Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Susah Senang Si Pembuat Kuih

Assalamualaikum

Kisah ni jadi viral beberapa minggu lepas kan. Tentang makcik yang tak puas hati bila pelanggannya cakap kuih sebiji 50sen mahal.

Baca entri ini sampai habis ye..

======================================

"Makcik, bagi kuih ini 2 dan yang ini 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup RM3?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni makcik?" tanya Nora secara berseloroh.

"Bolehlah, saya tambah satu biji lagi," sambungnya.

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan dalam plastik kecil berwarna kuning. 

"50 sen sebiji pun, untung bukannya banyak mana pun dik," jawabnya.

"Ye ke ni makcik?" Nora seakan tidak percaya. 

"Makcik jual sebiji 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20-30 sen. Itu pun selepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik itu semua makcik pun tak pandailah nak kira macam mana," jawabnya sambil menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora. 

"Adik agak-agak jam berapa makcik mula buat kuih itu?" soalnya.

"Tengah hari dalam jam 11 begitu?" Nora cuba meneka. 

"Makcik buat semua ini seorang diri dari jam 10 pagi lagi. Dalam jam 3.30 petang sudah kena bersiap semua. Jam 4 petang makcik sudah berada di sini, buka gerai. Selalunya dalam jam 6.30 petang, makcik dah kena tutup sebab anak-anak nak balik sekolah. Sekarang jam berapa dik?" soalnya. 

"Sekarang jam 5 suku petang," jawab Nora.

"Adik adalah pelanggan kedua makcik hari ini. Berapa ringgit yang makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20. Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga sahaja. Katakanlah makcik untung dengan dia RM1.00, dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untuk RM2.20.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang itu untungnya banyak sikit. Tetapi selepas anak makcik sudah masuk sambung belajar, makcik dah tak larat nak buat. Kuih ketayap yang adik beli itu, berapa lama adik rasa satu biji kuih itu nak disiapkan?" soalnya lagi.

"Sejam lebih? Nampak macam leceh nak membuatnya. Tetapi maaf nak cakap, kalau tak untung, kenapa makcik berniaga juga?" giliran Nora menyoalnya. 

Makcik itu merenung muka Nora dan berkata, 

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu. Kalau makcik tak berniaga, siapa lagi yang nak berniaga kuih Melayu? Makcik suka berniaga, lagipun makcik bukannya pandai buat benda lain dah sebenarnya," jelasnya. 

Sambil menyusun bekas-bekas kuih yang ada, makcik itu memohon maaf. 

"Maaflah dik, takut adik terasa. Makcik nak kata orang Melayu kita sekarang ini pelik dik," katanya. 

"Pelik yang macam mana itu makcik?" Nora cuba mencari maksud di sebalik kata-katanya itu.

"Orang kita makan donut sebiji RM3, tak apa. Sushi sebiji RM2, tak apa. Tetapi bila bercerita tentang kuih yang dijual di tepi jalan 50 sen sebiji, mahal," katanya membuatkan Nora terdiam seketika.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" soalnya tiba-tiba. 

"Tak pernah lagi. Kuih bahulu pernahlah cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" soalnya lagi. 

Sekali lagi Nora hanya terdiam, mengenang penat dan lenguh tangannya memukul telur. 

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit. Makcik cukup makan sebab makcik tahu ada ramai orang di luar sana yang macam adik nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ini semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah. Tetapi makcik sedih tengok orang kita yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada," luahnya. 

Nora hanya diam mendengar. Dia hanya merenung makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa. 

"Makcik orang Melayu, makcik boleh berniaga sushi ke? Dorayaki ke? Harga sebiji pun RM2, jual 10 dah macam untung makcik sehari. Barang pun ambil dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua. Tapi dik, kalau makcik buat begitu, siapa lagi yang nak jual kuih-kuih ini pada adik? Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mahu buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana. Nanti-nati takkanlah semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut saja setiap hari?" katanya sambil memulangkan wang RM3 kepada Nora. 

"Eh makcik, ini kan duit kuih saya?" kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dia kata mahal. Makcik bagi balik duit pada dia dan makcik sedekahkan," jawabnya.

"Kenapa makcik?" Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan menolong orang kita," jawabnya. 

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas. 

=================================


Dari bulan Ramadhan, kami sudah mula menjual kuih muih frozen sedikit demi sedikit. Saya dah rasa macamana penatnya buat kuih ni.

