Assalamualaikum


Bebas Hutang PTPTN | Sudah bertahun saya merasa perit untuk membayar hutang. Sudah pinjam, wajiblah selesaikan, ye dak? Saya tamat Diploma saya pada tahun 2006 dan jadual bayar balik pinjaman saya bermula pada tahun 2008. Tamat belajar, saya terus bekerja sebagai Maintenance Coordinator di sebuah resort di Skudai, Johor. Tapi, tak lama sebab tak kena dengan jiwa saya.

Menganggur hampir setahun, bukan sebab tak dapat kerja tetapi terpaksa menolak tawaran kerja kerana saya takde transport! Menjadi satu masalah besar bila berkerja di Johor ni, kebanyakan syarikat tidak menyediakan transportation. Semua sdn bhd.

Bila mula bekerja pada tahun 2008, gaji tidak lah besar mana dan bidang pekerjaan juga sudah lari. Terima sahajalah meskipun gaji sekadar cukup-cukup makan. Bayar balik PTPTN sesekali je bayar.
2009, pindah ke kompeni sekarang bekerja dan hingga saat menaip entri ini, masih bekerja di sini, dapatlah bayar sikit-sikit walaupun tak konsisten. Haru!

2011 memohon untuk penukaran Ujrah. Baru ada kan masa tu, cepat-cepat mohon sebab mahukan kos pentadbiran 1%. Ruginya dan betapa teruknya PTPTN mengenakan kos pentadbiran 3% terhadap peminjam yang meminjam untuk tujuan pembelajaran. Ye, pembelajaran ye. Kena faham konsep di situ.

Dan sekarang dah berjaya clearkan hutang dengan PTPTN dan boleh tersenyum lebar. Untuk PTPTN, saya tetap membuka akaun SSPN untuk anak saya. Adalah masuk sikit tiap bulan. Demi anak.


5.3.2017 - Selesai urusan dengan KWSP. Urusan tak sampai 5 minit. Selesai!! Bahagianya rasa bila satu beban hutang telah selesai. Alhamdulillah...moga urusanku dipermudahkanNya.. Amin..

Nanti saya kongsikan cara selesaikan PTPTN dengan KWSP ye.