Assalamualaikum
Keropok cap pinggan. Kalau beli kat sini memang mahal sikit. Sebungkus ada yang jual RM1.80 hingga RM2.00. Gigih pujuk rakan sekerja, tolong belikan kat Terengganu. Dia naik kerja hari Isnin lepas setelah bercuti seminggu. Ramai kan yang bercuti seminggu.

Suka makan keropok ni. Kunyak-kunyah tak sedar dah habis sebungkus. Maaf andai menyusahkan. Terima kasih la Sya sebab sudi bagi akak keropok ni. 10 bungkus lak tu dia bagi, sedangkan aku sebenarnya nak beli!