya. Beribadah di bulan puasa bukan halangan bagi umat Islam membuat persiapan raya. Baju raya menjadi keutamaan kerana baju rayalah akan dipakai di pagi raya, hari kemenangan semua umat Islam.

Tambah pula zaman sekarang, setiap keluarga punya tema tersendiri di pagi raya. Sedondon di hari raya katanya. Kalau boleh, setiap tahun warna tema adalah berbeza. Barulah meriah hari raya kita.

Begitu juga dengan kami sekeluarga. Saat inilah kami membuat persiapan mencari baju raya. Seperti biasa, tema mestilah ditentukan oleh saya. Tema kami sekeluarga tahun ini warna pink belacan dan maron. En. Suami sudah ada baju melayu warna maron, maka target dia mencari baju untuk hari ke-2 atau hari berikutnya. Awal-awal sudah cakap nak cari kurta warna biru. Saya iyekan jela sebab kebetulan saya pun ada baju kurung warna biru. Kiranya, dapat matching lah nanti.

Pusing punya pusing, akhirnya kami ke Butik Kacax. Bagi para jejaka dan suami tercinta masing-masing yang masih tercari-cari baju raya yang sesuai, saya cadangkan segeralah ke Butik Kacax. Nama butik je dah dapat bayangkan kekacakan segak bergaya di pagi raya kan?



Kacax “Ultimate difference”, lambang jejaka unik..kemuncak perbezaan, kepuasan jadi nyata! Inilah destinasi butik lelaki yang dipenuhi baju lelaki rekaan terkini.

Suasana butik agak menenangkan. Susun atur juga kemas bagi memudahkan para pelanggan mencari pakaian. Ruang tengah dijadikan kawasan rehat dengan meletakkan kerusi pallet stylo bagi pelanggan yang sedang menunggu pasangan mencuba pakaian.



Ini antara rekaan kurta moden yang ada. Terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik dan oleh kerana pilihan warna yang pelbagai, mudah bagi pelanggan memadankan warna tema raya keluarga.


Masuk sahaja butik Kacax, kami disapa oleh owner yang peramah. Mula-mula jeling-jeling je dulu. Bila tengok dekat-dekat tertambat pula hati dengan rekaannya. Belek-belek depan belakang, rasa material, sejuk je.


Bermula membelek di ruang tengah sebab ini yang nampak dahulu bila melangkah masuk ke butik. Selain kurta dewasa, terdapat juga kurta kanak-kanak, memang sesuai la untuk baju sedondon di pagi raya. Antaranya rekaan Kacak Primo.


Ke sudut sebelah kiri, deretan kurta moden lain bergantungan membuatkan pelanggan bertambah rambang mata. Rekaan Kacax Rovigo bagi jejaka yang suka mengenakan kurta fit.

Awal-awal dia  nak fitting kurta warna biru sebab warnanya yang menyerlah dan nampak begaya. Tapi, saya pilih warna ungu.




Kemudian, ke sudut sebelah kanan pula. Berkenan pula dia dengan Kurta Gio kerana rekaannya tampak ekslusif.



Rekaan Kacak Mataro, rekaan yang boleh dipakai ke mana saja tidak hanya di pagi raya. Smart kan? Masa ni en.suami dah mula rambang mata nak pilih yang mana.


Di sebelah hadapan kanan pula, dapat dilihat pelbagai warna Kurta Vero. Ini antara rekaan yang saya berkenan tau.

Masa ni en.suami mencuba kurta vero warna pink sebab warna ini bersaiz S, sesuai dengan badannya. Bila dah cuba, rasa tak nak tanggal pula sebab material di butik Kacax ni merupakan baju lelaki material berkualiti. Sedap dipakai. Jika di pakai dari pagi bawa ke petang pun takpe sebab jenis kain lembut dan serap peluh. Memang sesuai dipakai untuk raya sakan.




Dan akhirnya, inilah pilihan dia. Kurta Vero warna biru. Serius, materialnya memang superb. Berbaloi dengan harganya.




Berakhir sudah pencarian kurta untuk en.suami. Lain kali In Sha Allah adaa rezeki akan repeat.


Sebelum balik, bergambar dahulu bersama owner di hadapan butik.



Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, ada promo buat korang. Kepada semua pembaca Blog Janji Kita, gunakan kod BG05KACAX dan dapatkan diskaun 20%. Apa tunggu lagi tu? Jangan lepaskan peluang.

Promo sah sehingga 10 Jun 2018 jam 11.59 pm.

Bagaimana cara nak guna kod? Untuk pelanggan walk-in, korang boleh screenshoot kod dari blog janji kita  atau IG atau FB saya dan tunjukkan pada cashier semasa membuat pembayaran.

Untuk pembelian online pula, gunakan link ini untuk dapatkan diskaun 20%.




Untuk maklumat lanjut, boleh ke FB dan IG Butik Kacax;

Pages fb:

Ig:

Alamat:
Butik KACAK
L3.41, Level 3
Angsana JB Mall,
Johor Bahru

  • Share:

You Might Also Like

20 comments

  1. CANTIKNYA KALAU DEKAT DAH TERJAH

    BalasPadam
  2. seronok tengok try kurta banyak2 dengan gembiranya..alhamdulillah, selesai sudah kan misi baju raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena cuba baru tahu mana selesa di badan. selesai misi.

      Padam
  3. Nampak menarik, boleh share info ni dengan en. suami ni.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. menarik kan.boleh beli online & gunakan kod tu.

      Padam
  4. Salam Jumaat & selamat berpuasa Mama ucapkan pada sis Mar. Memang kacax kacax baju kedai tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam sabtu & selamat berpuasa juga.ye kacax-kacax.rambang mata memilih.

      Padam
  5. Nampak segak baju melayu tu semua .. 😊

    BalasPadam
  6. Kacak bergaya bersama Kacax kan...bertambah Kacak le cik abang..hehehe

    BalasPadam
  7. Kalau dah masuk ke Butik Kacax ni dah tak pandang lagi butik lain. Rekaannya tampak ekslusif dan elegan. Material kainnya sangat berkualiti. Keselesaan memakainya membuatkan kita jatuh cinta pandang pertama. Apa pun Kacax Gio menjadi pilihan hati saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua rekaan memang cantik & ada keunikan tersendiri.

      Padam
  8. 1st time jumpa butik namamya yang unik KACAX
    Koleksi dalam butik pun boleh tahan kesemuanya , cantik-cantik belaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama yang unik.rekaan pon unik-unik dan cantik belaka.

      Padam
  9. nampak menarik, first time tahu pasal brand ni :D

    BalasPadam
  10. dah nama kedai kacax , jual hanya baju lelaki lah ya.. hii.. orang lelaki pun kena bergaya juga.

    BalasPadam
  11. memang sesuai la dgn nama kedainya. baju2 semua kacax. \0/

    BalasPadam
  12. Wahh boleh suggest kat tunang ni..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.