Sedari malam tadi dah rasa tidak sedap badan. Tekak terasa membahang meskipun sudah minum air masak. Itu petanda ibu harus cari air mineral untuk diminum. Air mineral yang ada tulis 'sumber dari atas gunung' atau bawah tanah. In sha Allah, bila mengamalkan minum air mineral sebegitu, tekak cepat sembuh dan penerimaan air dalam badan lebih terjamin. Lebih-lebih lagi komposisi air paip yang kita gunakan hari-hari ini terdapat pelbagai anasir yang kita sendiri tidak sedar. Nampak bersih, tetapi bersih kerana apa? Ha..kena tahu tu..

Malam tadi tidur tidak lena kerana badan mula panas dalam. Selimut menjadi perkara wajib tiba-tiba kerana badan terasa sejuk. Entah berapa kali berulang alik ke tandas kerana membuang air kecil. Al maklum, minum air masak banyak.

Di tambah pula 'bendera merah'.. terasa seluruh badan sakit-sakit. Ketika ini, baru tahu langit tinggi ke rendah. Baru terkena sakit sedikit sudah tidak tertanggung. Ada kisah disebalik 'bendera merah'...tidak perlu diceritakan..

Tangan rasa kebas tiba-tiba. Baru menaip beberapa perenggan.. Aduhhh..


Kredit to Google





Nota Kaki : Adoi..kepala makin cenoneng..