Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenangan AidilAdha 1437H

Assalamualaikum


Hari Raya jatuh pada hari isnin. Cuti bersambung, maksudnya Sabtu, Ahad dan Isnin. Kalau cuti macam ni, memang kami akan pulang ke kampung. Bila lagi kan.. Kalau Raya Haji jatuh pada pertengahan minggu, macam hari selasa ke rabu ke, memang tak ke mana lah. Masak je kat rumah, kemudian, ke rumah mertua dia Majidi. Ala, 20 minit je.

10.09.2016 - Seawal 5 pagi dah bangun untuk masak satar. Ada tempahan dari kawan-kawan kampung. Masak untuk sekilo ikan je. Sambil reneh di dapur, sambil tu mengemas, memasak sarapan dan mengemas lagi.

Lepas subuh, ngadap tv, sambil menunggu satar kering sedikit, bersarapanlah nasi lemak sambal tumis sotong. Nyum..nyum..

Jam 10.00 pagi, singgah Majidi sekejap, ambilkan cermin mata abah. Singgah petron, isi minyak, topup TNG, beli air kotak (taksah sebab Aisyah minta), gerak. Jalan jammed. Dari tol kempas dah ada aura jammed. Lepas je tol Skudai, smart tag bunyi titit.. emm terus tempuh jammed.

Hampir jam 3 petang baru kami sampai rumah emak abah di kampung. Laparrr,, dalam kereta makan roti je sekadar mengalas perut.

Lepas asar, emak dan adik pergi ambil ayam tempahan (belakang rumah je), cucu-cucu yang dua orang sibuk lah nak ikut.


Aisyah : Ibu, saya nak ikut nenek tengok 'bunuh' ayam.

Ibu : Apa dia kak?

Aisyah : Saya nak ikut nenek tengok 'bunuh' ayam.

Ibu : Bukan 'bunuh' ayam. Sembelih ayam..

Aisyah : Oooo... Saya nak ikut nenek tengok sembelih ayam. 


4 ekor ayam pencen dan 2 ekor ayam daging. Ayam pencen untuk masak kari. Ayam daging pula diperap, untuk BBQ, malam esok.


Aisyah dan Alif bila ramai orang memang payahlah nak tidur. Seronok. Alif, tahan mata sebab nak main je.

3 orang tukang selerak


14.09.2016 - Jam 3 pagi, Alif bangun minta susu. Selasai Alif minum susu, saya terus berjaga untuk menyiapkan tempahan kawan-kawan. Adalah 6 pek. Selebihnya, untuk emak, kakak dan adik. Buat diorang makan-makan.


Lepas Zohor, mula sibuk menyiapkan juadah hari raya. Emak, nak mengunjung. Tak sempat nak balas ngunjung jiran-jiran lagi. Bila, kami balik ni, emak rajin sikitlah nak masak banyak-banyak sebab ramai assistant.

Sebelah malam, BBQ sikit. Main bako-bako. Ayam dan daging je. Banyak-banyak nanti tak habis pula.


 Rumah emak abah yang serba hijau.


Alif seronok sangat malam tu. Join sekali makan ayam bakar. Seketul dia makan sorang je. Ibu dia lambat suapkan, laju je dia tarik tangan ibu dia.

Budak tak nak tidur.


12.09.2016 - Mandi raya di pagi hari sebelum takbir berkumandang. Alif, tidur lambat tapi pagi-pagi dah bangun. Excited nak pakai baju raya kot.

Gara-gara bangun awal, dia tidur pula ketika sesi bergambar.



OK, gerak ke Kulai, rumah Maklang. Melawat nenek semenatara dia ada..




Nota Hati : Moga setiap pengorbanan yang kita lakukan dibalas kemanisan..



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Pengorbanan yg pastinya manis sebgaimana janji Allah itu benar belaka.
    Kakak suka tengok Alif dah mula tahu menikmati gembira.

    BalasPadam
  2. iols pun balik jugak ahad isnin selasa cuti..selasa ganti hari isnin punya public holiday..ha sbb iols sabtu keje off day ahad isnin..ermm xpelah x yah lah fhm tp iols balk kpg jugak...terubatlah rindu kat..mak pun hepi..sbb anak2 yg lain xdpt balik

    BalasPadam
  3. Besar dh Alif ye.. Syok kn bla dpt blk kg

    BalasPadam
  4. bunuh?? mak aih ganasnya aisyah ni.. hak hak hak.. :p
    salam aidiladha cik mar.. meriahnya. rindu saya pada suasana raya macam ni.
    dah lama tak rasa.. :'(

    BalasPadam
  5. Sopannya Aisyah ber'saya-saya' yerk. Tapi tetiba aje bunyi ganasnya nak bunuh ayam yang tak berdosa itu. Hahaha!

    Apa-apa pun awak memang comellah, Aisyah!

    Saya beraya di Kuala Lumpur aje, macam biasa di rumah Kak Ngah saya bersama emak dan juga abang sekeluarga. Saya tak cuti pun, kerja tiga hari macam biasa.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code