Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengasingan Sisa Pepejal 2 | Gagal Pungut Sampah Mengikut Jadual

Assalamualaikum

Bagi menjayakan saranan kerajaan, Pengasingan Sisa Pepejal, kami mulakan mengasingkan sampah dari dalam rumah. Kami tidak menyediakan tong sampah lain untuk sisa pengasingan lain. Berapa banyak tong sampah nak sediakan da.. Bila tiba hari pungutan sampah, saya akan keluarkan.

Cara Mendapatkan Tong Sampah SWM


Ini adalah jadual yang ditampal di setiap tong sampah swm. Jelas tertera hari-hari pungutan sampah mengikut kategori.


TETAPI!

Saya agak kecewa sebab pihak berwajib tidak mengikut jadual yang mereka sendiri tetapkan!

Mengikut jadual yang ditampah, sampah sisa pepejal akan dipungut pada hari Rabu dan Ahad. Manakala, sampah pengasingan pula akan dipungut pada hari Selasa. Tetapi, sampah yang perlu diasingkan tetap dipungut pada hari Rabu dan Ahad. Bermakna, tiada pungutan sampah dijalankan pada hari SELASA!

Sila fahamkan.

Satu lagi masalah, bila tiba hari cuti yang bersambung. Contoh, cuti umum jatuh pada hari Jumaat, makan cuti akan dilanjutkan pada hari Ahad.  Sampah akan dipungut pada hari Sabtu tiba-tiba. Pagi-pagi tau! Dalam jam 7 pagi tu dah dengar bunyi lori sampah. Perghhh...tengah sibuk mengemas ni rasa hangin je satu badan sebab tak sempat buang sampah yang ada lagi.

Akibat rasa tak puas hati, saya menghantar pesanan ke inbox fb SWM. Hal ini menyebabkan orang macam saya sukar untuk planning kerja-kerja kami. Sampah sempat berulat dan bau tu jangan cakap lah.



Saya ada dapat info dari seorang rakan, kebarangkalian pungutan sampah tidak dilakukan khas untuk sisa pengasingan kerana 97% masih tidak mengasingkan sampah!

Bermakna, hanya 3% spesis seperti saya. Aiceceh.. 

Come on lah korang. Sila asingkan sampah korang. Kata, nak selamatkan bumi.








Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Tempat kakak rasanya rata-rata dah asingkan dlm plastik berasingan.
    Alhamdulillah tak ada masalah pungutan berjadual yg diberikan.
    Tapi tak tahulah kalau yg ada masalah tapi kakak tak tahu.

    BalasPadam
  2. sy kat selangor.. belum lagi dikuatkuasa..
    tp kat rumah memang sy selalu asingkan, sb tengok tukang kutip smpah selalu juga kutip & asingkan barang yg boleh dijual, dikitar semula.

    BalasPadam
  3. Kat Wilayah Persekutuan dah dikuatkuasakan...dan lori sampah memang datang mengikut jadual walaupun pada hari sampah pengasingan. Rasanya ada dinyatakan dalam edaran bahawa penduduk yang gagal mengasingkan sisa pepejal akan didenda. Bravo Bro kerana menjadi di antara masyarakat yang bertanggungjawab :-)

    BalasPadam
  4. akak pun tak bt pengasingan lg... huhuhuhu

    sbb tgk kt sini tkde pun jadual gitu, hari2 ada je lori sampah yg pungut sampah...

    BalasPadam
  5. hihi yg ni memang beri kesedaran. kan, tak pernah pulak nk asing asing ni haa.

    BalasPadam
  6. ok malu dengan uols
    iols main campak2 campur2 lagi huhuhu

    BalasPadam
  7. Takpe kak Mar, kita mulakan dengan diri sendiri dulu.
    Untung dari 3% akan naik jadi 13% seterusnya 33% dan akhirnya 100%
    Yg penting, kita tak menyumbang kepada 97% orang yang tak faham bahasa tu.
    Huhu.. Walau apa pon masalah yg dihadapi oleh pihak pengurusan sampah tu, bukan alasan utk tidak menepati jadual. Kena tegas baru yg 97% tu akan buat cara yg betul.

    BalasPadam
  8. Masa mula-mula diimplementasi, saya antara yang akur. Tapi penatlah mengasingkan sampah, tengok-tengok orang lain buat tak kisah pun. Saya pun tak tahu bila lori sampah datang sebab kita bekerja. Adakalanya tengok tempat pengasingan tu macam kosong sentiasa, adakalanya dicampur adukkan dengan macam-macam sampah tak ikut pengasingan yang sepatutnya.

    Yang saya tahu lori sampah di tempat saya tetap juga akan angkut sampah di tong sampah biasa setiap hari dalam pukul 6.30 pagi gitu.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. Have you been looking to ways to gain popularity instantly? You merely will need to Buy Facebook Followers to become renowned online. buy facebook followers cheap

    BalasPadam
  11. Concerned of being deceived as you Buy YouTube subscribers? At this website, we direct you doing so. youtube subscribers

    BalasPadam
  12. Right here you could constantly choose for services that involve real UNITED STATE Facebook Suches as for adding appeal right into your facebook ID. buy usa likes

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code