Pada saya, buat kuih tidak susah mana tapi ia agak renyah. Yang penting, sedap! 


Contoh, kuih karipap. 

Nak sediakan inti, kentang perlu dipotong dadu. Perlu mencincang bawang. Perlu dimasak kentang hingga lembut. Tentang rasa pula, mestilah kena sedap! Kalau tak, orang taknak beli. 

Pastu, sediakan pastri pula.

Perlu tahu kuantiti majerin, minyak mengikut kesesuaian kuantiti tepung.

Pastu, kena uli doh.

Pastu, kena gelek.

Pastu, kena isi inti.

Pastu, kena ketap dengan cetak. Kalau taknak risiko terbuka, kena kelim pulak. Adoi, lenguh jari jemari mengelim satu-satu.

Pastu, kalau buat frozen, kena bakar dalam oven dulu atau goreng separa masak.

Pastu, kena tunggu sejuk sebelum dipacking.

Pastu, kena masukkan dalam freezer untuk mengekalkan kualiti rasanya.

Untuk dijual panas-pansa pula, kenalah goreng dengan minyak.

Pastu, kena tos.

Perlu sedia menanggung risiko, karipap reject. Maksud reject, kot yang ternganga kan...

Untung, tidak lah banyak mana tapi cukup sekadarnya. Saya bersyukur sangat-sangat. Walaupun sikit-sikit tapi penat lelah kami terasa berbaloi. Dengan hasil jualan, dirolling untuk modal dan dapat beli peralatan yang sewajarnya.


Pada saya, lebih mudah jual panas-panas dari frozen. Yelah, bila kita goreng, kita tahu tahap kualiti produk kita. Terbuka ke, ternganga ke.

Kalau produk difrozen kan ni. Banyak step perlu buat. Pastu, kalau customer tak puas hati, adoi,,.,terima jelah kenyataan.

Saya sebagai pembuat dan pengedar produk frozen ni, akan sentiasa memperbaiki mutu produk kami. In sha Allah.

Hasil karipap saya, tak terbuka lagi.

Dan popia satar saya juga menggunakan kulit popia yang bermutu. Banyak saya dah cuba, akhirnya dah jumpa kulit yang bagus.

Harap pelanggan saya tak serik ye order dengan saya.




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. semoga business frozen mar berjaya dan terus sukses ye

    BalasPadam
  2. betul tuh.... nk bt kuih mcm karipap tuh renyah prosesnya...

    sbb tu akak suke bt karipap sendiri... boleh boh inti penuh2 mcm2 isi...
    kuih lain pun lain pulak gaya membuatnya...
    betul jgk kalau donut big apple ke dunkin donat, sebijik sampai rm2 rm3 takde lak kite kompelin kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat2 setuju pasal donut tu.. dulu ada kawan ajak pi beli donut hipster nih.. saya x pernah beli.. rasa maybe la sedap sikit tapi lebih kurang je dengan donut yg makcik2 dok jual tepi jalan. padahal harga beza gila.. serius rasa macam x berbaloi.. tapi ramai je beli, x komplen apa2.. beli donut kat makcik tepi jalan, dah komplen harga mahal..

      Padam
    2. pasal karipup tu pun kadang2 terkena jugak.. nampak isi banya rupanya angin semata.. hahaha..

      Padam
  3. saya pernah buat kuih dan jual. penatnya. lagi leceh bila kita ada anak kecil yg nakkan perhatian dari kita.. so, saya stop seketika menunggu masa utk sambung semula. bila dah sorang2 ni takde assistant, tak tahulah bila pulak nak start. hurmm..

    BalasPadam
  4. semoga maju dalam perniagaan...insya-Allah =)

    BalasPadam
  5. sebuah kisah dari perspektif yg berbeza.. nice share. .

    BalasPadam
  6. Memasing nk budget kalo bende bukan branded..Kalo yg branded xpe plk korbankn duit..Pdahal branded tu gred AA je..kiki

    BalasPadam
  7. Yalah kalau kita dengar dari kedua-dua belah pihak pembeli dan penjual, memang tak boleh nak salahkan sesiapa. Sekarang ni serba-serbi mahal. Pagi tadi masa makan sarapan pun saya baru terfikir. Asal kena caj lebih aje mulalah mengeluh kata mahal tapi bila saya bayangkan diri saya di tempat penjual, oh tak senang juga. Bukan sekadar kos, masa dan tenaga tu yang sukar nak ditentukan harganya.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code