Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Bebas Hutang PTPTN

Assalamualaikum


Bebas Hutang PTPTN | Sudah bertahun saya merasa perit untuk membayar hutang. Sudah pinjam, wajiblah selesaikan, ye dak? Saya tamat Diploma saya pada tahun 2006 dan jadual bayar balik pinjaman saya bermula pada tahun 2008. Tamat belajar, saya terus bekerja sebagai Maintenance Coordinator di sebuah resort di Skudai, Johor. Tapi, tak lama sebab tak kena dengan jiwa saya.

Menganggur hampir setahun, bukan sebab tak dapat kerja tetapi terpaksa menolak tawaran kerja kerana saya takde transport! Menjadi satu masalah besar bila berkerja di Johor ni, kebanyakan syarikat tidak menyediakan transportation. Semua sdn bhd.

Bila mula bekerja pada tahun 2008, gaji tidak lah besar mana dan bidang pekerjaan juga sudah lari. Terima sahajalah meskipun gaji sekadar cukup-cukup makan. Bayar balik PTPTN sesekali je bayar.
2009, pindah ke kompeni sekarang bekerja dan hingga saat menaip entri ini, masih bekerja di sini, dapatlah bayar sikit-sikit walaupun tak konsisten. Haru!

2011 memohon untuk penukaran Ujrah. Baru ada kan masa tu, cepat-cepat mohon sebab mahukan kos pentadbiran 1%. Ruginya dan betapa teruknya PTPTN mengenakan kos pentadbiran 3% terhadap peminjam yang meminjam untuk tujuan pembelajaran. Ye, pembelajaran ye. Kena faham konsep di situ.

Dan sekarang dah berjaya clearkan hutang dengan PTPTN dan boleh tersenyum lebar. Untuk PTPTN, saya tetap membuka akaun SSPN untuk anak saya. Adalah masuk sikit tiap bulan. Demi anak.


5.3.2017 - Selesai urusan dengan KWSP. Urusan tak sampai 5 minit. Selesai!! Bahagianya rasa bila satu beban hutang telah selesai. Alhamdulillah...moga urusanku dipermudahkanNya.. Amin..

Nanti saya kongsikan cara selesaikan PTPTN dengan KWSP ye.



Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. alhamdulillah..akak pun dah settle yang degree..tinggal yg dip jek..sebab dip tahun 99 kelayakan utk 2001 ke atas..tunggulah duit jatuh dari langit..hahaha

    BalasPadam
  2. Legakan bila hutang dh selesai...tak bnyk fikir dh

    BalasPadam
  3. Allahmdulilah lega rasanya kan...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah dah selesai yer.. :)

    BalasPadam
  5. wahhh... syukur dah kurang satu beban...

    - Mia Liana

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, mar.
    lega kan :)
    one by one usaha kita settle kan utang selagi mampu.
    aida da settle few years back.
    beralik ke skim pencen, withdraw epf.
    settle ptptn, dpt diskaun 20%. syukur alhamdulillah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak tu diskaun 20%. 2017 ni dapat diskaun 15% je.

      Padam
  7. Alhamdullillah. Tahniah kak mar dah habis bayar PTPTN.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam
  8. terasa ikut terbeban hutang ptptn walau tak pinjam. sebab kawan sekeliling ramai yg pinjam. ha ah, ujrah tu pun baru dengar awal bulan 1 aritu sebab kawan2 riuh tentang cara pbayaran balik ptptn

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2017 semua kelam kelibut bayar ptptan sebab masing-masing tak boleh buat loan apa-apa jika ada ptptn

      Padam
  9. Alhamdulillah, tengah pujuk suami utk setelkan hutnag ptptn juga. hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code