Bangun pagi seperti biasa. Tetapi entah apa silapnya, semua perkara tidak menjadi. Bangun awal, tapi sampai tempat kerja lambat dari biasa. Kebetulan hujan lebat mencurah-curah di pagi hari. Sempat pula sapu roti putih dengan lady's choice perisa coklat dan mentega. Aisyah tiba-tiba mahu. Bagi sekeping. Dia makan dan senyum-senyum. Sedap katanya.

Undur kereta dari parking rumah, tarik handbrake, mahu keluar dari kereta untuk memangga pagar rumah. Opsss...hujan lebat sangat-sangat tiba-tiba. Berkejar tutup pagar cepat-cepat dengan dilindungi jaket kerja yang bercop "Family of Quality". Masuk semula ke dalam perut kereta. Cik Aisyah diam je, senyum-senyum. Tak kelakar wahai anak. Dia suka tengok air hujan. Tapi dia faham kalau hujan, kena tutup kepala. Sebab tu tuala yang ibu letak di kepalanya tidak ditarik langsung. Duduk diam-diam di kerusinya sambil kunyah roti bermentega coklat.

*     *     *     *      *

Hujan masih lebat tatkala ibu memandu meninggalkan rumah pengasuh. Meredah hujan yang lebat sesuatu yang mencabar lebih-lebih lagi di highway pasir gudang. Bukan apa. Jalan tar banyak lubang! Memang terlalu banyak-banyak. Silap sikit tayar masuklah luabng. Tar pulak main tampal-tampal sahaja. Faham-fahamlah situasi sebegini.

Susur keluar dari Highaway PG, terrrrpulak langgar lopak air yang banyak. Tidak perasan langsung. Ketika itu dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Dan mulalah rasa menyesal kerana melalui highway. Lebih elok melalui jalan dalam. Lebih selamat. 

Ada kereta yang bergerak terlalu perlahan. 60km/jam. Semua orang berhati-hati tetapi ini sudah menyusahkan pengguna lain. Jalan 2 lorong sahaja. Semua ada akal fikiran kan.

*     *     *     *     *

Dan mood bekerja hari ini sangat-sangatlah luntur. Kerja tetap banyak seperti selalu. Pengambilan staff beramai-ramai ke dalam syarikat aka kilang ini tidak membantu kami di sini, harap maklum.





Nota Kaki : After lunch time, hantar dokumen lagi...bila la nak selesai dengan mereka nih..haihh..