Assalamualaikum


Petanda Kelopak Mata Bergerak | Sejak dari minggu lepas, kelopak mata saya sering bergerak. Terkedip-kedip tanpa sebab. Keadaan ini sedikit sebanyak merisaukan saya. Mulalah bertanda tanya di dalam hati.

Pinjam dari Google - Naruto Shipuden


Ini saya kongsikan, petanda kelopak mata bergerak:

Kelopak mata sebelah kanan atas bahagian atas 
- Nak tengok atau berjumpa orang jauh atau orang yang lama terpisah atau mendapat berita baik.

Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah 
- Akan mendapat berita gembira.

Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas 
- Seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak berjumpa kita.

Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah 
- Akan menangis (Mungkin kerana menerima berita kurang baik/ musibah)

=========================

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, kelopak mata saya yang bergerak tu sebelah kanan atas. Tak tahu lah petanda ini dapat membantu atau tidak. Cuma mampu berdoa, tiada perkara buruk akan berlaku. Wallahuaklam..