Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Luncheon Di Cawan Mas Masai

Assalamualaikum


Luncheon Di Cawan Mas Masai | Sebut Cawan Mas, rata-rata sudah tahu, cafe kopitiam ini memang sudah lama bertapak.

Saya agak jarang ke tempat macam ni sebenarnya, lebih selesa makan makanan melayu. Almaklum, tekak melayu kan. Tapi, tak salah sesekali tukar selera. Bila pergi ke cafe sebegini, apa yang saya tahu kopi dan roti bakar je. Tu je tekak rasa sedap.

Oleh kerana, waktu makan tengahari, mana kenyang setakat makan roti bakar kan? So, follow jelah kawan order apa yang sedap.

Kredit to Google


Ini adalah menu pilihan kami. Saya mahukan makanan yang ringkas untuk dimakan, tak mahu berkuah kerana khuatir lambat sejuk, sekaligus mengambil masa yang lama untuk makan.



Kalau ditanya, menu apakah ini, jawapan saya, tak ingat. Uhh...tidak membantu langsung kan? Air pilihan dia, air kopi 3C, mana kala saya punya lemon wheat grass yang berwarna hijau tu. Serius sedap! Memang recommend.

Makan apa-apa pun sedap bila orang belanja. Tepek sekeping muka kawan seperjuangan, sama umur, sama masuk kerja tapi lain department.



Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi

Cawan Mas Seri Alam
Lot VII, Today's Market
PTD 111519, Jalan Suria 1,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor

Waktu Operasi : 10 pagi - 10 malam setiap hari





Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. sedap pulak nmpak air hijau tu...

    BalasPadam
  2. Sama lah dgn akak Mar..
    Sebolehnya tengahari mesti nak mencari nasi bila lunch..
    Npk macm sedap pulak menu tu Mar..

    BalasPadam
  3. akak baca sambil bayangkan rasa air hijau itu..hahaha

    BalasPadam
  4. sedapnya.... tekak ni terasa..


    psssttt... jemput join http://www.mialiana.com/2017/03/giveaway-fridge-magnet-padang-besar-by.html

    - Mia Liana -

    BalasPadam
  5. nampak sedap air hijau tu..nak pergi jauh sangat tu kat johor

    BalasPadam
  6. sedapnya nengok air hijau tuh....
    sesekali mkn tempat yg lain dr cafe kt opis ok jgk

    BalasPadam
  7. hehe2, orang masai ghupernyer., leh try nih kat todays je kann., ;p

    BalasPadam
  8. Rumah saya, 5 minit sampai today dah, ahhahaa~ tapi memang tak gi kedai yg nih, salu beli kat kantin besar dia je~ banyak pilihan kan..huhu

    BalasPadam
  9. Yelah...jenis kafe kafe mcm tu mana ada banyak pilihan nasi ye Mar. Tp bolehlah sesekali tukar selera

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code